Pages

Sunday, 24 January 2016

Susah Sangat Ke Nak Ikut Peraturan?

Kadang-kadang tak tahu apa nak rasa atau kata lagi. Kenapa bila kita nak buat sesuatu maka kita dikehendaki ikut prosedur, ikut protokol bagai tapi yang minta kita ikut prosedur itu sendiri tidak ikut arahan dari Ibu Pejabat. What is wrong with you people?
Pengalaman mengajar Silat di sekolah2 di Jajahan Pasir Puteh ini memang penuh dengan ranjau dan duri yang melukakan, pahit dan maung yang terpaksa ditelan... Kemanisan yang dirasa ialah apabila melihat anak muda dapat faham dan berjalan dengan betul di atas landasan yang telah ditetapkan Allah dalam Al-Quran yang mulia.

Sejujurnya, saya suka dapat mengajar Silat Lintau disekolah. Bukan kerana saya pandai bersilat atau kerana saya hebat, tetapi ia memberi peluang kepada saya untuk mengembalikan dan memulihkan imej Silat yang sering dikaitkan dengan gangsterisme, kes buli dan sebagainya... Silat tak salah tuan2... yang mungkin salah ialah orang yang mendidik dan membentuk murid Silat itu... Silat membawa mesej keamanan dan kehidupan penuh harmoni. Silat adalah benteng pertahanan yang bermula di peringkat kecil seperti di kampung... hinggalah kepada mempertahankan negeri dan negara...

Lupa kah kita kepada jasa pahlawan dan pendekar terbilang yang lampau? Jangan pandang serong pada budaya sendiri. Ianya melukakan hati pencinta Silat yang membawa falsafah MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH dalam artikata sebenar.

Dalam masa yang sama, saya letih dengan karenah birokrasi yang menuntut bermacam2 dari Pertubuhan. Setiap kali nak buat aktiviti luar sekolah bersama pelajar Silat, berbagai peraturan yang mesti di ikut. Bukan itu sahaja, amat sukar untuk Pertubuhan Silat mengadakan aktiviti bersama pelajar kerana satu masalah yang tak pernah selesai sejak dari dahulu hingga kini.

STATUS DI KEMENTERIAN 

Menurut pekeliling2 yang banyak yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran, jelas menyebut bahawa Silat atau pasukan beladiri adalah BADAN BERUNIFOM

STATUS DI SEKOLAH

Menurut sesetengah Guru Ko Kurikulum pula Silat adalah dikategorikan sebagai KELAB/PERSATUAN.

Nampak tak masalah disini.

Guru KOKU adalah orang Melayu...
Silat adalah budaya Melayu...
Kalau bukan kita yang menghidupkan Silat dan menyuburkan budaya Silat, siapa lagi....
Kalau bukan sekarang, bila lagi...

Artikel berkaitan:
http://www.lintauartstudio.blogspot.my/2012/02/tersadung-lilin-terbakar-kampung.html
http://www.lintauartstudio.blogspot.my/2012/02/pelaksanaan-1-murid-1-sukan.html

No comments:

Post a Comment