Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Thursday, 3 April 2014

JANGAN MENYUSAHKAN ORANG

Usaha persatuan dalam membentuk dan mendidik sahsiah dikalangan remaja seharusnya diberi perhatian dan sokongan yang padu oleh semua pihak. Halangan birokrasi tidak patut wujud diantara agensi kerajaan dan NGO yang terlibat dalam pembangunan nasional (nation building). Mereka yang sengaja menimbulkan masalah dengan alasan 'prosedur jabatan' dan sebagainya sepatutnya mengambil sikap yang lebih terbuka dan tidak menyusahkan usaha yang dijalankan NGO.


Masalah yang dihadapi oleh NGO di negeri Kelantan perlu diberi perhatian serius oleh Kerajaan Negeri dan Pusat. Presiden Pertubuhan Seni Silat Lintau, Pasir Puteh, Kelantan (PERSILEK) menyatakan demikian dalam temubual bersama wakil media sebentar tadi.

Masalah birokrasi yang menyusahkan NGO tidak harus timbul/wujud lagi, lebih-lebih lagi apabila NGO terlibat telah memberi sumbangan selama 20 tahun terhadap pembangunan sosial dikalangan remaja.

Sumbangan PERSILEK dalam pembangunan sahsiah pelajar bukan kecil. Sejak 1995, PERSILEK, melalui kelas Silat Lintau yang dijalankan di sekolah-sekolah di Pasir Puteh ini telah berjaya meningkatkan nilai diri pelajar yang mengikuti program yang dianjurkannya.

Apa yang kami ajar dalam kelas-kelas Silat kami selain daripada Ilmu Silat ialah membetulkan bacaan Al-Quran, mengajar Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Pengenalan kepada Islam, Iman dan Tasawuf kepada pelajar yang lemah dalam agama dan adat serta motivasi untuk meningkatkan diri untuk menjadi anak yang sholeh.

Justeru, Dr Kamal Shah merasa hairan apabila program yang dijalankan oleh NGO cuba disekat dengan berbagai alasan 'birokrasi' yang dilihat menyusahkan. Peliknya, hal ini HANYA BERLAKU DI PASIR PUTEH dan tidak dijajahan lain dinegeri ini. Beliau merasakan seolah-olah ada tangan tertentu yang cuba untuk menyekat apa yang beliau jalankan di sini.

"Sedangkan perkara yang sama tidak berlaku kepada NGO lain dinegeri ini. Kenapa Silat Lintau yang sering menjadi sasaran sesetengah pihak?" tanya beliau lagi. "Apakah mengajar Ilmu Al Quran itu salah? Memantapkan diri pelajar dengan ilmu agama itu salah? Menyedarkan remaja betapa pentingnya ilmu fardhu kifayah itu salah?" sambung beliau.

Sedarkah kita bahawa pada hari ini, pelajar yang sudah akil baligh, yang berada di tingkatan lima masih tidak dapat menjawab soalan mudah mengenai Solat Jenazah, Rukun Iman dan Rukun Islam, jauh sekali dari mengetahui apa itu rukun sembahyang dan banyak lagi. Sukakah kita melihat anak muda hanyut seperti buih dilautan, tak mengenal diri dan tak tahu apakah tanggungjawab mereka kepada Tuhan, diri dan masyarakat. Apakah kita ingin melihat generasi akan datang terdiri dari manusia yang BUTA AGAMA?

Sekiranya kita ada kesedaran dalam diri, dan setelah 20 tahun mengenali beliau (Dr Kamal) takkan lah nak sekat lagi bila NGO nak bawak pelajar menyertai program yang berfaedah bukan sahaja kepada diri mereka malah untuk sekolah dan jabatan berkaitan.

Jangan cakap pasal prosedur dengan saya. Bila kami hendak membawa pelajar menyertai aktiviti di luar sekolah prosedur itu dan ini mesti di ikut. Saya nak tanya, prosedur paling asas dalam pembahagian pelajar dalam badan berunifom sekolah pernah ikut tak? Kalau guru kencing berdiri, anak murid pasti akan kencing berlari, NGO jugak lah yang terpaksa bersusah payah menenangkan jiwa anak muda yang dahagakan aktiviti dan inginkan SIJIL demi masa depan mereka.

No comments:

Post a Comment