Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Thursday, 10 November 2011

KESEPAKATAN TUO SILEK LINTAU DI SUMATERA BARAT.


PERHATIAN: 
KEPUTUSAN MENGENAI YANG MANA SATU SILAT LINTAU INI MERUPAKAN KEPUTUSAN YANG TELAH DISEPAKATI OLEH TUO SILEK YANG TELAH BERMESYUARAT PADA ACARA MENAPAK TILAS SILEK LINTAU DI SASARAN TUANKU LINTAU, TEPI SELO, LINTAU, KABUPATEN TANAH DATAR, SUMATERA BARAT, INDONESIA PADA 28HB JUN, 2011.


PRAKATA

Silat Lintau berasal dari Nagari Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Silat Lintau BUKAN diasaskan oleh Tuanku Nan Renceh atau keturunannya. Ianya BUKAN milik Tuanku Nan Renceh dan keturunannya. Kami memiliki BUKTI KUKUH tentang hal ini.

Silat Lintau merupakan salah satu dari Silek Tuo (Silat Tua) yang terdapat di Minangkabau. Ianya merupakan satu sistem beladiri yang lengkap dengan pola langkah yang pelbagai.

Silat Lintau umpama sebatang pokok yang daunnya terlalu lebat dan berwarna hijau, dan buahnya juga berwarna hijau, justeru, amat sukar untuk melihat buah kerana persamaan warna buah dan daun. Tetapi, apabila diselak daunnya, alangkah terkejutnya kita kerana terdapat ribuan buah disebaliknya.

SILAT LINTAU DI MALAYSIA

Terdapat dua aliran Silat Lintau di Malaysia. Pertama ialah aliran Langkah Empat yang diperkenalkan oleh Haji Abdul Mulok bin Ideham dan satu lagi ialah Silat Lintau Langkah Empat (yang lebih lengkap pola langkahnya) yang diperkenalkan oleh Pandeka Talib.



Soalnya: Yang mana satu Silat Lintau?




TAPAK EMPAT?

Majlis Dialog Bersama Tuo Silek Yang Diadakan Di Sasaran Tuanku Lintau, Tepi Selo Telah Sepakat Bahawa Langkah Ini BUKAN Silat Lintau TETAPI SILAT STRALAK.


Manakala Langkah Silat Lintau yang ASLI yang berasal dari Minangkabau dan dipelajari turun temurun sejak bermulanya peradaban Minangkabau adalah seperti yang ditunjukkan dibawah ini.




Saya sengaja mengubah sedikit gerak ini untuk mengelakkan keseluruhan langkah diketahui, bimbang ada yang meniru dan mengklaim yang bukan-bukan seperti sebelum ini. ~ Dr Kamal Shah

SALAH SATU POLA LANGKAH SILAT LINTAU
YANG MASIH DI AJAR DI LINTAU 

No comments:

Post a Comment