Pages

Monday, 15 October 2012

Jadilah Kelapa

Dari akar hingga ke pucuk, tiada suatu pun yang tidak boleh digunakan. Begitulah pohon Kelapa. Semasa saya disekolah, moto sekolah kami ialah Belajar Berbakti dan kebetulan pula sekolah pertama saya mengajar Silat Lintau mempunyai moto yang hampir serupa iaitu Hidup Biarlah Berjasa.


Belajar Berbakti

Belajar Berbakti
Kami Berikrar Taat Setia
Menegakkan Moto
Sekolah Sultan Abdul Samad

Yakin dan Usaha
Mengejar Cita-cita Murni
Kita Menjadi Rakyat Yang Berguna
Untuk Memimpin Nusa Kita

Gubahan:  Alfonso Soliano kalau tak silap.
Lirik: ?

Pohon kelapa. Apa kelebihannya berbanding pohon lain? Kupasan  yang singkat tetapi bermakna ini diberitahukan kepada saya beberapa tahun dahulu oleh  Chegu Jaafar dari Pasir Puteh, Kelantan.

Akar - boleh dibuat tali
Batang - dibuat titi
Umbut - boleh dimakan
Daun - buat ketupat
Lidi - cucuk sate, penyapu
Sabut - tempat tanam orkid, ubat nyamuk,
Tempurung, buat tabung n perhiasan
Isi boleh dimakan
Santan boleh menggulai
Tombong - dimakan
Pelepah - kayu api


Jadilah seperti sepohon Kelapa, dari akar hingga ke pucuk tiada suatu pun yang tidak bermanfaat. Sesuai dengan Hadis Nabi SAW, "Sebaik-baik Manusia ialah yang memberi manfaat kepada Manusia lain"

Wallahu a'lam

No comments:

Post a Comment