Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Thursday, 27 September 2012

Masalah kita hari ini

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud"Setiap anak yang lahir adalah dalam fitrah. Dua ibu bapanya lah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi."
(Muttafaqun 'alaih)
Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan peribadi anak-anak. Tanggungjawab membesarkan anak bukan kecil dan tidak mudah. Membesarkan anak secara fizikal memang mudah akan tetapi membentuk jiwa dan rupa anak tidak semudah yang disangka.

Melayu kini dibesarkan sebagai Melayu, bukan sebagai Muslim. Justeru kita melihat betapa anak Melayu kini sudah 'hilang' agamanya baik dari segi pengetahuan mahupun amalan. Akibatnya, anak-anak ini tidak mengenal Allah dan tidak tahu apa-apa mengenai agama mereka.

Tanyalah mereka tentang Rukun Iman dan Rukun Islam, tanyakan sejarah Nabi, berapa kitab yang diturunkan Allah kepada para Rasul dan apakah yang diturunkan kepada Nabi Musa, nescaya ramai yang gagal menjawabnya. 

Bagi mereka, Islam adalah agama yang yang dianuti, sama seperti agama lain. Ada yang mendirikan solat, ada yang meninggalkannya dan ada yang solat getek, dok getek (kadang2 solat kadang2 tak). Kenapa jadi begitu?

Bagi mereka juga, Islam hanyalah Solat dan puasa di bulan Ramadhan. Selain itu, belasah jela nak hidup macamana sekalipun. Nak berkepit dengan boyfriend/girlfriend dan lain-lain semuanya boleh. Hidup dipimpin oleh nafsu, bukan oleh agama. Sebab itu kita mendengar setiap hari kes buang bayi berlaku dimerata tempat. Manusia beranak macam kucing...


Antara Melayu beragama Islam dan Muslim berbangsa Melayu, mana satu yang anda pilih?

Kurangnya ilmu agama dikalangan masyarakat semakin parah dan semakin perlu diberi perhatian. Malangnya tiada pihak yang sanggup keluar mencari dan mengajak mereka ini kembali kepada Islam. Dengan banyaknya sekatan undang-undang dan ketiadaan tauliah daripada pihak berwajib, usaha untuk memulihkan masyarakat yang kurang ilmu ini dilihat sebagai suatu yang hampir mustahil.

KULIAH DI MASJID/SURAU

Walaupun hampir setiap malam ada kuliah agama di masjid dan surau namun hanya mereka yang gemar ke masjid sahaja yang dapat 'menadah kitab' dengan guru/ustaz. Itupun belum tentu mereka yang berada di atas masjid setiap hari itu tahu banyak tentang agama mereka.

SOALAN UNTUK DIKEMUKAKAN

Tanyakan soalan ini kepada mereka yang anda temui dan lihat samada mereka mampu menjawab dengan betul:

  1. Berapakah kitab yang diturunkan Allah kepada manusia, namanya dan kepada siapa diturunkan.
  2. Berapakah jumlah 'Ulul Azmi dan siapakah mereka
  3. Apa itu suhuf dan berapakah jumlah suhuf yang diturunkan Allah... kepada siapa diturunkan
  4. Apakah yang dinamakan Rukun 10 dan apakah kandungannya?
  5. Apakah persamaan antara Nabi Musa AS dan Nabi Muhammad SAW
KESIMPULAN

Kegagalan masyarakat dalam mendidik anak menjadi punca berlaku berbagai masalah dari masalah couple kepada MURTAD.

Kalau kita nak kira, kita ni lahir daripada ibubapa yang Islam, ramai yang begitu, malah ada sesetengah kita lahir daripada ibubapa yang 'alim dan wara'; tetapi, kenapa kita tidak menjadi Muslim?

Adakah kerana kita lahir dan dibesarkan sebagai Melayu, bukan sebagai Muslim. Memang benar, kita di ajar mengucap dua kalimah syahadah, solat dan puasa di diberitahu bahawa rukun Islam itu lima dan rukun Iman itu enam tetapi adakah kita dibesarkan sebagai Muslim?

Kita dibesarkan sebagai orang Melayu yang beragama Islam. Disitulah titik tolak segala masalah. Kita tidak pernah dididik sebagai seorang Muslim berbangsa Melayu. Kita diberi faham bahawa Islam itu satu agama, bukan cara hidup dan panduannya terdapat didalam Al-Quran. Kita diajar mengaji Quran tanpa mengetahui sepatahpun apa yang kita baca. 

Kita diajar Solat tanpa mengetahui sirahnya dan tujuan kita mendirikannya. Kita tidak dibekalkan dengan ilmu Aqidah yang betul sebagaimana sepatutnya. Kita gagal melahirkan pejuang Islam yang betul-betul berani untuk mempertahankan Aqidah. Kita gagal mendidik anak kita hingga mereka menjadi anak yang sholeh/sholehah.

 


Cuba kita fikir, kalau kita dibesarkan sebagai Muslim, masakan kita akan melawan hukum Allah dan Rasul, takkan sanggup kita menghina Ulama dan sudah tentu kita 'hilang' 'keMelayuan' kita.

Adat bersendikan syarak, syarak bersendikan Kitabullah. Wallahu a'lam


No comments:

Post a Comment