Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Tuesday 31 January 2017

Saya Coba Di Fitnah Oleh...?

Akhirnya terbongkar juga RAHSIA siapa sebenarnya yang mengata itu dan ini mengenai saya... Semuanya berpunca dari orang yang kecewa....

Asalnya posting ini dibuat pada tahun 2012 tapi baru saya siarkan hari ini atas sebab tertentu.

SIAPA DIA DAN DIMANA DIA


Biarlah kita simpan dahulu identiti orang yang kecewa itu. Sekiranya dia coba lagi untuk menimbulkan apa jua bentuk keraguan atau fitnah terhadap saya maka saya tidak akan tergamak untuk membongkar identiti dan kegiatannya.

APA PUNCANYA

Punca kejadian yang akhirnya memalukan dua orang yang mengaku Tuo Silek itu berlaku setelah mereka menonton video Silat Lintau di Facebook saya.


Lalu ada yang memberi komen berbentuk soalan:




Soalan untuk menduga, soalan dari orang saya kenali di alam maya Facebook tanpa mengenali orang yang sebenarnya. Sudah tentu saya tidak akan menjawab soalan itu. Untuk apa saya menjawab dan apakah saya harus menjawab? Saya tidak bertanggungjawab kepada sesiapa, terutama kepada orang yang saya tidak tahu apa lagi kalau orang itu saya kenal benar bahawa dia itu bukan seperguruan dengan saya. 

Tidak lama selepas itu setelah saya upload sebuah lagi video di dalam Grup Silat Lintau di Facebook saya maka saya sekali lagi dipertikai oleh orang yang sama dan seorang lagi (bertanda merah)

Ini video yang dimaksudkan: 

Saya disoal lagi...


Saya lalu mengambil sikap berdiam diri atas nasihat Tuo Silek yang lebih tua dari saya dan saya amat hormati. Tapi desakan dan fitnah ini tidak berhenti disini. Ianya berlarutan sehingga Tuo Silek yang bertanya di atas ini menghantar mesej ke inbox saya. Dari sini sudah saya ketahui siapa dalang disebalik semua ini.

Dari mesej ini saya sudah boleh mengagak dan mengesan siapakah yang menaburkan fitnah terhadap saya dan Bpk Taswin dan mengadu domba kepada Tuo Silek di Bukit Tinggi. Di bulan Ramadhan yang mulia ini dia tanpa segan silu menjalankan fitnah. 

Bibit2 marah sudah mulai menguasai diri saya dibulan Ramadhan yang mulia. Harimau lapar jangan dipijak ekornya.


Saya berpesan kepadanya supaya jangan percayakan si pengadu domba saya tidak pernah mengata dia yang mengadu domba bukan? Memang si pengadu domba ini layak diberi gelar SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA kerana terus memfitnah dan mempertikai... mereka bakal malu nanti.. 

Kini peperangan bermula dan beliau terus menulis di Wall Silat Lintau Group saya:


KONFIRMASI? MAK WIN SENDIRI DATANG KE RUMAH ORANG ITU? MAK WIN TAKKAN PERGI KE RUMAH ORANG ITU KERANA ORANG ITU TELAH BANYAK MELAKUKAN KESALAHAN KEPADANYA.

Saksi yang saya bilang bukan saksi yang mengerti Silat? Jelas sekali orang yang mengaku mewakili Tuo Silek ini BELUM KENAL siapa mereka yang diperkatakan olehnya.

Saya tak kata dia yang mengadu domba tapi dah dia tak reti baca nak buat macamana kan. 

Cewah cewah... berlagak samseng pula dia ya... hehehehe... siap la kau nanti...

Dia terus menulis di Wall


Hah? Langkah yang mirip dengan Tanjuang Bonai?

Fakta apa yang disampaikan? Pembohongan ada lah.

Siapa yang menunggu? Pemfitnah dan pengadu domba?

Langkah Silat Lintau yang dikembangkan oleh Pandeka Talib berasal dari Tigo Jangko dan langsung tidak mirip kepada Tanjung Bonai. Kalau tak tahu lebih baik diam tapi budak ni yang mengaku dalam post terdahulu sebagai Tuo Silek langsung tidak mempamirkan kebijaksanaannya sebagaimana yang ada pada Tuo Silek yang sebenar. 

Beliau tidak tahu apa yang saya peragakan di hadapan Tuo Topah dan apa yang disampaikan oleh Tuo Topah kepada rombongan kami. Dia juga tidak mengetahui apa yang diberitahu oleh Tuo Silek dari Tepi Selo Bpk Azwar (Wali Uar) semasa kunjungan ke rumah beliau. Ramai mana Tuo Silek yang mengakui Langkah yang saya pamerkan kepada mereka juga tidak diketahuinya. 

Dia juga tidak berada di Sasaran Tuanku Lintau dan tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri. Dia hanya mendengar dan mempercayai kata-kata jahat yang dilemparkan oleh salah seorang Tuo Silek dari Tanjung Bonai yang saya kenali dan ketahui hati budinya. Barangkali mereka ini tidak senang kepada saya kerana saya bukan urang Minang. Mungkin dia dihasut dengan semangat ke-Indonesiaan yang selalu menghantam orang Malaysia sedangkan orang Malaysia itu mempunyai darah yang sama merahnya dengan mereka. 

Yang disebut sebagai fakta itu adalah pembohongan yang amat nyata.

TERNYATA SALAH

Akhirnya terbongkar juga rahsia dan ketahuilah mereka yang telah menerima berita yang salah dan fitnah itu bahawa saya sebenarnya SUDAH MENGANTARKAN ADAT kepada Mak Win. Dan Mak Win mengakui menerimanya. Lalu dihantarkan lah mesej ke Inbox yang berbunyi:

tapi ayat yang akhirnya itu saya yakin bukan dari Mak Win dan akan saya buktikan.

Berikut perbualan saya dengan seorang Tuo Silek di Facebook:



AKHIRNYA....

 Sekian secebis kisah di bulan Ramadhan Al Mubarak yang bakal berakhir Sabtu ini. Malam Ahad malam Raya. Minal Aidil Wal Faizin, Selamat Hari Raya Aidilfitri,

MAAF LAHIR & BATHIN

No comments:

Post a Comment