Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Monday 9 January 2017

2017 ERA BARU SILAT LINTAU YANG ASLI DARI LINTAU

Silat Lintau yang kami kembangkan adalah Silat yang berasal dari Kecamatan Lintau Buo Utara, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Tiada fiksi atau mitos mengenai Silat ini. Ini adalah Silat Lintau yang sebenar, yang dibawa ke Padang Rengas dahulu oleh Pendekar Talib. Sejarah Pendekar Talib, kampung asalnya, teman seperguruannya dan siapa guru beliau turun temurun juga telah kami perolehi.
THIS IS SILAT LINTAU
Silat Lintau

Kalau ada yang bertanya dari manakah asal usul Silat Lintau itu maka jawabnya dari Lintau IX Koto. Pergi lah kemana2 dalam Kecamatan Lintau Buo samada Lintau Buo Utara atau Selatan dan anda akan dapat melihat Silat Lintau dari kesemua sembilan koto atau nagari di Lintau itu.

Kini, tidak penting lagi bertikai dengan siapa-siapa mengenai Silat Lintau manakah yang lebih ASLI, lebih TULEN dan lain-lain lagi. Masa yang ada sekarang ialah untuk menyusun langkah memantapkan lagi permainan di gelanggang utama Pertubuhan yang mula beroperasi sejak tahun 2004. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Kelantan, JKKN Kelantan dan Menteri Kebudayaan yang telah memberi sumbangan untuk mendirikan gelanggang dihadapan rumah Guru Utama Pertubuhan, Ybrs. Dr. Kamal Shah Sutan Rajo Sati.

Baru-baru ini kami telah mengadakan kelas Silat 40 Hari dimana para peserta di ajar asas langkah dan gerak Silat Lintau. Seramai 9 orang telah mendaftar dan menjalani latihan Silat 40 Hari yang julung kali diadakan oleh kami.

Setelah 40 malam berlatih Silat maka pada 29hb Disember 2016 majlis penutup diadakan di gelanggang yang disertai oleh ADUN Limbongan, Ust Mohd Nazlan Hasbullah dan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Tuan Mohd Anis.

Bersama Jurulatih
 Usaha untuk meningkatkan kefahaman orang ramai tentang Silat Lintau ini terus dijalankan sejak dari tahun 1995 lagi. Sebelum ini, kegiatan Seni Silat Lintau hanya dikembangkan di sekolah-sekolah sekitar Pasir Puteh.

Pelajar dari darjah satu hingga tingkatan empat
 Mulai 2016 Gelanggang Utama Pertubuhan dibuka untuk pelatih baru setelah usaha mengajar Jurulatih berjaya melahirkan Jurulatih untuk mengajar di sekolah-sekolah.

7 lelaki dan 2 perempuan
Tahun 2017 merupakan tahun dimana Silat Lintau terus berkembang di Kelantan terutamanya di Gelanggang Pusat kami yang terletak di hadapan rumah Guru Utama.


Pelajar bersama Ibubapa masing2
Tanpa mengenal penat lelah, Dr. Kamal Shah terus bersemangat untuk mengajar anak murid beliau mendalami ilmu persilatan tua ini kepada golongan kanak-kanak, belia dan dewasa.

Sehingga bertemu lagi. Wassalam. 

No comments:

Post a Comment