Pages

Saturday, 13 October 2012

ISU PEDAS TANPA CILI - SILAT - NAZAK MENANTI MATI...

Silat sudah nazak dikerjakan oleh bangsa Melayu sendiri... Gejala sosial yang melanda umat akhir zaman ini (dadah, seks bebas & murtad) makin berleluasa, pengawalan tiada, ilmu agama tidak cukup diajar disekolah2, ilmuwan yang tidak ada tauliah majlis agama dilarang berdakwah, kuliah dimasjid2 pula tidak menekankan akidah dan budaya, sokongan alim ulama tiada (asik berpolitik sakan), budaya dipisah, dicincang, dibuang, digantikan dengan budaya dari luar negara... Pesilat pula banyak yang lebih suka menjilat dari menggigit... Itulah padahnya yang kita semua harus terima dan pertahankan sampai mati.
Jangan pernah menyesal, sekiranya datang pada kamu suatu bencana, dimana Melayu dijadikan anak tiri oleh bangsa asing yang memerintah TANAH PUSAKA ini.

INI BUKAN BUDAYA KITA!

INI BUKAN BUDAYA KITA
















INI ANTARA BUSANA KITA!


INILAH BUDAYA YANG PALING PENTING



Tidak cukupkah dengan gejala sosial dan murtad yang mengancam kewujudan bangsa Melayu/Islam kini? Tidak cukupkah dengan budaya Melayu/Islam yang unik yang dilihat semakin hilang? Apakah kita ingin melihat anak cucu kita menjadi ANAK TIRI? Tepuk dada, tanya Iman.
 
Siapa makan cili dia akan rasa pedasnya...

Dari Perdana Menteri hinggalah kepada rakyat paling bawah, masing-masing bertanggungjawab penuh atas kesinambungan bangsa Melayu sebagai Pribumi yang memerintah negeri ini. Lihat sahaja di Amerika, dimana pribumi menjadi rakyat tanpa kelas, anak tiri yang dilupakan nasibnya dan diabaikan kebajikannya apabila bangsa asing memerintah negara itu.

INI BUKAN BUDAYA KITA


Sesungguhnya, tiada apa yang hebat mengenai AMERIKA dan tiada apa yang boleh dibanggakan. Sehingga kini, kaum Red Indian daripada suku kaum Apache, Sioux dan lain-lain lagi menjadi warganegara yang paling diabaikan kebajikannya... Apakah kita mahu anak cucu kita mengalami nasib yang sama?


INI BUKAN BUDAYA KITA
Guru-guru disekolah pula lebih mementingkan Ko Kurikulum seperti Kadet Polis dan lain-lain badan berunifom. Silat dianggap menyusahkan, dianggap kuno, dianggap menganjurkan permusuhan dan perbalahan, tidak berdisiplin, kampungan dan bermacam-macam lagi. Malangnya guru-guru yang beranggapan begini terdiri dari bangsa MELAYU... Melayu yang hilang budaya, Melayu yang tidak mengenali budayanya sendiri, Melayu yang PANDAI tapi TAK RETI.

INI JUGA BUKAN BUDAYA KITA
Salahkah saya berkata begini? Salahkah saya menyatakan kebenaran tentang bangsa sendiri yang sudah hilang nilai budayanya sendiri.

ADAKAH INI YANG KITA INGINKAN?
Dimana salahnya kalau memang bangsa ini sekarang sudah lupa asal usul mereka. Apakah mereka tidak tahu peranan yang dimainkan oleh Pendekar dan Pahlawan.

Kalau mereka sememangnya tidak tahu, kenapa mereka tidak mahu belajar, mengkaji dan mengambil tahu budaya sendiri. Sedihnya, kebanyakan mereka lebih pandai dari tahu. Orang Melayu yang sebegini harus malu dengan diri sendiri.




Cuba lihat bangsa lain. Masing-masing ada seni beladiri mereka, Cina, India, Jepun, Israel semuanya mempunyai seni beladiri masing-masing. Tak malukah kita melihat anak Melayu... memakai unifom beladiri bangsa asing dari rumah lagi untuk ke gelanggang... Lu olang Cina atau Melayu maa... haiyaa...

Inilah yang sedang berlaku disekitar kita hari ini. Sokongan dari bangsa sendiri pun tiada, ditambah dengan sikap sesetengah pemimpin yang rata-rata hanya tahu berpolitik tanpa memikirkan masalah yang menimpa anak bangsa. Politik yang mengenyangkan perut mereka sendiri sedangkan rakyat sendiri menderita. Tak kira dimana jua anda berada, asalkan anda di sini, di tanah tumpah darah yang kita cintai... ini sedang berlaku dalam skala yang besar... dan ia perlu dibendung, disekat, diperbetulkan supaya MARUAH BANGSA dapat dikembalikan, supaya SENI SILAT kembali menjadi pelajaran utama BANGSA MELAYU yang semakin hari dihimpit dengan gejala sosial yang dibawa oleh BUDAYA KUNING, diimpot oleh PEMIMPIN MELAYU...

Bangkitlah wahai bangsaku.... Bangunlah dari tidurmu yang panjang... Sesungguhnya kewujudan bangsa ini terancam dan diancam kepupusan... BANGUNLAH... BUKA MATA MU, Jangan sampai anak cucumu MENDERITA dikemudian hari...  

BANGKITLAH!


Akan datang.... Kenapa kita jadi begini?

No comments:

Post a Comment