Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Sunday, 21 October 2012

Jenayah: Budak Tingkatan Lima 'Lemas' Dalam Hotel Dengan Pakwe

Seolah-olah takkan habis kes begini. Kes begini memang berlaku tiap hari tak kira siang ataupun malam. Dimana saja di Malaysia ini kita akan jumpa kes2 seperti ini berlaku setiap waktu. Penccegahannya? PENDIDIKAN AGAMA yang syumul dan PELAKSANAAN HUDUD, TAKZIR DAN QISAS yang sebenar.
KES PERTAMA:
 
Perempuan ini 17 tahun, masih sekolah tingkatan 5,  keluar dengan pakwe dia pergi makan. Pakwe dia umur 20-an bekerja di sebuah kilang. Lepas makan, mereka ambil keputusan untuk menyewa hotel dalam jam 11.00 malam, lelaki belanja.
Bagaimanapun, dalam jam 4.00 pagi, pasangan ini ditangkap oleh penguatkuasa JAIJ. Hanya mereka berdua saja dalam bilik dan sedang nyenyak tidur.
 
http://www.kadikluang.blogspot.com/2012/10/budak-tingkatan-lima-lemas-dalam-hotel.html

KES KEDUA:

Pelajar Universiti Mengadu 'Datang Bulan' Bila Kena tangkap Khalwat

Lelaki dan perempuan umur 20-an, kedua-duanya masih belajar di sebuah universiti tanahair. Perempuan orang Kluang dan bawa pakwe dia datang Kluang. Mula janjinya perempuan tidur rumah dia dan lelaki tidur hotel. Tapi akhirnya ubah perancangan iaitu sama-sama tidur hotel.
Dalam jam 4.00 pagi, bilik mereka diperiksa oleh penguatkuasa JAIJ dan pasangan ini disoal siasat.
"Saya tak salah. Saya sedang datang bulan dan senggugut. Jadi saya tak salah". Kata perempuan ini. Lelaki dah terdiam ketakutan.
Tapi alasan itu tidak dilayan sebab mereka berdua saja dalam bilik ini bersama lelaki bukan mahram dia, maka nak buat alasan macam mana pun, tangkapan khalwat tetap dilakukan. Dia nak kata datang bulan ker, datang bintang ker, kita tak ambil kisah. Yang penting, penguatkuasa yang datang tangkap dia.
 
KES KETIGA :
Lelaki umur 20 tahun, perempuan 19 tahun, kedua-duanya bekerja di sebuah pusat karaoke di Simpang Renggam dalam daerah Kluang. Pasangan kekasih ini balik kerja berdua dan menaiki motosikal lelaki, terus ke bilik sewa perempuan di sebuah rumah kedai di Simpang Renggam dalam jam 1.00 pagi.
Pada jam 2.00 pagi, sebaik saja penguatkuasa Jabatan Agama Johor daerah Kluang membuat pemeriksaan di dalam bilik sewa tersebut. Tertangkaplah  pasangan yang hanya mereka berdua sahaja dalam bilik ini.
kes ini akan didakwa di Mahkamah Syariah Kluang tidak beberapa lama lagi. Jika sabit kesalahan di bawah seksyen 27 Enakmen Kesalahan jenayah Syariah Johor boleh didenda sehingga RM 3,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment