Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Wednesday, 23 November 2011

GILA NAMA DAN KUASA?

Sejak Saya Mula Mengajar Silat Lintau Di Daerah Pasir Puteh, Kelantan Ini, Berbagai Suara Sumbang Didengari. Hingga Kini, Suara-Suara Sumbang Itu Tidak Henti-Henti Menjalankan Perang Saraf Dan Psikologi Terhadap Saya Dan Barisan Pimpinan PERSILEK Di Kelantan Ini. Untuk Menjelaskannya Ikutilah Intipati Ucapan Saya Kepada Pelajar Yang Menyertai PERSILEK Samada Di Sekolah Maupun Diluar Sekolah. Semuga Menjadi Pedoman Yang Berguna Untuk Kita Semua. 

 

Assalamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakatuh.

Segala Puji Bagi Allah Yang Telah Melimpahkan Rahmat Dan HidayahNYA Kepada Kita, Salawat Dan Salam Kepada Junjungan Besar Kita Rasulullah SAW, Para Keluarga, Sahabat Dan Seluruh Umat Islam Didunia.

Anak Muridku Yang Dikasihi Dan Pembaca Blog Ini Yang Budiman, Seperti Yang Kita Ketahui, Bahawa Sesungguhnya Tauhid Merupakan Intipati Dan Landasan Bagi Seluruh Ajaran Islam. Pandangan Hidup Tauhid Yang Mengakui Tiada TUHAN Selain ALLAH Yang Dilafazkan Dengan LAA ILAAHA ILLALLAH Seperti Yang Diajarkan Kepada Kita Bukan Hanya MengESAkan Allah Semata2 Akan Tetapi Bererti Menegakkan Syiar Islam Di Bumi Allah Ini Dengan Tidak Meninggalkan Prinsip-Prinsip Kejujuran, Persaudaraan, Persamaan, Keadilan, Dan Kebebasan Dalam Hidup Bermasyarakat, Berbangsa, Bernegara Serta Beragama.

Sebagai Khalifah Allah Di Bumi, Setiap Manusia Yang Memilih Pandangan Hidup Tauhid Berkewajiban Menjadikan Allah SWT Semata-Mata Sebagai Pelindung, Penolong, Tempat Meminta, Menyembah Dan Juga Sebagai Sumber Pertolongan Hidup Dalam Melakukan Segala Tindakan Guna Mencapai Keridhaan Allah SWT Untuk Kebaikan Hidup Di Dunia Dan Akhirat.

Pertubuhan Seni Silat Lintau Kelantan (PERSILEK) Ditubuhkan Antara Lainnya Untuk Mengembangkan Serta Memajukan Ilmu Silat Lintau Beserta Dengan Budaya Minangkabau Dalam Rangka Melahirkan Masyarakat Yang Berpegang Teguh Kepada Adat Dan Budaya, Dalam Ertikata Lain Membentuk ‘Urang Nan Sabana Urang’ Atau Manusia Yang Sebenar-Benar Manusia Berdasarkan Ilmu Yang Diambil Secara Murni Dari Al-Quran Dan Hadis Rasulullah.

Oleh Itu, PERSILEK Diwujudkan Untuk Membentuk, Mendidik, Melahirkan Peribadi Muslim Yang Bertaqwa, Berakhlak Mulia, Ikhlas, Sabar, Tawakkal Dan Bertanggungjawab Terhadap Kemajuan Agama, Bangsa Dan Tanahair. Seluruh Gerak Nafas, Hidup Dan Mati Setiap Anggota PERSILEK Dilatih Dan Diajar Untuk Mencapai Tujuan Tersebut Dengan Berpandukan Ajaran Dari Al-Quran Dan Hadis Rasulullah.

Dengan Berpegang Teguh Kepada "Laa Ilaaha Illallah" Dan Melaksanakan Amar Ma'ruf Nahi Munkar Serta Mengolahragakan Masyarakat Melalui Silat Lintau Ini Maka, Dengan Tulus Ikhlas Kami Menurunkan Ilmu Silat Lintau Ini Kepada Seluruh Umat Islam.

Semuga Dengan Niat Dan Cita-Cita Murni Ini Akan Mendapat Keridhaan Allah Swt Dalam Usaha Membentuk Peribadi Muslim Yang Taqwa Kepada Allah Swt Di Negara Yang Kita Cintai Ini. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Dr. Kamal Shah
Sutan Rajo Sati
Pasir Puteh,
Kelantan.

No comments:

Post a Comment