Pages

Saturday 22 January 2011

SEJARAH SILAT LINTAU DI KELANTAN (BAHAGIAN KEDUA)

Oleh: Dr. Kamal Shah @ Raden Ahmad Guntur

"BERANI MENEGAKKAN KEBENARAN WALAUPUN TERPAKSA MENGHADAPI RINTANGAN - MUSUH TIDAK KU CARI, MUSUH DATANG AKU TAK LARI INSHA ALLAH"

MENGAJAR DI SMDI
Setelah bertahun2 mengajar di SEMENTOJA, akhirnya Dr. Kamal ditawarkan mengajar silat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ismail, Pasir Puteh pula. PK KO yang menawarkan beliau mengajar ialah Chegu Abdul Aziz, bekas guru di SEMENTOJA.

Pelajar yang belajar di SMDI ini adalah yang terpilih dan hanya pelajar yang tinggal di asrama yang dibenarkan belajar silat. Kumpulan pertama seramai 50 orang pelajar telah menyertai silat ini. Kejayaan dalam pertandingan silat olahraga dan silat seni terus dicapai oleh para pelajar yang tekun mempelajari dengan baik. Mereka yang kalah adalah kerana tidak mengikuti pola pertandingan dan pola gerak silat lintau. :)

PANCAINDERA SENI SILAT LINTAU MASIH WUJUD?

Dr Kamal terkejut membaca artikel yang disiarkan didalam majalah BELADIRI dimana terdapat gambar Pak Bakar, seorang lagi beraksi silat. Beliau kemudiannya menghubungi setiausaha Panca Indera Seni Silat Lintau Malaysia PSSLM dan menghubungkan silaturrahim dengan setiausaha PSSLM.

Tidak berapa lama selepas itu, suatu acara telah diadakan di Kampar, Perak, bertempat di Dewan Belia dan Sukan Kampar. Dr Kamal bersama puterinya Nur Ashikin dan beberapa orang muridnya menyertai program tersebut. Pada program itu, Dr. Kamal telah dipertemukan dengan Abg. Din (Din Besi) yang merupakan Presiden PSSLM, Ayob (Mohd, Sharif Hidayatullah bin Sahperi) yang merupakan cucu kepada Hj Abdul Mulok bin Ideham, dan beberapa orang lagi.

Beberapa peristiwa dan cakap2 yang kurang elok kedengaran pada waktu itu dan hal ini membuatkan Dr Kamal ingin menyiasat lebih lanjut apakah sebenarnya yang berlaku. (akan datang dalam nota lain)

Setelah kembali dari Kampar, Perak, Dr Kamal telah menghubungi saudara Dollah Salleh dan meminta jasa baik beliau untuk menyelaraskan 'ibu' lintau di gelanggangnya di Pasir Puteh. Dollah Saleh tidak keberatan dan datang berkampung di Pasir Puteh selama 3 hari untuk menyelaraskan semua ibu yang dipelajari. Seramai 5 orang murid terlibat dan kini mereka menjadi Jurulatih Lintau di Pasir Puteh.

Hingga kini, Dr Kamal secara peribadi telah mengajar lebih daripada 5,000 orang murid di Pasir Puteh, Kelantan sejak tahun 1995 hingga kini.

Sejarah Silat Lintau di Pasir Puteh akan terus ditulis dan dicipta oleh pewaris* silat ini yang giat berusaha untuk melestarikan silat lintau ini.

* Pewaris Silat Lintau tidak semestinya dari keturunan Haji Mulok. Perlu diingat bahawa Silat Lintau adalah milik Lintau, Kabupaten Tanah Datar dan bukannya milik individu tertentu. Siapa saja boleh mewarisi Silat ini asalkan cukup syaratnya dan telah di'tua'kan dalam gelanggang.

No comments:

Post a Comment