Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Wednesday 12 January 2011

SEJARAH SILAT LINTAU DI KELANTAN (BAHAGIAN SATU)

Oleh: Dr. Kamal Shah @ Raden Ahmad Guntur.




PENGENALAN

Dr. Kamal Shah @ Raden Ahmad Guntur merupakan satu2nya anak lelaki kepada Raden Abdullah Zawawi bin Raden Haji Hamzah, bekas pengarang Berita Harian.

Beliau merupakan keturunan daripada Bintoro Raden Adipati DanuRadjo (DanuRejo), seorang pembesar Jawa yang juga dikenali dengan nama Sunan Geseng.

Di sebelah ibunya, Dr Kamal adalah daripada keturunan Sultan Mahmud Shah Melaka. Dr Kamal dilahirkan di Singapura tetapi daftar kelahiran beliau dibuat di Perak. Maka tercatatlah dalam surat beranak beliau bahawa beliau dilahirkan di Kg. Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak pada 19hb Mac, 1960.

MENGENALI SILAT

Dr. Kamal Shah mulai mengenali Silat Lintau pada tahun 1975, ketika usianya 15 tahun, di Kg. Padang Asam, Pdg Rengas, Kuala Kangsar, Perak. Beliau dihantar ke gelanggang oleh arwah bapa saudara sebelah ibunya, Chegu Hj. Yunus b. Shamsuddin. Beliau pertama kali belajar silat ini di rumah Pak Da Abas salah seorang guru silat ini pada ketika itu. Gelanggang yang beliau belajar telah dibuka oleh Pak Mat Rashid kerana Pak Da Abas uzur. Jurulatih yang bertanggungjawab membimbing Dr. Kamal bernama Abdul Hadi bin Mat Yakin, bekas warden penjara Pulau Jerejak yang tinggal sekampung di Pdg Asam.

MULA BELAJAR

Di gelanggang ini, beliau diasuh dan diajar Silat Lintau. Pada permulaannya, beliau benci melihat cara permainan Silat ini yang baginya tak nampak macam bersilat, tidak gah, tidak ada belebat. Beliau merasakan dengan ilmu Tae Kwan Do yang dimilikinya akan dapat menumpaskan pesilat Lintau ini dalam satu detik sahaja. Akan tetapi beliau silap besar. Beliau akhirnya makan pasir di Lintau oleh Abang Hadi (panggilan mesra Hadi Mat Yakin). Dari situlah beliau belajar bersungguh-sungguh hingga tamat.

SALASILAH PERGURUAN

Abg Hadi mempelajari silat ini daripada Pak Mat Rashid yang ketika itu tinggal di Simpang Lawin, Kuala Kangsar. Pak Mat Rashid, Pak Da Abas dan Tok Ki Baharom, kesemuanya menerima ilmu silat ini dari seorang yang bernama Kulop Mat Aleh dari Pdg Rengas. Kulop Mat Aleh mengambil silat ini dari seorang Pandeka dari tanah seberang, dari daerah Lintau, Kabupaten Tanah Datar iaitu Pandeka Talib.

MENJADI JURULATIH

Pada tahun 1977, beliau menjadi Jurulatih silat dan mula mengajarkan kepada beberapa orang rakan. Rakan2 sekolah beliau juga seperti beliau apabila melihat kepada pergerakan silat ini, merasakan silat ini 'kacang' hendak di makan oleh mereka. Seorang demi seorang beliau humban ke perdu rambutan di belakang rumahnya.

MENYIMPAN ILMU

Daripada tahun 1984 sehinggalah tahun 1994, Dr. Kamal menyimpan rahsianya. Tidak seorang pun tahu bahawa dia adalah Jurulatih Silat Lintau.

Daripada Petaling Jaya, Dr Kamal berhijrah ke Kelantan setelah berkahwin dengan seorang gadis pilihan hatinya sendiri yang berasal dari Machang, Kelantan. Dari Machang beliau berpindah ke Pasir Puteh pada tahun 1987 dan menetap disana hingga kini.

Beliau dikurniakan Allah 4 orang zuriat.

RAHSIA PECAH DISULUK

Pada pertengahan tahun 1994, keluar artikel mengenai silat Lintau di Johor. Membaca artikel tersebut, timbul rasa sangsi dengan apa yang diceritakan. Beliau membuat keputusan untuk menyiasat Silat Lintau yang dikembangkan oleh Pancaindera Seni Silat Lintau melalui gurunya Hj. Mulok bin Ideham lalu beliau mengambil keputusan untuk ke Muar, mencari Abdullah bin Salleh (Dollah Belanda) yang dikenali sebagai Ketua Jurulatih Silat Lintau (Panca Indera Seni Silat Lintau) pada tahun 70an.

Dalam masa yang sama juga, surau suluk di Lenggeng mengumumkan akan mengadakan suluk pada hujung tahun tersebut dan Dr. Kamal mengambil keputusan untuk melaksanakan suluk dan berziarah ke Muar pada hujung tahun itu.

Setelah bersuluk selama 5 hari, Dr. Kamal 'menerima isyarat' bahawa beliau hendaklah menamatkan suluk dan meneruskan perjalanan menjejak Dolah Belanda.

Beliau diizinkan menamatkan suluk dan menaiki bas dari Lenggeng ke Seremban dan seterusnya ke Muar, Johor.

Beliau disambut dengan mesra dan penuh kasih sayang oleh abg Dolah di Muar. Abg Dolah telah membawanya melawat Makam Panglima Lidah Hitam yang kononnya merupakan Makam Baginda Zahiruddin. Makam tersebut dijaga oleh pihak Muzium Negara dan tertulis di situ, MAKAM PANGLIMA LIDAH HITAM, PENGASAS SILAT LINTAU DI MALAYSIA.

Makam di Parit Sakai, Muar, Johor.

Dr. Kamal kemudiannya diperkenalkan dengan beberapa orang termasuk Abas dan Idris. Beliau telah meminta Dolah Belanda mengajarkan Silat Lintau yang dimilikinya. Di rumah Idris, Dolah Belanda telah mengajar 7 ibu Silat yang diwarisinya daripada Hj. Abdul Mulok. 

Setelah tiga hari bermukim di Johor, Dr. Kamal kembali ke Pasir Puteh, Kelantan dan mula merancang untuk membuka gelanggangnya yang pertama.

GELANGGANG PERTAMA

Awal tahun 1995 melihat Dr. Kamal mula mengajar Silat Lintau di Sekolah Menengah Tok Janggut (Kini Sek Men Keb Tok Janggut atau SEMENTOJA) Pasir Puteh, Kelantan dengan jumlah murid seramai 40 orang.

Beliau mengajar di SEMENTOJA dari 1995 hinggalah sekarang.

KEJAYAAN

Sepanjang kariernya mengajar silat lintau di SEMENTOJA, Dr Kamal dengan anak muridnya telah berjaya meraih sebanyak 32 pingat daripada berbagai peringkat. Kejayaan yang dicapai muridnya menjadikan beliau lebih berazam untuk mengajar silat pada generasi yang akan datang.

"Musuh Jangan Dicari, Musuh Datang Jangan Lari" ~ Pandeka Talib

END OF PART ONE.

No comments:

Post a Comment