Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Tuesday 3 May 2011

Melestarikan Silat DiBumi Sendiri Lebih Sukar?

"Sesungguhnya, SILAT belum MATI dinegeri sendiri... akan tetapi SILAT kini dijadikan anak tiri oleh banyak pihak... betapa sukarnya usaha untuk melestarikan Silek Lintau yang di alami oleh Dr. Kamal Shah dapat diikuti disini..."


Silat sudah lama menjadi sebahagian daripada aktiviti ko-kurikulum di sekolah2 di Malaysia. Silat kini DI IKTIRAF oleh KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA sebagai salah satu badan berunifom yang dibenarkan mengajar silibus silat di kesemua sekolah rendah dan menengah.

Saya sendiri berpengalaman mengajar silat selama 16 tahun di sebuah sekolah di daerah ini dan dalam tempoh itu telah mengharumkan nama sekolah sebanyak lebih dari 30 kali dengan membawa pulang kemenangan demi kemenangan dalam pertandingan silat.

Selama 16 tahun menabur budi dan bakti serta berjasa dalam mengharumkan nama sekolah di peringkat Daerah, Negeri, Zon Timur dan Kebangsaan namun TIDAK PERNAH SEKALIPUN saya atau pesilat saya dipanggil ke 'rostrum' dan diberi pengiktirafan di hadapan seluruh warga sekolah. Walaupun bukan 'glamour' yang dicari namun pengiktirafan sedemikian sekurang2 dapat menarik minat mereka yang belum menyertai silat untuk menyertai kami.

Pelik bukan? Sedangkan mereka yang menang dalam pertandingan sukan lain diberi pengiktirafan (jarang2 sekali - kerana jarang menang pun) tapi kami yang membawa pulang pingat SETIAP TAHUN tak pulak dipedulikan.

Sudah tentu saya merasa sedih kerana 98% daripada Guru yang mengajar di sekolah adalah ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM dimana SILAT merupakan BUDAYA MELAYU/ISLAM yang dipusakai berkurun lamanya.

Kes terbaru ialah kes yang melibatkan penggambaran untuk produksi RTM dimana kami telah dipilih untuk menyertai rancangan PENCAK yang akan disiarkan melalui TV 1.

Saya telah meminta pihak sekolah untuk mengizinkan saya menggunakan padang sekolah dan menerangkan pada mereka bahawa mereka hanya akan merakam aksi ahli2 PERSILEK dipadang. Saya telah diminta untuk meminta izin PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) dan pihak PPD pula telah mengarahkan saya menghubungi pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Saya cuba untuk mendapatkan kelulusan bukan sahaja melalui guru, PK KO dan pengetua malah usaha saya sehingga melibatkan Pengarah di JPN sendiri akhirnya GAGAL MENDAPATKAN KELULUSAN bagi satu event yang TERAMAT PENTING bagi PERTUBUHAN INI.

Segala khidmat bakti yang dicurahkan mengajar silat dan mendidik anak bangsa supaya menjadi ORANG YANG SEBENAR ORANG seolah-olah dikuis begitu sahaja tanpa alasan yang kukuh.

Antara alasan yang saya terima ialah:

1. Padang sekolah merupakan milik kerajaan.
2. Sebarang penggambaran dari luar tidak dibenarkan melainkan mendapat kelulusan Unit Perhubungan.
3. Sekolah tidak boleh dilibatkan dalam penggambaran/penghasilan video WALAUPUN untuk rancangan RTM.

Akhirnya, walaupun mereka menafikan izin kepada saya, saya telah bertindak untuk mengumpulkan anak murid saya disekolah pada malam tersebut. Penggambaran yang sepatutnya bermula jam 8.00 malam tidak dapat dilakukan. Murid-murid kelihatan gelisah, ibubapa mulai resah, guru2 yang datang tidak dapat duduk senang... Akhirnya... Takdir Allah mengatasi segalanya... Penggambaran dapat dijalankan bermula jam 11.00 malam dan berakhir pada jam 1:00 pagi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan Jutaan Terima Kasih kepada tuan yang empunya badan yang telah memungkinkan penggambaran berjalan lancar pada malam tersebut.

Adat Di Junjung,
Agama Di Kilek,

Adat Bersendikan Syarak,
Syarak Bersendikan Kitabullah

Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat

Zahir Pesilat Mencari Kawan, Bathin Pesilat Mencari Tuhan

"Musuah Ndak Ku Cari, 
Musuah Datang Aku Tak Lari"

3 comments:

  1. melayu mudoh lupo...... mereka lupo tanah melayu dlu terkenal dgn ilmu persilatan sbg harta x ternilai....

    ReplyDelete
  2. assallamualaikom...utk Dr.Kamal Shah selaku tuan punyer artikel....name sye mohd nadzrin dr seremban ingin bertanyer kan sesuatu....adakah asal usul silek lintau ini dr tanah minang...klu betul bermakna ader susur galur anak2 minang di negeri kelantan....sye cuma inginkan kepastian...sbb sye mmg minat dgn silek harimau minang....so klu Dr free tolong reply ttg silek lintau di email syer iaitu.....joelent74@yahoo.com...nak tanyer sket...Dr nie berdarah minangkabau ker..klu iyer...hidup minang...xkan minang hilang d dunio....hehehe...thanks Dr....k

    ReplyDelete
  3. Silat Lintau berasal dari Nagari Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Darah saya merah, sama mcm darah saudara jgk.

    ReplyDelete