Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Tuesday 24 May 2011

Abg Din Masuk Hospital

Sabtu: 21 Mei, 2011

Shabudin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abg Din / Pak Din kini berada di Wad 4A, Hospital Sg. Buloh, Selangor selepas mengalami strok pada hari Khamis 19 Mei, 2011. Saya sebenarnya mempunyai temujanji dengan Abg Din ini pada 22 Mei, 2011 dan apabila saya dalam perjalanan pada hari Jumaat 20 Mei saya telah menghantar satu sms kepada beliau menyatakan saya berada di Raub sedang solat asar dan akan sampai di KL sekitar jam 8:00 malam. 

Walaubagaimanapun, SMS saya tidak dijawab oleh beliau. Pada hari Sabtu, 21 Mei, 2011 saya sekali lagi menghantar mesej kepada beliau menyatakan saya berada di Kuala Lumpur dan dah selesai urusan mendaftar anak saya di Universiti. 

Alangkah terkejutnya saya apabila mesej diterima menyatakan : "ini anak abg din, ayah tak bleh bercakap dan berjalan dah"... dan dari perbualan melalui SMS hari itu saya difahamkan bahawa Abg Din sudahpun strok sejak hari Khamis lagi.

Saya lalu bergegas ke rumah Abg Din untuk melihat keadaan beliau dan alangkah terkejutnya saya sekali lagi apabila melihat keadaan beliau yg terlantar, tidak boleh bercakap dan tidak boleh bangun... Kenapa la anak isteri beliau tidak menghantar Abg Din ke Hospital? 

"Ayah tak bagi bawak dia gi Hospital" jawab anak sulong beliau. Saya beritahu mereka bahawa keadaan Abg Din tidak boleh dibiarkan tanpa rawatan yang sempurna dan betul. Setelah puas memujuk keluarganya dan bercakap dengan dua orang adik beradik Abg Din iaitu Shahrin dan Rashid, akhirnya anak sulong beliau menelefon hospital selepas saya mendesak beliau meminta ambulans datang mengambil Abg Din. 





Abg Din diusung ke Ambulans

No comments:

Post a Comment