Pages

Saturday, 19 April 2014

Dato Seri Raden Mohd Hilmi Raden Ismail

Dato Seri (Raden) Mohd Hilmi bin (Raden) Ismail merupakan  sepupu saya yang sangat dikasihi. Beliau seorang yang berhati mulia, tidak kedekut dan tidak tamak. Ramai yang salah anggap terhadapnya lantaran mulutnya yang agak kasar tetapi hakikatnya beliau mempunyai hati yang lembut. Al Fatihah untuk ROH almarhum.

Al Fatihah…!


Didoakan semoga Roh Allahyarham di tempatkan disisi roh para solehin..amin

Beliau sesungguhnya seorang pejuang agama, bangsa dan negara..!

Al Fatihah..!

KUALA LUMPUR: Presiden Gagasan Melayu Perak yang juga Pengerusi Biro Politik dan Governan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail meninggal dunia hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini. 

Pengerusi Biro Media & Komunikasi MPM, Zainoor Sulaiman, berkata Allahyarham yang berusia 72 tahun meninggal dunia akibat menghidap 'multiple milomia' (peringkat awal leukemia) sejak akhir 2012 dan sudah menjalani pembedahan tulang belakang pada awal 2013.

'Solat jenazah disempurnakan di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail petang ini dan Allahyarham disemadikan di tanah perkuburan Bukit Kiara," katanya dalam satu kenyataan. 
Allahyarham, pengasas GMP yang berasal dari Kuala Kangsar, meninggalkan isteri Datin Seri Nuraini Ibrahim, 53, dan lima orang anak. 

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai guru, pegawai khas di Kementerian Pelajaran (ketika itu) dan pernah bersama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sebagai pengurus serta menjadi pengurus besar di Bank Bumiputera Malaysia Berhad 

Jawatan terakhir yang disandang Allahyarham ialah pengarah di Lapisan Jujur Sdn Bhd dan Sumbangan Wajar Sdn Bhd. 

Bapa Allahyarham, Ismail Hamzah, adalah bekas Mufti Perak dan ibunya ialah Wan Yong Arbiyah Toh Muda Wan Shamsuddin, iaitu Toh Muda Orang Kaya Temenggong Negeri Perak. 

Allahyarham Mohd Hilmi adalah antara pejuang Melayu tulen yang sentiasa mempertahankan hak orang Melayu sejak sebelum kemerdekaan negara lagi. 

Anak kelahiran Kota Lama Kuala Kangsar itu adalah antara tiga wakil Melayu Perak selain Panglima Bukit Gantang, Datuk Abdul Wahab Aziz dan Raja Kamarulzaman yang ke Kuala Lumpur untuk penubuhan UMNO seterusnya menentang Malayan Union dan menuntut kemerdekaan. 

Sehingga akhir hayatnya Allahyarham masih aktif memperjuangkan kepentingan Melayu melalui MPM dan GMP. 

Melalui MPM yang menghimpunkan NGO Melayu, Allahyarham mempertahankan kedudukan dan kepentingan orang Melayu, agama Islam dan Kesultanan Melayu. 

Allahyarham turut lantang bersuara mempertahankan Institusi Kesultanan Perak, agama Islam dan adat istiadat Orang Melayu Perak 

Pada 4 April 2012, Allahyarham melalui MPM menyatakan pendirian 164 NGO Melayu yang berdiri teguh di belakang Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah melahirkan rasa kecewa terhadap kalangan bukan Islam yang semakin lantang mencabar perkara berkaitan Islam. 

"Saya berikrar akan berada di belakang Tuanku Pemangku Raja Perak untuk mempertahan Islam dan Melayu dan Raja-Raja Melayu. Kami bersedia menentang apa juga rintangan yang cuba menjadi penghalang dan membuat kekecohan mengenai perkara ini," katanya ketika itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment