Ibarat
Sireh Pulang Ke Gagang, Ibarat Ikan Pulang ke Lubuk begitulah perjalanan Silat
Lintau yang hampir pupus di Malaysia.
Atas
usaha yang tidak pernah hentinya sejak mempelajari Silat Lintau ini, akhirnya
pengasas Pertubuhan Seni Silat Lintau, Kelantan (PERSILEK) berjaya dalam
misinya menjejak asal usul Silat Lintau yang dikembangkan oleh Pandeka Talib di
daerah Kuala Kangsar, Perak. Usaha menjejak kasih dikenali sebagai Menapak
Tilas Silek Nan Tuo Lintau itu bermula pada bulan Jun 2011 dan disusuli dengan
beberapa siri lawatan ke daerah asal Silat Lintau.
Alhamdulillah,
hasil yang didapati sungguh berharga dan ianya bakal dijaga dengan sebaik2nya
oleh generasi pewaris Silat Lintau di Kelantan.
Silek
Lintau (Silat Lintau) merupakan salah satu peninggalan budaya Minangkabau dan sekaligus
merupakan seni bela diri yang tertua di Alam Minangkabau. Silat (silek) berasal dari bahasa Arab
"wasilah" yang berarti merapatkan hubungan. Pada hakikatnya, silat
adalah seni bela diri yang digunakan pada keadaan terdesak atau kritikal,
sesuai dengan petua silat iaitu musuah indak dicari, jikok basuo pantang mailakkan
(musuh tidak dicari, jika bertemu pantang dielakkan). Petua ini harus difahami
bagi setiap pesilat. Silek adalah bentuk permainan yang berdasarkan ketangkasan
menyerang dan membela diri samada bersenjata ataupun tangan kosong serta
membentuk diri dan sahsiah pengamalnya.
Bermula
1 Muharram 1433/15 hb November 2012 Silat Lintau di Kelantan akan kembali
mengamalkan Adat yang terdapat pada Silat Lintau. Setiap anak gelanggang
dikehendaki untuk memenuhi syarat Adat Berlembaga ini pada waktu penerimaan
murid.
Syarat
penerimaan murid ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keseriusan anak
gelanggang untuk menggabungkan diri didalam PERSILEK. Syarat ini juga merupakan
tanda budaya yang dapat dimanifestasikan melalui makna yang terkandung
disebaliknya. Ianya perlu dilakukan untuk menjamin keaslian Silat Lintau dan
mengelak dari ianya menjadi pupus.
Syarat ini mengandungi nilai falsafah adat diisi limbago dituang yang amat tinggi dan mendalam pengertiannya. Hanya mereka yang mengisi adat sahaja yang tahu apakah maksud daripada setiap sesuatu yang dipelajarinya mulai daripada penerimaan murid, mempelajari langkah dan sebagainya.
Syarat ini mengandungi nilai falsafah adat diisi limbago dituang yang amat tinggi dan mendalam pengertiannya. Hanya mereka yang mengisi adat sahaja yang tahu apakah maksud daripada setiap sesuatu yang dipelajarinya mulai daripada penerimaan murid, mempelajari langkah dan sebagainya.
Setelah adat diisi barulah murid tadi dibenarkan mempelajari Silat Lintau sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment