Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Wednesday, 19 September 2012

Sekadar berkongsi cerita...


2:120  
Al-Baqarah:120
Maksudnya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
  
Pernahkah kita merenung bagaimana kehidupan kebanyakan dari orang Islam yang ada kini? Pernahkah kita muhasabah diri kita... sejauhmanakah kita menjalankan kehidupan seharian sebagai Muslim. Muslimkah kita. Betul kah amalan kita, betulkah cara hidup kita kini?

Cuba lihat disekeliling kita... baik lelaki atau perempuan, tua atau muda, yang belajar di sekolah Arab/Agama atau sekolah biasa, yang lahir dari Universiti Azhar sekalipun... adakah semuanya tunduk patuh kepada perintah Allah dalam kehidupan seharian? Adakah kita tergolong dalam golongan yang sama... Na'uzubillah...

Sedarkah kita apa yang kita ungkapkan dalam solat disaat kita membaca:

6:79 Al An'am:79

"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)"

Adakah kita mengamalkan apa yang kita ungkapkan itu atau hanya 'cakap tak serupa bikin'? Benarkah kita hari ini hidup mentauhidkan Allah dengan sebenar2 tauhid?
Agama Islam ini bukan baharu. Islam disebarkan oleh Nabi2 dan Rasul2 sejak Nabi Adam 'alaihissalam lagi... Pernahkah kita belajar dan mengambil tahu apakah yang disampaikan oleh para Nabi dan Rasulullah ini? Tahukah kita sejarah Nabi Ibrahim Khalilullah (sahabat Allah) dan kenapa baginda dikenali dengan gelaran sahabat Allah? Tahukah kita sejarah Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Isa dan Nabi Muhammad S.A.W?  

4:125 

Dan tidak ada yang lebih baik ugamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim rakan karib kesayanganNya. ~ An-Nisa':125

Bercerita tentang Nabi Ibrahim Khalilullah 'alaihis salam, teringat saya kepada kisah dimana baginda telah meninggalkan isteri dan anak lelakinya di lembah Baka'a (Makkah sekarang). Teringat pula kisah Siti Hajar yang mencari air diantara safa dan marwah....
 
Sewaktu saya ke Mekah pada tahun 2009 suatu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan ialah apabila saya bertanya kepada seorang ahli jamaah sesudah beliau melakukan sa'i apakah beliau tahu sejarah sa'i dan beliau menjawab tahu... saya lalu bertanya kepadanya tentang sejarah sa'i, siapakah yang berlari-lari antara Safa dan Marwah... beliau dengan konfiden sambil mencebih bibirnya (seolah-olah saya ni nak uji dia yang terror agaknya...) "alaah... Siti Mariam la siapa lagi..." katanya... saya tanya lagi "siapa?" lalu dia menjawab "Siti Maryam lah... takkan tu pun tak tau..."

Bimbang kalau -kalau dia tersilap, saya cuba tanya sekali lagi... "betulke Siti Mariam yang berlari-lari antara Safa dan Marwah dulu?" dengan selamba dia menjawab "betul lah, apa tak betul pulak?" Berat nanang sungguh Minah ni... kata saya dalam hati lalu menerangkan kepada beliau sejarah sebenar dan di iyakan oleh Mutawwif kami.

Inilah kualiti umat akhir zaman kini... banyak lagi kisah yang menggambarkan betapa umat hari ini jauh tersimpang dari ajaran yang sebenar... kisah diatas hanyalah secebis dari kisah sebenar yang berlaku pada hari itu dan hari-hari yang saya lalui bersama jamaah yang bermacam karenahnya...

Muhasabahlah diri setiap pagi dan malam, semuga Allah memberikan hidayah dan taufiqnya kepada kita semua. Amiin..

No comments:

Post a Comment