Asalnya posting ini dibuat pada tahun 2012 tapi baru saya siarkan hari ini atas sebab tertentu.
SIAPA DIA DAN DIMANA DIA
Biarlah kita simpan dahulu identiti orang yang kecewa itu. Sekiranya dia coba lagi untuk menimbulkan apa jua bentuk keraguan atau fitnah terhadap saya maka saya tidak akan tergamak untuk membongkar identiti dan kegiatannya.
APA PUNCANYA
Punca kejadian yang akhirnya memalukan dua orang yang mengaku Tuo Silek itu berlaku setelah mereka menonton video Silat Lintau di Facebook saya.
Lalu ada yang memberi komen berbentuk soalan:
Tidak lama selepas itu setelah saya upload sebuah lagi video di dalam Grup Silat Lintau di Facebook saya maka saya sekali lagi dipertikai oleh orang yang sama dan seorang lagi (bertanda merah)
Ini video yang dimaksudkan:
Saya disoal lagi...
Saya lalu mengambil sikap berdiam diri atas nasihat Tuo Silek yang lebih tua dari saya dan saya amat hormati. Tapi desakan dan fitnah ini tidak berhenti disini. Ianya berlarutan sehingga Tuo Silek yang bertanya di atas ini menghantar mesej ke inbox saya. Dari sini sudah saya ketahui siapa dalang disebalik semua ini.
Dari mesej ini saya sudah boleh mengagak dan mengesan siapakah yang menaburkan fitnah terhadap saya dan Bpk Taswin dan mengadu domba kepada Tuo Silek di Bukit Tinggi. Di bulan Ramadhan yang mulia ini dia tanpa segan silu menjalankan fitnah.
Bibit2 marah sudah mulai menguasai diri saya dibulan Ramadhan yang mulia. Harimau lapar jangan dipijak ekornya.
Kini peperangan bermula dan beliau terus menulis di Wall Silat Lintau Group saya:
KONFIRMASI? MAK WIN SENDIRI DATANG KE RUMAH ORANG ITU? MAK WIN TAKKAN PERGI KE RUMAH ORANG ITU KERANA ORANG ITU TELAH BANYAK MELAKUKAN KESALAHAN KEPADANYA.
Saksi yang saya bilang bukan saksi yang mengerti Silat? Jelas sekali orang yang mengaku mewakili Tuo Silek ini BELUM KENAL siapa mereka yang diperkatakan olehnya.
Saya tak kata dia yang mengadu domba tapi dah dia tak reti baca nak buat macamana kan.
Cewah cewah... berlagak samseng pula dia ya... hehehehe... siap la kau nanti...
Dia terus menulis di Wall
Hah? Langkah yang mirip dengan Tanjuang Bonai?
Fakta apa yang disampaikan? Pembohongan ada lah.
Siapa yang menunggu? Pemfitnah dan pengadu domba?
Langkah Silat Lintau yang dikembangkan oleh Pandeka Talib berasal dari Tigo Jangko dan langsung tidak mirip kepada Tanjung Bonai. Kalau tak tahu lebih baik diam tapi budak ni yang mengaku dalam post terdahulu sebagai Tuo Silek langsung tidak mempamirkan kebijaksanaannya sebagaimana yang ada pada Tuo Silek yang sebenar.
Beliau tidak tahu apa yang saya peragakan di hadapan Tuo Topah dan apa yang disampaikan oleh Tuo Topah kepada rombongan kami. Dia juga tidak mengetahui apa yang diberitahu oleh Tuo Silek dari Tepi Selo Bpk Azwar (Wali Uar) semasa kunjungan ke rumah beliau. Ramai mana Tuo Silek yang mengakui Langkah yang saya pamerkan kepada mereka juga tidak diketahuinya.
Dia juga tidak berada di Sasaran Tuanku Lintau dan tidak melihat dengan mata kepalanya sendiri. Dia hanya mendengar dan mempercayai kata-kata jahat yang dilemparkan oleh salah seorang Tuo Silek dari Tanjung Bonai yang saya kenali dan ketahui hati budinya. Barangkali mereka ini tidak senang kepada saya kerana saya bukan urang Minang. Mungkin dia dihasut dengan semangat ke-Indonesiaan yang selalu menghantam orang Malaysia sedangkan orang Malaysia itu mempunyai darah yang sama merahnya dengan mereka.
Yang disebut sebagai fakta itu adalah pembohongan yang amat nyata.
TERNYATA SALAH
Akhirnya terbongkar juga rahsia dan ketahuilah mereka yang telah menerima berita yang salah dan fitnah itu bahawa saya sebenarnya SUDAH MENGANTARKAN ADAT kepada Mak Win. Dan Mak Win mengakui menerimanya. Lalu dihantarkan lah mesej ke Inbox yang berbunyi:
tapi ayat yang akhirnya itu saya yakin bukan dari Mak Win dan akan saya buktikan.
Berikut perbualan saya dengan seorang Tuo Silek di Facebook:
AKHIRNYA....
Sekian secebis kisah di bulan Ramadhan Al Mubarak yang bakal berakhir Sabtu ini. Malam Ahad malam Raya. Minal Aidil Wal Faizin, Selamat Hari Raya Aidilfitri,
MAAF LAHIR & BATHIN
No comments:
Post a Comment