Pages

Thursday, 18 October 2012

Silat - Maksud dan Tujuan



Apakah maksud dan tujuan kita bersilat? Adakah untuk menjadi Pendekar yang gagah atau seorang yang memiliki kehebatan luar biasa? Adakah Silat serupa dengan ilmu beladiri lain?

ILMU YANG TERKANDUNG DALAM SILAT

Seperti yang pernah saya tulis dahulu, DISINI, Silat bermaksud wasilah atau sesuatu yang menyampaikan/mendekatkan. Oleh itu, Silat merupakan salah satu cara untuk mendekatkan Makhluq dengan Khaliq. Sebab itu, pergerakan dalam Silat Melayu/Minangkabau lebih kepada merapat dan bukan menjauh atau mengundur.

KISAH KEHIDUPAN

Selain itu, Silat juga mengandungi kisah kehidupan seharian masyarakat Melayu/Minangkabau (penjelasan mengenainya akan divideokan) dan mengandungi falsafah kehidupan yang tinggi.

MAQASID SYAR’IYYAH

Salah satu daripada tujuan bersilat ialah untuk mempertahankan diri. Hal ini terkandung dalam maqasid syar’iyyah yang menyebut bahawa tujuan maqasid syar’iyyah itu ialah untuk mempertahankan Agama, Nyawa, Maruah, Harta dan Tanahair. 

BURUK BAIK

Pesilat juga diajar mengenal perkara buruk dan baik menurut pandangan Agama Islam. Hal ini sesuai dengan Firman Allah dalam Surah Yaasin ayat ke 60 dan 61 seperti berikut: 





36:60
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu",


36:61

  
 
dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.

Kedua2 ayat diatas menerangkan tentang Akidah dan Ibadah yang seharusnya ditujukan kepada Allah. Sebagai manusia, kita dikehendaki menyembah Allah. Menyembah disini bukan sahaja bermaksud mendirikan solat, puasa, mengeluarkan zakat dan bersedekah, menunaikan haji, akan tetapi menyembah Allah bermaksud MENGABDIKAN diri kepadaNYA, tunduk dan patuh kepadaNYA dalam setiap perkara samada berPOLITIK, EKONOMI, SOSIAL dan apa juga yang berkait dengan kehidupan manusia di bumi ini.
Kesemua yang dikemukakan pada kali ini akan dijelaskan dalam video yang akan dibuat tidak lama lagi. 







No comments:

Post a Comment