Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Wednesday 22 June 2011

Surat Untuk Pembaca....

Dari: Dr. Kamal Shah
Presiden
PERSILEK

21 Jun, 2011 01:34am

Assalamu 'alaikum wm wb.,

PEMBACA YANG BUDIMAN


Pada tanggal 27hb Jun, 2011, saya dan dua orang pengiring akan melawat ke Nagari Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Acara ini disebut oleh 'urang awak' sebagai Menapak Tilas Silek Lintau.

Tujuan saya kesana adalah untuk mengesahkan yang mana satukah langkah Silat Lintau yang sebenarnya daripada Tuo Silek Lintau yang masih hidup di Nagari Lintau.

Saya mengadakan acara Menapak Tilas ini kerana di Malaysia kini terdapat kekeliruan tentang Silat Lintau ini. Di Malaysia sekarang ini terdapat berbagai versi Silat Lintau yang dikemukakan ke khalayak ramai (publik). Soalnya adakah kesemuanya itu boleh dikatakan Silat Lintau atau sebaliknya.

Saya mula menjalankan kajian sejarah mengenai Silat Lintau ini pada tahun 1986 lagi akan tetapi sehingga kini tiada satupun sejarah mengenai Silat Lintau ini ditulis oleh orang Lintau yang boleh didapati diinternet. Tiada satupun...

Kenapa jadi begitu? Tidak lain dan tidak bukan ialah Silat Lintau kini menjadi 'panaruahan' bagi Tuo Silek dan tidak dibenarkan sesiapa pun membuat rakaman mengenainya. Ianya bertujuan mengekalkan keaslian Silat Lintau yang dipandang mulia dan tinggi oleh mereka yang ahli.

HASIL KAJIAN

Hasil dari berinteraksi dengan mereka yang mempelajari Silat Lintau di Ranah Lintau maka saya dapat simpulkan beberapa perkara dan hal ini akan saya dedahkan setelah pulang dari Lintau nanti. Untuk posting kali ini, cukuplah jika saya katakan bahawa Silat Lintau ini terdiri dari sembilan disiplin ilmu beladiri yang lahir di Ranah (Tanah) Lintau, Minangkabau.

Seperti yang pernah dikatakan:

Silat Lintau umpama sebatang pokok yang daunnya terlalu lebat dan berwarna hijau, dan buahnya juga berwarna hijau, justeru, amat sukar untuk melihat buah kerana persamaan warna buah dan daun. Tetapi, apabila diselak daunnya, alangkah terkejutnya kita kerana terdapat ribuan buah disebaliknya.


Kalau hanya tahu satu dari sembilan pola langkah dan disiplin Silat Lintau, usahlah membangga diri, mendabik dada mengatakan AKU ADALAH BENAR dsb... Yang penting kini ialah kita mengetahui dari mana asal usul Silat Lintau yang kita pelajari itu dahulu adakah Lintau Tanjung Bonai atau Lintau Tigo Selo, adakah berasal dari Pangian atau dari Balai Tangah dsb... 


Semua ini akan saya dedahkan setelah pulang dari Lintau, Tanah Datar nanti.

Tuah Sepakat, Alur dan Patut

Dr. Kamal Shah
Presiden
PERSILEK.

4 comments:

  1. Assallamualaikum Dr.Kamal,

    Tahniah kerana sanggup ke Lintau bagi membuktikan kebenaran dan menggali silsilah silek Lintau ini. Saya adalah antara individu yang pernah "napak tilas" ke Sumatera (Bukit Tinggi) pada 2 tahun yang lepas.Ini tiada lain kecuali mencari kebenaran tentang langkah silek (silek staralak)dan sejarah serta menjaga silaturrahim antara sasaran silek di tempat asalnya.Perkara ini dilaksanakan bukan bertujuan mencari publisiti, tetapi mencari susur galur silek itu sendiri yang pernah diajar oleh keturunan saya dari moyang hingga kepada saya sendiri.Ternyata dalam apa jenis silat sekalipun yang ada disana, intinya adalah menjadi panaruhan buat sang guru,ini terutama kepada langkah silek yang disimpan buat sang guru agar tidak dimakan murid.Ternyata juga sejarah yang ditulis di laman sesawang kebanyakan nya adalah tidak benar.Dan tuo silek staralak juga pernah berpesan supaya menjauhi sumber-sumber sebegitu.alhamdulillah atas berkat kesabaran dan diizinkan pemegang adat,saya berpeluang melihat dan bertukar pandangan mengenai langkah silek ini. Setelah selesai perbincangan selama seminggu dan lawatan ke beberapa sasaran,saya pulang dengan penuh kepuasan.Tahniah diatas usaha Dr.Kamal menaikkan nama Silek Minangkabau.

    ReplyDelete
  2. Fergie: Terimakasih. Kebenaran terbukti sudah. Kini misi utama PERSILEK ialah untuk melebarluaskan SILAT LINTAU ini keseluruh pelusuk tanahair. Tks

    ReplyDelete
  3. Semoga usaha Dr.Kamal mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..Moga2 dapat dibuka sasaran Lintau nan tuo ini di wilayah utara.

    ReplyDelete
  4. FERGIE: SILA HUBUNGI SAYA DI EMEL lintaukelantan@gmail.com

    ReplyDelete