Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Sunday, 20 March 2011

SEKADAR RENUNGAN...




Mafhumnya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak
menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" Al Baqarah:30



Apakah Pengajaran Yang Dapat Diambil Daripada Ayat Ini? Didalam Ayat Ini Ada Beberapa
Perkara Tentang Manusia Dan Malaikat Seperti Yang Telah Saya Highlightkan Iaitu :

1. Orang Yang Akan Membuat Bencana Dan Menumpahkan Darah (Berbunuhan) Dan;

2. Yang Sentiasa Bertasbih Dengan Memujimu Dan Mensucikanmu.

Inilah Rahsia Yang Terkandung Didalam Ayat Ini, Panduan Bagi Kita Menjalani Kehidupan 
Seharian Didunia Ini. Kata Kunci Yang Terdapat Dalam Ayat Ini Jelas Sekali Bagi Mereka 
Yang Mahu Berfikir. Sebagai Manusia, Kita Diberi Akal Fikiran Untuk Membuat Pilihan, Jalan 
Manakah Yang Akan Diikuti Semasa Hidup Didunia Ini. Adakah Kita Akan Memilih Jalan 
Yang Pertama Atau Jalan Yang Kedua. 


Seorang Pandeka Yang Sebenar Akan Sentiasa Memilih Jalan Bertasbih Dengan Memuji Dan 
Mensucikan Allah Swt Setiap Masa Dan Ketika, Dalam Gerak Dan Diam, Dalam Tidur Dan 
Bangun. Inilah Yang Dinamakan Taqwa (God Consciousness) Yang Sebenar. 


Pabila Seseorang Itu Sentiasa Ia Didalam Keadaan Bertasbih Dan Mengingati Akan Allah 
Maka Ia Akan Terhindar Daripada Melakukan Bencana Dan Menumpahkan Darah Diatas Muka 
Bumi Ini Insha Allah.


Renung2kanlah…


Wassalam

Dr. Kamal Shah



No comments:

Post a Comment