Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Monday 27 March 2017

Milik Ninik Mamak Urang Lintau

Kalau ditanya kepada orang, dari mana asal Silat Lintau ini maka jawabnya ialah dari Lintau 9 Koto/Nagari. Tapi kalau ditanya mana yang bebenarnya silat Lintau itu maka jawabnya dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara ~ Mamak Tunggang Lumuik



Perjalanan Dr. Kamal Shah St Rajo Sati ke Lintau sejak tahun 2011 hingga kini telah memberikan kefahaman sebenar mengenai Silat Lintau yang diajarkan di Pasir Puteh, Kelantan melalui Pertubuhan Seni Silat Lintau, Pasir Puteh, Kelantan yang dipimpin oleh Dr. Kamal Shah, Sutan Rajo Sati sejak Disember 1994.

Antara lain, perjalanan Dr. Kamal Shah St Rajo Sati ke Lintau itu telah membongkar yang mana satu Silat Lintau yang sebenar-benarnya dan selain itu juga Dr. Kamal Shah St Rajo Sati telah menemui sejarah Pendekar Talib yang merantau ke Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridhwan.

Yang penting diketahui disini ialah sejarah sebenar Silat Lintau itu tiada kaitan langsung dengan tokoh-tokoh seperti
  • Tuanku Nan Renceh
  • Bagindo Zahirudin (Panglima Lidah Hitam)
sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak dan permainan Silat Lintau bukan seperti yang dibawa oleh orang selain dari Pendekar Talib yang memang berasal dari Lintau Buo Utara itu.

Silat Lintau adalah milik mutlak Niniak Mamak Urang Lintau dan bukan milik keturunan orang Pariaman dan bukan juga milik individu tertentu. Inilah yang ditegaskan oleh Ketua Kerapatan Adat Nagari Tepi Selo kepada Dr. Kamal Shah St Rajo Sati pada pertemuan di Tepi Selo, pada 26hb Mac, 2017 yang ditemuinya di Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

Silat Lintau yang dikembangkan di Pasir Puteh, Kelantan oleh Dr. Kamal Shah St Rajo Sati adalah Silat Lintau yang berasal dari Nagari Tepi Selo, Lintau Buo Utara, tempat lahirnya Silat Lintau yang sebenarnya.

lagi berita berserta foto dan video akan menyusul di blog ini....

No comments:

Post a Comment