Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Tuesday, 4 September 2012

Asal Usul Silat

Silat merupakan seni beladiri yang berada khusus di wilayah Nusantara. Dari Selatan Thai sampai ke Singapura, dari Aceh hingga ke Sulawesi, Borneo dan Filipina, semuanya mempunyai seni beladiri yang dinamakan SILAT.
Harap pembaca tidak keliru dengan kupasan yang dibuat kali ini kerana ianya tersimpang dari cara berfikir biasa.

SILAT - MILIK SIAPA?

Jika dikaji dan dilihat kepada ilmu persilatan yang terdapat di nusantara ini maka kita akan dapati bahawa ilmu SILAT, baik dari segi langkah, tari dan buahnya dipengaruhi alam dan masyarakat sekitarnya. Justeru, kita melihat bahawa mereka yang di atas bukit atau gunung mempunyai unsur yang tersendiri dari segi langkah dan kuda-kudanya, manakala langkah dan kuda-kuda mereka yang ditanah rendah lain pula kedudukannya.

langkah silat

Bukan semua SILAT mengaplikasikan kesemua kedudukan dan langkah. Ada SILAT yang memakai kedudukan rendah sehingga meniarap seperti Harimau gayanya, ada pula yang kedudukannya separuh tegak dan ada yang kuda-kudanya tinggi.

Kesemua ini dipengaruhi dari alam persekitaran yang mempengaruhi pelajaran SILAT di seluruh Nusantara. Inilah yang menyebabkan SILAT itu suatu ilmu yang menarik untuk dipelajari... tak habis kalau nak belajar semua SILAT yang ada di Nusantara ini.

Akan tetapi, bila kita kembali kepada persoalan yang dikemukakan diatas, milik siapakah sebenarnya ILMU SILAT yang hanya terdapat di WILAYAH NUSANTARA ini?

Sebagai contoh: di Malaysia terdapat berbagai SILAT dengan berbagai nama yang mewakili daerah dan kaum dari rumpun Melayu seperti SILAT Jawa, SILAT Minangkabau, SILAT Lintau, SILAT Melayu, SILAT Sunda, SILAT Kegayungan Aceh, SILAT Lian Yunan yang memberi gambaran bahawa ianya berasal dari daerah tertentu di nusantara. Kesemuanya mempunyai SATU persamaan iaitu dengan meletakkan atau menggunakan nama SILAT pada nama persatuan atau pertubuhan mereka.

Kesimpulan yang dapat dibuat disini ialah, SILAT bukan milik siapa2 sebenarnya. SILAT merupakan perkataan yang disangkutkan kepada ilmu beladiri nusantara ini dan membawa pengertian yang cukup indah, cukup baik dan cukup tuma'ninahnya.

MAKNA KATA SILAT

SILAT diakui berasal dari kata wasilah dan silaturrahim oleh pengamalnya diseluruh Nusantara. SILAT juga dikhususkan untuk orang Islam sahaja walaupun kini ramai yang telah mengajarkan ilmu SILAT kepada bukan muslim.

Wasilah membawa pengertian mendekatkan diri kepada Allah maka wajarlah jika dikatakan bahawa SILAT itu mengandungi pelajaran dan pengajaran yang membawa seseorang itu kepada mendekatkan diri kepada Allah. SILAT adalah salah satu dari cabang Ilmu Islam.

Silaturrahim membawa pengertian yang lebih kurang sama iaitu mengeratkan kasih sayang sesama manusia, lantaran itu, SILAT BUKAN ilmu yang boleh digunakan untuk mencetuskan permusuhan, perbalahan, perkauman dan sebagainya.

Jelas dari kedua makna SILAT itu bahawa SILAT merupakan ILMU ISLAM yang diwariskan kepada Umat Muhammad S.A.W. di Nusantara ini.

SILAT BERASAL DARI ISLAM?

Ilmu beladiri yang dinamakan SILAT ini sebenarnya bukan 100% dibawa dari luar NUSANTARA. Ianya berkembang di NUSANTARA ini jauh sebelum kedatangan Islam ke wilayah ini. Ini dapat dilihat seperti contoh Silat Lintau dimana ianya dikatakan bermula pada tahun 1119M lagi. Islam belum lagi sampai ke wilayah Nusantara waktu itu.

Islam dikenal pasti mula disebarkan di Nusantara pada abad ke 14/15 Masehi. Sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, masyarakatnya menganut fahaman Hindu dan Buddha. Itu secara ringkasnya saja.

Setelah Islam berkembang di Nusantara maka pengaruh Islam mula menjiwai dan mencorakkan ilmu SILAT sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Islam. Di Lintau dan Minangkabau umumnya, Silat berkait rapat dengan amalan Thariqat yang dibawa oleh alim ulama waktu itu. Kita dapat melihat pengaruh Thariqat Naqshabandiah, Shatariah dan Ahmadiah berkembang didalam ilmu SILAT di Minangkabau dan Tanah Melayu sebagai contoh.

Setelah ajaran Islam diterap masuk kedalam ilmu beladiri di Nusantara, maka ilmu beladiri itu di beri nama SILAT dan bersama dengannya diajarkan kepada para bakal pendekar itu tentang niat belajar silat, rukun silat, adat dan adab dalam silat dan lain-lain lagi.

...bersambung


2 comments:

  1. Baa aa caro eh talapeh ka Klate .. HuHuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandeka Talib nan mam bao Silek Nan Tuo Lintau iko... Marantau ka Perak dan di aja an di sano... Awak baraja di Perak maso dulu... lamo sudah... sekarang awak lai menetap di Klate... hehehe...

      Delete