Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Friday, 12 October 2012

Gejala Sosial dan Penyelesaiannya.

Gejala Sosial Semakin Parah Namun Usaha Mengatasinya Seolah-olah Tiada. Kalau Adapun Ianya Seperti Tidak Terurus Dan Tersusun. Apakah Penyelesaian Terhadap Isu Ini?
Dalam bandingan dengan warganegara Thailand atau Indonesia, rakyat Malaysia didapati tidak bangga dengan budayanya dan tidak jelas jati dirinya ~ Dr. Kamal Shah Sutan Rajo Sati.

Gejala Sosial Semakin Parah

Kenapa gejala sosial semakin parah dikalangan bangsa Melayu-Islam di Malaysia? Apakah puncanya? Apakah penyelasaiannya? Dimana badan dakwah seperti PERKIM, ABIM dan lain-lain? apakah yang dilakukan diperingkat Pusat, Negeri, Jajahan, Daerah, Mukim dan Kampung?

Sedarkah kita bahawa setiap hari:
  • Akan ada anak luar nikah dilahirkan
  • Bilangan penagih baru akan bertambah
  • Jumlah Murtad makin tinggi
  • Anak dara akan di'kerjakan' di hotel bajet diseluruh negara.
Kenapa ini berlaku... mengapa jumlahnya terus meningkat... apakah usaha yang dijalankan untuk membanteras gejala ini... apakah langkah pencegahan yang patut diambil...

Seperti yang pernah saya nyatakan sebelum ini, saya menerima kejutan pada tahun pertama (1994) saya membuka gelanggang disalah sebuah sekolah menengah disini. Apakah kejutan yang saya terima itu? Sejak tahun 1994 hingga kini, saya mendapati golongan remaja yang berusia 13-19 tahun ramai yang:

  1. Tidak dapat membaca Al-Fatihah dengan betul
  2. Tidak tahu Rukun Islam, Iman dan Ihsan
  3. Tidak tahu sejarah Nabi yang paling dasar seperti nama Ibu Nabi Muhammad SAW dll lagi.
  4. Tidak tahu hukum yang lima (Fardhu, Sunat, Makruh, Haram, Harus)
  5. Tidak tahu erti Islam yang sebenar
  6. Tidak tahu solat dengan betul
  7. Tidak ada ilmu Tauhid, Fiqh dan Tasauf 
  8. Dan banyak lagi... 
Hingga kini! Masih ramai dikalangan pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi yang masih JAHIL tentang agama mereka. Tidak hairanlah kalau semakin hari semakin ramai golongan ini yang MURTAD, MENAGIH DADAH dan terlibat dengan SEKS BEBAS.

MASALAH PENDIDIKAN

Didalam Al-Quran, Allah menjelaskan melalui FirmanNYA didalam Surah At-Tahrim ayat ke-66:


 "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. "

  1. Pendidikan agama seharusnya bermula dirumah sesuai dengan Firman Allah diatas. Masalahnya adakah ibubapa masakini mendidik anak dengan agama sepertimana perintah Allah diatas? Atau adakah ibubapa kini tidak tahu tentang hal ini?
  2. Apakah cukup dengan menghantar anak ke sekolah untuk menimba ilmu? Ilmu apakah yang diajar kepada anak-anak disekolah?
  3. Keberkesanan JQAF boleh dipertikaikan (konon ianya yang terbaik). Kalau JQAF itu bagus dan baik maka kenapakah masih ramai malah makin bertambah anak muda yang melakukan Ma'asiat?
  4. Tanggungjawab ibubapa bukan hanya sekadar memberi makan minum, pakaian dan sekolah malah lebih dari itu, ibubapa berperanan untuk mendidik dan memastikan anak mereka tahu dan faham, reti dan kenal AGAMA dan BUDAYA BANGSA Melayu-Islam yang betul supaya anak mereka menjadi MANUSIA SEBENAR-BENAR MANUSIA apabila dewasa kelak.
Bagi pembaca yang mengikuti blog saya, mungkin anda masih ingat peristiwa seorang pegawai yang tidak tahu sejarah Sa'ie apabila saya bertanyakan hal itu kepada beliau. Ini bukan budak2 tapi mak budak! Bayangkanlah anaknya... Kalau dah Mak Bapak BOREK, apa lagi, anak2 lebih dari RINTIK lah jawabnya.

Kesan pendidikan melalui sekolah dan (hampir tiada) dirumah inilah yang menyebabkan gejala sosial semakin parah dikalangan remaja Melayu-Islam ini. Perkara ini kalau tidak ditangani dengan baik akan menyebabkan bangsa Melayu-Islam dinegara ini PUPUS dan digantikan dengan bangsa Melayu-Kristian dimasa hadapan.

Sekiranya pembaca SEDAR akan hakikat yang berlaku disekeliling kita pada hari ini dan ingin membantu MENCEGAH masalah ini dari terus menghantui masyarakat dan mengakibatkan bangsa Melayu-Islam ini diganti dengan golongan Melayu-Kristian dimasa akan datang, anda diminta memberikan komen yang membina serta membantu PERSILEK dalam usaha kami mencegah dan mengembalikan MARUAH BANGSA MELAYU-ISLAM ini kembali kelandasan yang benar! 

Bantu kami untuk melebarkan sayap ditempat anda dan membentuk belia yang Tahu Agama dan Tahu Budaya Bangsa. 

Anda boleh menyertai kami di SINI dan SINI. (link sedang di update)

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment