Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Tuesday 25 January 2011

Lintau Langkah Tiga

Pandeka Talib

Oleh: Dr. Kamal Shah @ Raden Ahmad Guntur

Pada tahun 1974 sewaktu umur 14 tahun, ibu saya pada suatu hari ingin ke kedai.... shopping untuk beli kain untuk dibuat baju raya. Saya memberitahu ibu bahawa saya nak pakai baju Melayu hitam, ibu mulanya membantah tapi akhirnya mengikut cadangan saya.

Pada tahun berikutnya iaitu 1975, keinginan untuk belajar silat memuncak. Pada musim cuti sekolah penggal kedua tahun itu, bapa saudara saya (semua anak saudaranya memanggilnya ABAH), Che Gu Yunus bin Shamsuddin yang tinggal di Kg. Padang Asam, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak telah datang bercuti dirumah kami. 

Saya menyampaikan hasrat untuk belajar silat dan ABAH suruh balik kampung pada cuti penggal ketiga nanti. Saya happy sangat2 waktu itu. 

Pada musim cuti penggal ketiga sekolah 1975, saya pulang ke kampung menaiki bas dan menginap di rumah ABAH. Saya nyatakan hasrat untuk mempelajari Silat Gayong tapi ABAH tak mengizinkan. ABAH memberitahu bahawa kalau nak belajar silat yang sebenar ikut dia malam itu dan dia akan bawakan ke gelanggang silat di kampung padang asam.

Malam itu, saya di bawa ke gelanggang yang didirikan dengan buluh dan dilingkungi pelepah kelapa. Terdapat 18 orang pesilat dalam gelanggang tersebut... Saya melihat mereka bermain... terdetik dalam hati saya yang sudahpun belajar Tae Kwan Do masa itu... apa ke jenis silat ni? Silat apa macam ni? kata saya dalam hati... 

Melihat mereka bermain, saya merasakan seolah2 gerak geri mereka ini senang nak makan... sekali aku bagi flying kick berterabur lah puak ni.. kata saya dalam hati...

Saya diperkenalkan kepada Pak Da Abas, salah seorang guru silat lintau di daerah Kuala Kangsar.... Gelanggang tersebut di buka oleh Pak Mat Rashid di atas tanah Pak Da Abas. Pak Mat Rashid tinggal di Kg. Simpang Lawin. 

Silat Lintau ini di bawa oleh Pandeka Talib, yang datang dari Daerah Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia.

Pandeka Talib menurunkan Silat ini kepada Kulop Mat Deros dan Kulop Mat Deros mengajarkan silat ini kepada 3 orang:
  1. Tok Ki Baharom
  2. Pak Mat Rashid
  3. Pak Da Abas
Silat ini berkembang dengan pesat dari Padang Rengas hinggalah ke Kuala Kangsar, Kota Lama Kiri, Sauk, Kati, Lubuk Merbau, Talang dan banyak lagi.

Berbalik pada cerita di gelanggang pada kali pertama saya pergi dengan ABAH; saya diperkenalkan pula dengan abang Hadi Mat Yakin dari Kg Padang Asam yang merupakan jurulatih di situ. Saya diarahkan belajar dengan abg Hadi. 

Abg Hadi mempelajari silat ini daripada tiga orang,  Shabudin (cucu Tok Ki Baharom), Pak Da Abas dan Pak Mat Rashid.


Setelah selesai cuti sekolah, saya kembali ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1976 tiap kali cuti sekolah, saya akan pulang ke kampung untuk menyambung pelajaran sehinggalah di angkat menjadi jurulatih silat ini pada tahun 1977.

Sehingga bertemu di posting yang akan datang... Assalamu alaikum wm wb...
Dr. Kamal Shah


4 comments:

  1. menarik....saya jg plajar silat...cmne nk bljar silat ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila hubungi Dr. Kamal Shah Sutan Rajo Sati di https://www.facebook.com/LintauAsli. Terima kasih.

      Delete
    2. Assalamualaikum wbt dr dan keluarga. Semoga dalam rahmat Allah swt sentiasa hendaknya. Sy dr kampung padang asam. Sayangnya tiada gelanggang lintau yg disebutkan lagi di kampung. Kalau ada yg sanggup dakan semula baik juga.

      Delete
    3. Wa'alaikum salam wbt Mohd Nor Amin. Memang di kampung Padang Asam udah tak ada. Ate, deme banyak yang dah keluar dari kampung.. Tapi ramai lagi yang pandai di kampung tu kalau mike cari. Cari lah dan mike pasti dapat jumpa. Teman doakan agar hidup balik Silat Lintau ni seperti dizaman 70an dulu... https://www.facebook.com/LintauAsli

      Delete