Pages

Wednesday 27 June 2012

Bangsa Melayu Semakin Lemah?

Dimana pemimpin Melayu?



Silat merupakan sebahagian daripada cara hidup orang Melayu dan hal ini seharusnya dikekalkan didalam masyarakat Melayu Malaysia. Tidak kira samada anda orang Kedah atau Kelantan, Perak atau Pahang, Silat merupakan pakaian orang Melayu yang sebenarnya.

Tanpa Ilmu Silat, orang Melayu ibarat orang 'gila' yang berjalan telanjang kesana kemari. Disebabkan tidak memiliki ilmu Silat inilah maka masyarakat Melayu hari ini mudah menyerah kepada ancaman yang semakin mengancam keselamatan diri dan keluarga.




Maafkan saya bila saya katakan bahawa bangsa Melayu kini adalah bangsa yang amat LEMAH dari segi fizikal dan mindanya. LEMAH dan TIDAK BERDAYA menghadapi lawan yang mengacu pisau dan parang. LEMAH pabila diugut dan sebagainya.

Siapakah yang patut dipersalahkan kerana membiarkan bangsa Melayu menjadi LEMAH TAK BERMAYA sebegini rupa? Lupakah kita bahawa Silat adalah PAKAIAN NENEK MOYANG kita? Apakah kita tidak sedar bahawa tanpa pakaian yang satu ini kita sedang membentuk generasi yang TIDAK BERBUDAYA?

Tidak kira samada anda ingin memperjuangkan ISLAM bersama PAS atau KEADILAN bersama PKR ataupun memperjuangkan nasib bangsa bersama UMNO anda semua bertanggungjawab memastikan generasi akan datang menjulang budaya bangsa ini setinggi bintang di langit kerana HANYA dengan memiliki BUDAYA yang lengkap, maka bangsa MELAYU-ISLAM Malaysia akan dipandang mulia dan disegani orang.

Ooppsss... ada yang tak setuju? Ada yang kata HANYA dengan ISLAM kita akan dipandang mulia? Semuga Allah memberi Hidayah dan Taufiqnya kepada anda yang berkata demikian.

ISLAM adalah cara hidup yang diredhai di sisi Allah. Islam mengajar kepada kita bagaimana kita harus menjalani kehidupan seharian kita, memelihara diri, ahli keluarga dan masyarakat dari terjebak kedalam lembah hina iaitu melakukan maksiat (dosa).

Al-Quran memang sudah lengkap, begitu juga Hadis/Sunnah Rasulullah SAW. Tidak dinafikan itu. Tetapi, apabila tiba soal kebudayaan maka Islam sendiri tidak menghalang mana-mana aspek budaya bangsa itu daripada di amalkan dan diangkat setinggi bintang dilangit. Kalau ada mana dalilnya? Kalau tiada dalil maka jelaslah orang yang berkata begitu tadi hanya BERDALIH.

Allah menciptakan manusia berbagai kaum untuk kita saling mengenali antara satu sama lain. Hikmahnya ialah kita dapat mengenali bangsa Jepun dengan Aikidonya, India dengan Kalari Payatnya, Cina dengan KungFu nya, Korea dengan Tae Kwan Do nya, Siam dengan Tomoinya dan MELAYU DENGAN SILATNYA. 

Setiap bangsa mempunyai seni beladiri yang sesuai dengan masyarakatnya. Begitulah Silat itu SESUAI untuk orang Melayu. Bangsa Eropah, bagaimana pintar bersilat sekalipun tetap tidak nampak 'seni'nya bila melakukan 'tari silat'. Mereka tetap akan kelihatan kaku.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua yang membaca blog ini untuk tampil kehadapan memberi sokongan yang jitu dan padu kepada persatuan dan pertubuhan Silat tidak kira dimana anda berada. Jangan biarkan BANGSA MELAYU BERJALAN TELANJANG lagi.

AYUH! LESTARIKAN SILAT LINTAU - SILEK NAN TUO - BERSAMA PERSILEK.


No comments:

Post a Comment