KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) bersama
pelbagai badan ulama’ di peringkat antarabangsa sentiasa mengalukan
pendirian tegas OIC bagi mewakili semua negara anggotanya di PBB dan
pelbagai forum antarabangsa berhubung kebebasan agama.
Dr. Roslan Mohd Noor |
“Islam mengiktiraf kebebasan beragama; seseorang tidak boleh dipaksa
untuk menganuti sesuatu agama; namun, murtad tidak termasuk dalam
kebebasan tersebut,” ujar Setiausaha Agung PUM, Dr. Mohd Roslan Mohd
Noor dalam satu kenyataan.
Di bawah adalah kenyataan penuh beliau.
Dengan harapan media beramanah dalam melaporkan isu kebebasan
beragama yang sedang dibincangkan, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) ingin
menyatakan sokongan terhadap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB),
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), termasuk para pemimpin dunia yang lain
yang mengutuk perbuatan biadap menista agama, termasuk sebarang
penistaan dalam isu kebebasan beragama.
Dan, di saat ummah Islam semakin hilang keyakinan terhadap PBB, PUM
turut menyokong Kenyataan Malaysia, khasnya Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) yang menolak konsep kebebasan beragama yang tidak
menepati Syariah dan Perlembagaan Persekutuan semasa Sesi Biasa Ke-19
Majlis Hak Asasi Manusia PBB.
PUM bersama pelbagai badan ulama’ di peringkat antarabangsa sentiasa
mengalukan pendirian tegas OIC bagi mewakili semua negara anggotanya di
PBB dan pelbagai forum antarabangsa berhubung kebebasan agama, iaitu
bahawa Islam mengiktiraf kebebasan beragama; seseorang tidak boleh
dipaksa untuk menganuti sesuatu agama; namun, murtad tidak termasuk
dalam kebebasan tersebut.
PERSATUAN ULAMA MALAYSIA |
Perkara ini telah diijma’kan oleh ulama’ dan mujtahid, salaf dan
khalaf, dan dari semua mazhab Islam berdasarkan metodologi syara’ yang
diiktiraf, yang turut menjadi asas penting dalam sambutan Minggu
Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia (UNGA Res. A/65/PV.34).
Walaupun kedua-dua dokumen ini tidak mengikat dari sudut
undang-undang, “Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR, 1948)” yang
membenarkan jenayah syarie seperti murtad dianggap tertolak di sisi
Syariah, khasnya melalui dokumen “Deklarasi Hak Asasi Manusia Dalam
Islam Kaherah (CDHRI, 1990)”.
Bahkan, terdapat resolusi penyelarasan antara negara anggota OIC
dalam bidang hak asasi manusia (Resolusi No. 41/21- P, 1993)
berdasarkan CDHRI di mana kebebasan beragama tidak terkecuali.
Sedihnya, resolusi ini masih terbiar tanpa penyelarasan oleh pihak
Kerajaan seperti di dalam Akta 597 (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia 1999) dan Draf “Asean Human Rights Declaration (AHRD)” yang
bakal dimuktamadkan pada 21 November 2012 ini.
PUM meminta SIS (Sister In Islam) dan sesetengah pihak sekularis
berhenti memanipulasi teks agama untuk disesuaikan dengan perspektif
sekular, termasuk dalam isu kebebasan beragama. Tindakan tersebut
merupakan suatu penistaan agama (defamation of religions) yang
menjadi sebahagian daripada menifestasi religiofobia. Bahawa, ianya
telah pun dianggap suatu jenayah di peringkat nasional dan antarabangsa.
Justeru, PUM menyokong Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan-kerajaan
Negeri yang menjalankan tanggungjawab mengambil tindakan dari sudut
perundangan, pendidikan, media dan seumpamanya untuk memastikan agama
tidak dinafikan haknya atas nama-nama yang indah seperti hak asasi
manusia.
No comments:
Post a Comment