Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Sunday, 10 January 2010

PEMUDA PAS PERAK KUTUK BOM GEREJA DI TAIPING

IPOH, 10 Jan: Dewan Pemuda PAS Perak mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan bom api ke Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis, dekat Taiping awal pagi ini.

Sehubungan itu, setiausahanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss meminta pihak berkuasa melakukan penyiasatan segera terhadap tindakan yang melampau itu.

"Pemuda PAS Perak berharap rakyat bertenang dalam menghadapi situasi seperti ini," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily tengah hari ini semasa dalam perjalanan melawat tempat kejadian.

Tambahnya, sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan mengganggu kenteraman awam mestilah ditentang oleh rakyat berbagai agama dan bangsa serta di semua peringkat umur dan tahap pendidikan.

"Justeru, Pemuda PAS Perak mengharapkan segala langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini diambil dengan secepat mungkin dengan mengambil kira semua aspek," ujarnya.

Siang tadi Pemuda PAS Perak mengadakan lawatan ke dua-dua tempat kejadian bagi melihat sendiri keadaan.

Menyertai lawatan tersebut, Naib Ketuanya, Salman Salleh, Exco Mohd Fakhrulrazi, Penolong Setiausaha Safarizal Salleh dan Pengarah Pilihanraya dewan pemuda PAS Perak, Mohd Nazri Din.

Mereka bagaimanapun tidak dapat masuk ke kawasan tersebut kerana akur dengan arahan pihak polis yang mengawal tempat kejadian.

Mereka bagaimanapun menggesa pihak keselamatan mengetatkan lagi kawalan di semua gereja memandangkan keadaan pada waktu ini tidak menentu dan kejadian sama boleh berulang bila-bila masa.

No comments:

Post a Comment