Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Wednesday 17 December 2014

Takutlah Azab Allah.

2:206

Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah kepada Allah", bangkitlah kesombongannya yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka Jahannam. Dan sungguh neraka Jahannam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya. Surah Al Baqarah:206

AMARAN KEPADA MEREKA YANG DENGKI DAN KHIANAT.

TAKUTLAH  KEPADA (AZAB) ALLAH!!


Peringatan ini ditujukan kepada mereka yang tidak henti hentinya mengadu domba dan mengada2 cerita yang tidak benar mengenai saya dan Silat Lintau yang saya pelajari. Mereka sanggup menghabiskan waktu dan tenaganya untuk menghentam saya melalui internet (Facebook dll). Untuk apa? Untuk dijilat api neraka yang tak tertahankan panasnya itu? Mereka adalah orang yang sombong dan mereka adalah orang yang ingkar kepada Allah. Bertaubatlah sebelum terlambat kerana saya pasti akan menuntut keadilan dihadapan Allah azza wa jalla.

Mereka juga harus ingat bahawa Allah sentiasa melihat setiap perbuatan mereka dan para malaikat yang ditugaskan untuk mencatat akan terus mencatat setiap apa yang mereka kerjakan. Golongan ini bermuka-muka dan tidak berani berdepan dengan saya walaupun untuk add friend di Facebook. Mereka hanya berani mengata di belakang tapi tak sanggup bertanggungjawab.

Bagi saya, apapun yang dikatakan oleh mereka ini sedikitpun tidak menggugat saya kerana selain diri saya sendiri dan rakan seperguruan, Allah dan Rasulullah juga tahu segala yang saya katakan merupakan kebenaran yang hakiki.

Seperti yang pernah saya tulis dalam blog ini dahulu, saya tidak perlu mendedahkan segalanya kepada umum, berapa orang guru saya dan siapakah mereka. Cukup saja umum mengetahui bahawa saya belajar dengan Almarhum Bpk Ahmad bin Rashid dirumahnya setelah terputus hubungan dengan beliau. Putusnya hubungan saya dengan beliau adalah kerana ada pihak yang menipu saya, memberitahu bahawa Pak Mat sudah meninggal dunia, konon rumahnya terbakar dan dia mati dalam kebakaran tersebut. Orang yang menipu saya itu masih hidup dan saya tahu kenapa dia menipu. Biarkanlah dia berseorangan kerana dia tidak tahu bahawa selepas Pak Mat dikatakan telah mati, saya telah belajar Silat Lintau di Padang Rengas dan Kota Lama... ramai yang tidak tahu, rupa2nya ada lagi yang lebih handal dari Pak Mat.

Kesemua guru saya, termasuk bapa saudara dan dua orang datuk saudara saya memberitahu bahawa Silat Lintau ini dibawa ke Padang Rengas oleh Pendekar Talib dari Lintau. Bukan itu saja tetapi urang Lintau dari Tigo Jangko yang kini berada hampir dengan saya di Kelantan ini juga mengesahkan hal Pandeka Talib. Oleh itu, janganlah bermain dengan kata2 yang mengguris perasaan saya. Kau kata kau saudaraku tapi kau menikam aku dari belakang.

HENTIKANLAH MENGATA SAYA DI FACEBOOK ATAU SELAINNYA. HENTIKANLAH. TAKUTLAH KEPADA AZAB ALLAH  YANG DISEDIAKAN BAGI MEREKA YANG MENGADU DOMBA, MEMFITNAH, MENGATA ORANG SESUKA HATI SEDANGKAN ANDA TIDAK TAHU APA-APA PUN TENTANG SAYA. SAYA HANYA MANUSIA KERDIL YANG MENGGANTUNGKAN NASIB DAN MASA DEPAN SAYA (DUNIA DAN AKHIRAT) KEPADA ALLAH AZZA WA JALLA SERATUS PERATUS. BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR2 TAQWA WAHAI SAUDARA. BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

Kalau ada yang tidak puas hati, datang lah ke Kelantan, kita muzakarah di gelanggang. Baru tahu siapa betul, siapa salah. Datanglah ke Pasir Puteh, Kelantan. Saya takkan pukul anda kerana saya bukan jenis yang berhantam tanpa sebab. Datanglah dan kenalilah saya dahulu kulit dan isi. Datanglah.... dan saya akan sambut dengan senyum dan tangan terbuka. Datanglah... kerana menghubungkan Silaturrahim itu suruhan agama. Datanglah kalau anda masih tidak percaya. Datanglah atau berhenti dari berkata yang bukan2 dibelakang saya. Saya tahu anda setiap hari menilik blog ini untuk mengetahui apa lagi yang saya tulis. Saya tahu.

Musuh Tidak Dicari, Bertemu Musuh Aku Tak Lari.

Dr. Kamal Shah a.k.a Raden Kamal Shah.
Pasir Puteh
Kelantan
Malaysia

3 comments:

  1. untuk maluman, blog kadi kluang telah ditukar alamat kepada www.ustazkhalil.blogspot.my . Terimakasih kerana telah mengiklankan blog saya sebelum ini

    ReplyDelete