Pada 10 Julai, 2007 Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan pandangan yang jauh berbeza dengan Tun Mahathir, Dato Seri Najib Tun Razak dan UMNO secara keseluruhannya. Pandangan beliau bakal menjadikan UMNO dan golongan yang mempolitikkan ucapan Nurul Izzah menjadi bercelaru.
Nota penulis: Walaupun pendirian kami apolitical dalam isu2 politik tetapi apabila sesuatu isu itu menyentuh sensitiviti dan kesucian Islam, kami tetap akan mengeluarkan pandangan terhadapnya dan pandangan2 kami adalah BEBAS DARI UNSUR POLITIK yang sedia ada. We are not politicians and thus do not PLAY politics.
**********************************************************************************
Patutkah Orang Yang Ingin Murtad Dibiarkan Murtad? Benarkah Hukuman Mati Bukan Hukuman Yang Ditetapkan Untuk Golongan Murtad? Adakah Nas Al-Quran Dan Hadis Mengenai Perkara Ini?
Katakanlah (wahai Muhammad)
kepada orang-orang yang kafir itu, jika mereka berhenti (dari
kekufurannya), nescaya akan diampunkan dosa mereka yang telah lalu, dan
jika mereka kembali lagi (ingkar maka Kami akan menyeksa mereka), kerana
sesungguhnya telah berlakulah kebinasaan orang-orang (yang kufur
ingkar) dahulu kala.
Al-Anfaal:38
Dan perangilah mereka sehingga
tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya
(bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari
kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang
baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka
kerjakan.
Al-Anfaal:39
HADITH UTAMA SANDARAN HUKUMAN MURTAD
Hadith yang berkenaan hukuman
Murtad datang dalam pelbagai lafaz. Hadith-hadith ini didatangkan dari
beberapa orang sahabat utama seperti Sayyidina Uthman Affan ra,
Sayyidina Ali kw, 'Aisyah, Ibn Abbas, Ibn Mas'ud, Abu Musa as-Sya'ary,
Muadz bin Jabal, Anas Bin Malik, Abu Hurairah radhiyallahuanhum ajma'in.
Lafadz hadith dari para
sahabat di atas berbeza serba sedikit dari sudut lafaznya tetapi sama
dari sudut maknanya. Antara yang paling jelas adalah :-
1) Nabi SAW bersabda :
من بدل دينه فاقتلوه
Ertinya: Dari Ibnu
Abbas ra : Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu
membunuhnya" ( Riwayat Bukhari 2/280; Abu Daud (4351); Tirmizi 145 ;
Nasaie, 7/104 dan Ahmad ,1/282)
2) Sabda Nabi Muhammad SAW juga :
" لا يحل دم امرئ مسلم يشهد أن لا إله إلا الله، وأني رسول الله إلا بإحدى ثلاث: النفس بالنفس، والثيب الزاني، والتارك لدينه، المفارق للجماعة" (رواه الجماعة)
Ertinya : " Tidak
halal darah Muslim yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan Aku
sebagai Rasulullah kecuali ia melakukan mana-mana salah satu dari tiga
perkara iaitu membunuh nyawa, janda yang berzina yang (penzina muhson)
dan orang memisahkan dirinya dari agamanya lalu meninggalkan jemaah" (
Al-Bukhari, 6/2521 ;Muslim 3/1032 ; Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Ibn
Hibban, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan lain-lain )
Dalam riwayat lain dari UThman bin Affan ra :
"..... رجل كفر بعد إسلامه، أو زنى بعد إحصانه، أو قتل نفسًا بغير نفس" (رواه الترمذي وحسنه والنسائي وابن ماجة، وقد صح هذا المعنى من رواية ابن عباس أيضًا وأبي هريرة وأنس)،
Ertinya : " Tidak
halal darah Muslim yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan aku
sebagai Rasulullah kecuali seorang lelaki yang kufur (murtad) selepas
Islamnya, atau berzina selepas berkahwin atau membunuh seseorang" (
Riwayat At-Tirmidzi : At-tirmizi : hasan)
Imam Ibn Rejab al-Hanbali pula
ketika mensyarahkan hadith ini telah berkata : " Hukuman bunuh bagi
setiap satu dari kesalahan ini adalah disepakati oleh ulama Islam
seluruhnya" ( Jami' al-‘Ulum wal Hikam, dgn tahqiq Syeikh Syuaib, cet
ar-Risalah)
Banyak lagi hadith terutamanya
dan ayat al-quran yang menyebutkan hukuman bagi jenayah murtad,
bagaimanapun penulis hanya mengambil satu sahaja atas sebab tidak ingin
memanjangkan penulisan.
Hukuman yang diistinbad (dikeluarkan) dari hadith di atas:
1. Ijma' ulama' dari mazhab yang lapan (Imam
Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Mazhab Zohiri, Mazhab
Syiah Zaidiyah, Mazhab Syiah Imamiah dan Mazhab Ibadiyah) dalam perihal membunuh si murtad.
(Sila lihat
Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd, cet Dar Ibn Hazm, tahqiq oleh Majid
al-Hamwi 4/1764; 'A'lam al-muwaqqi'ien, Ibnu Qayyim jld 5, ms 42;
al-Majmu' 21/43, at-Tasyri' al-Jinaie al-Islami, Abd Qadir Audah,
Al-Fiqh al-Islami, Dari Wahbah az-Zuhayli, Al-'Uqubah, Syeikh Abu
Zuhrah, hlm 172)
Dari Yusof al-Qaradhawi
mengatakan bahawa telah ijma' fuqaha' Islam bahawa hukuman bagi murtad
adalah bunuh selepas Istitab. Perkara ini telah disahkan oleh Al-Allamah
Imam Ibn Rejab al-Hanbali (w 795 H) di dalam kitabnya Jami' al-'Ulum wa
al-Hikam (Syarh Hadith ke 14, cet al-Maktabah al-'Asriyah, hlm 134). Imam Muhd Abu Zuhrah (cendikiawan Islam terhebat di zamannya, w 1972 m) juga mengesahkan kesepakatan ulama' ini. (Lihat Al-uqubah, hlm 172)
Perihal menjatuhkan hukuman
bunuh terhadap murtad ini juga telah dilaksanakan di zaman sahabat
(selain Abu Bakar) oleh Mua'dz Jabal ra, Sayyidina Ali kw, (Rujuk Shohih Bukhari dengan syarah, Fath Bari, hadith no 6923) oleh Ibn Mas'ud setelah ditanya kepada Sayyidina Umar ra. (Rujuk Musannaf Abd Razak, 10/168, athar no 18707) . Lihat selanjutnya DISINI.
No comments:
Post a Comment