Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Monday, 12 November 2012

Muslim Dibenarkan Untuk Murtad?

Pada 10 Julai, 2007 Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan pandangan yang jauh berbeza dengan Tun Mahathir, Dato Seri Najib Tun Razak dan UMNO secara keseluruhannya. Pandangan beliau bakal menjadikan UMNO dan golongan yang mempolitikkan ucapan Nurul Izzah menjadi bercelaru.
Nota penulis: Walaupun pendirian kami apolitical dalam isu2 politik tetapi apabila sesuatu isu itu menyentuh sensitiviti dan kesucian Islam, kami tetap akan mengeluarkan pandangan terhadapnya dan pandangan2 kami adalah BEBAS DARI UNSUR POLITIK yang sedia ada. We are not politicians and thus do not PLAY politics.
**********************************************************************************

Patutkah Orang Yang Ingin Murtad Dibiarkan Murtad? Benarkah Hukuman Mati Bukan Hukuman Yang Ditetapkan Untuk Golongan Murtad? Adakah Nas Al-Quran Dan Hadis Mengenai Perkara Ini?

 

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur ingkar) dahulu kala.  Al-Anfaal:38
 
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan. Al-Anfaal:39


HADITH UTAMA SANDARAN HUKUMAN MURTAD
 
Hadith yang berkenaan hukuman Murtad datang dalam pelbagai lafaz. Hadith-hadith ini didatangkan dari beberapa orang sahabat utama seperti Sayyidina Uthman Affan ra, Sayyidina Ali kw, 'Aisyah, Ibn Abbas, Ibn Mas'ud, Abu Musa as-Sya'ary, Muadz bin Jabal, Anas Bin Malik, Abu Hurairah radhiyallahuanhum ajma'in.
 
Lafadz hadith dari para sahabat di atas berbeza serba sedikit dari sudut lafaznya tetapi sama dari sudut maknanya. Antara yang paling jelas adalah :-
 
1) Nabi SAW bersabda :
من بدل دينه فاقتلوه
Ertinya: Dari Ibnu Abbas ra : Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu membunuhnya" ( Riwayat Bukhari 2/280; Abu Daud (4351); Tirmizi 145 ; Nasaie, 7/104 dan Ahmad ,1/282)
 
2) Sabda Nabi Muhammad SAW juga :
" لا يحل دم امرئ مسلم يشهد أن لا إله إلا الله، وأني رسول الله إلا بإحدى ثلاث: النفس بالنفس، والثيب الزاني، والتارك لدينه، المفارق للجماعة" (رواه الجماعة)
Ertinya : " Tidak halal darah Muslim yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan Aku sebagai Rasulullah kecuali ia melakukan mana-mana salah satu dari tiga perkara iaitu membunuh nyawa, janda yang berzina yang (penzina muhson) dan orang memisahkan dirinya dari agamanya lalu meninggalkan jemaah" ( Al-Bukhari, 6/2521 ;Muslim 3/1032 ; Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Ibn Hibban, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan lain-lain )

 Dalam riwayat lain dari UThman bin Affan ra :
"..... رجل كفر بعد إسلامه، أو زنى بعد إحصانه، أو قتل نفسًا بغير نفس" (رواه الترمذي وحسنه والنسائي وابن ماجة، وقد صح هذا المعنى من رواية ابن عباس أيضًا وأبي هريرة وأنس)،
 
Ertinya : " Tidak halal darah Muslim yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan aku sebagai Rasulullah kecuali seorang lelaki yang kufur (murtad) selepas Islamnya, atau berzina selepas berkahwin atau membunuh seseorang" ( Riwayat At-Tirmidzi : At-tirmizi : hasan)
 
Imam Ibn Rejab al-Hanbali pula ketika mensyarahkan hadith ini telah berkata : " Hukuman bunuh bagi setiap satu dari kesalahan ini adalah disepakati oleh ulama Islam seluruhnya" ( Jami' al-‘Ulum wal Hikam, dgn tahqiq Syeikh Syuaib, cet ar-Risalah)
 
Banyak lagi hadith terutamanya dan ayat al-quran yang menyebutkan hukuman bagi jenayah murtad, bagaimanapun penulis hanya mengambil satu sahaja atas sebab tidak ingin memanjangkan penulisan.
 
Hukuman yang diistinbad (dikeluarkan) dari hadith di atas:
 
1. Ijma' ulama' dari mazhab yang lapan (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Mazhab Zohiri, Mazhab Syiah Zaidiyah, Mazhab Syiah Imamiah dan Mazhab Ibadiyah) dalam perihal membunuh si murtad.
 
(Sila lihat Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd, cet Dar Ibn Hazm, tahqiq oleh Majid al-Hamwi 4/1764; 'A'lam al-muwaqqi'ien, Ibnu Qayyim jld 5, ms 42; al-Majmu' 21/43, at-Tasyri' al-Jinaie al-Islami, Abd Qadir Audah, Al-Fiqh al-Islami, Dari Wahbah az-Zuhayli, Al-'Uqubah, Syeikh Abu Zuhrah, hlm 172)
 
Dari Yusof al-Qaradhawi mengatakan bahawa telah ijma' fuqaha' Islam bahawa hukuman bagi murtad adalah bunuh selepas Istitab. Perkara ini telah disahkan oleh Al-Allamah Imam Ibn Rejab al-Hanbali (w 795 H) di dalam kitabnya Jami' al-'Ulum wa al-Hikam (Syarh Hadith ke 14, cet al-Maktabah al-'Asriyah, hlm 134). Imam Muhd Abu Zuhrah (cendikiawan Islam terhebat di zamannya, w 1972 m) juga mengesahkan kesepakatan ulama' ini. (Lihat Al-uqubah, hlm 172)
 
Perihal menjatuhkan hukuman bunuh terhadap murtad ini juga telah dilaksanakan di zaman sahabat (selain Abu Bakar) oleh Mua'dz Jabal ra, Sayyidina Ali kw, (Rujuk Shohih Bukhari dengan syarah, Fath Bari, hadith no 6923) oleh Ibn Mas'ud setelah ditanya kepada Sayyidina Umar ra. (Rujuk Musannaf Abd Razak, 10/168, athar no 18707) . Lihat selanjutnya DISINI.

No comments:

Post a Comment