Pages

Wednesday 27 June 2012

Akal Sihat Dalam Tubuh Yang Sejahtera

Mens Sana In Corpore Sano

Silat merupakan aktiviti yang penting dan boleh menyumbang kepada kesihatan FIZIKAL DAN MINDA  seseorang. Bersilat boleh menyihatkan tubuh badan dan menghindarkan daripada penyakit. Selain itu, bersilat seperti Silat Lintau juga dikenalpasti dapat mencerdaskan minda murid sekaligus meningkatkan mutu pelajaran murid.
Silat Lintau merupakan Silat yang paling tua dari Alam Minangkabau. Hal ini disebut berulangkali dari dahulu hingga sekarang di Ranah Minang dan diakui kebenarannya.

Silat Lintau menggabungkan gerak fizikal dan gerak minda, sekaligus menjadikan penuntut Silat Lintau berupaya menggunakan kedua-dua minda kanan dan kiri dengan baik. 

Otak Kanan - Otak Kiri: Apakah Dia?

Pernahkah anda mendengar orang mengatakan bahawa mereka lebih cenderung untuk menjadi pemikir otak kanan atau otak kiri? Secara ringkasnya orang yang lebih menggunakan otak kanan dikatakan sebagai orang yang lebih intuitif, bertimbang rasa dan memiliki pandangan yang subjektif manakala mereka yang menggunakan otak kiri lebih logik, lebih analitik dan mempunyai pandangan yang objektif. Teori ini ada kebenarannya kerana mengikut ilmu Anatomi otak kanan mengawal bahagian badan disebelah kiri manakala otak kiri pula mengawal bahagian badan disebelah kanan. 

The cerebrum - the front of the brain The largest part of the brain located in the front is called the cerebrum. The cerebrum is responsible for:
  • Movement
  • Body temperature
  • Touch
  • Vision
  • Hearing
  • Judgment
  • Reasoning
  • Problem solving
  • Emotions
  • Learning
The cerebrum has 2 parts: the right cerebral hemisphere and the left cerebral hemisphere. They are connected at the bottom and have a deep groove running between them. In general, the right cerebral hemisphere controls the left side of the body, and the left cerebral hemisphere controls the right. The right side is involved with creativity and artistic abilities. The left side is important for logic and rational thinking.
The hemispheres of the cerebrum are divided into lobes, or broad regions of the brain. Each lobe is responsible for a variety of bodily functions:
  • Frontal lobes are involved with personality, speech, and motor development
  • Temporal lobes are responsible for memory, language and speech functions
  • Parietal lobes are involved with sensation
  • Occipital lobes are the primary vision centers
Mereka yang menggunakan tangan kanan untuk menulis merupakan orang yang mempunyai dominan otak kiri menjadikan mereka lebih berfikir secara logik dan rasional manakala orang yang menggunakan tangan kiri lebih kreatif dan artistik. Demikian penjelasan dalam Ilmu Anatomi.

Apabila kedua2 otak dilatih dan digunakan didalam Silat Lintau, maka akan berlaku percampuran pemikiran yang jelas dan menjadikan seseorang itu memiliki pemikiran seperti berikut:

LOGIK + KREATIF
RASIONAL + ARTISTIK

Perlukah saya jelaskan lagi kepada mereka yang selalu mencari IDEA untuk menidakkan peranan Silat Lintau dalam membentuk MANUSIA YANG SEBENAR2NYA MANUSIA (Urang Nan Sabana Urang) dan menjadikan mereka lebih cemerlang dalam pelajaran, lebih sihat tubuh badan dan lebih pintar berfikir?

Apakah kita hanya ingin melahirkan pelajar yang HANYA pandai atas kertas sahaja tapi hakikatnya tidak tahu apa-apa?

KESIMPULANNYA: 
ADALAH LEBIH BAIK BAGI PELAJAR MENJALANI LATIHAN SILAT DUA KALI SEMINGGU UNTUK MENCERNA AKAL YANG SIHAT.


**Ditulis secara tidak ilmiah untuk orang yang kurang mengerti  
NILAI BUDAYA SENDIRI...


No comments:

Post a Comment