Pages

Sunday 26 August 2012

Hidup Untuk Mati

Bagi saya, hidup ini untuk mati.Ingatlah pesan Imam Ghazali RA "HIDUPlah sebagaimana mau mu, tapi INGAT bahawasanya kau akan MATI
Setiap hari manusia lupa. lupa bahawa hidup didunia ini tidak akan kekal selamanya dan mereka akan menemui ajal masing2 bila sampai masanya.

Manusia tidak sedar hakikat hidup didunia ini.

Sebab itulah ramai yang hidup tanpa matlamat. Hidup tanpa tujuan. Hidup bagaikan haiwan. Hidup untuk makan dan mencari makan semata-mata.

Manusia lupa kepada Firman Allah yang telah menjadikan mereka:
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. 

Manusia lupa apakah yang patut mereka lakukan didunia ini, dengan wang ringgit dan rezeki yang melimpah yang diberikan Allah kepada mereka. Mereka lupa bahawa rezeki yang Allah beri itu bukan untuk mereka bersuka ria semata-mata tapi hendaklah juga dikongsi bersama hamba Allah yang lain sepertimana Firmannya dalam Surah Al Qasas ayat 77:
 "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". 

Mereka tidak sedar bahawa hidup mereka didunia hanya akan membawa kepada penghinaan dihadapan Allah SWT diakhirat kelak:
 Al-A'raf:179 
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. 

Sesungguhnya kehidupan didunia ini ada harganya dan bagi mereka yang lalai, mereka harus membayar dengan bayaran yang cukup tinggi iaitu penghinaan dan dicampak kedalam neraka jahannam. Mereka kekal didalamnya selama-lamanya.

 (Setelah itu) dikatakan kepada mereka: "Masukilah pintu-pintu neraka Jahannam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah neraka Jahannam.Az Zumar:72

Renung2kan lah. Insaflah. Sadar lah. Hujung kehidupan ini MATI.

No comments:

Post a Comment