2013
meninggalkan banyak kenangan pahit manis mengajar Silat Lintau di empat buah
sekolah dengan jumlah pelajar seramai 176 orang yang aktif. Antara kenangan
manis ialah persembahan Silat Lintau di hadapan menteri dalam negeri Dato Seri
Zahid Hamidi di UTC Tunjung, Kota Bharu, Kelantan pada 1 Disember 2013 yang
lalu.
1.
Idea
untuk mengadakan KARNIVAL SILAT NUSANTARA mula dicetuskan oleh Pengerusi WARIS,
Dr. Kamal Shah Sutan Rajo Sati. Proposal Silat Lintau dan WARIS untuk
mengadakan KARNIVAL SILAT NUSANTARA diterima oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
Kelantan bersetuju mengadakan Karnival tersebut sebagai acara tahunan Kerajaan
Negeri. Karnival akan di adakan pada 4-6 April 2014 bertempat di Padang
Perdana, Kota Bharu, Kelantan.
2.
Festival
Silat Kelantan kali kedua berjaya diadakan dengan lebih meriah lagi. T-Shirt
Festival yang ditempah untuk dijual sebanyak 200 helai habis dijual semuanya.
Kejayaan mengundang Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato Nik Amar untuk
perasmian, kehadiran YB EXCO Kebudayaan Kelantan Mejar Nizam dan penyertaan
seramai lebih 200 orang dari semua 10 pertubuhan yang bergabung dalam WARIS
amat membanggakan.
3.
Persembahan
Seni Silat Lintau di majlis jamuan yang diadakan di Tok Bali dan dihadiri oleh
YB Dato Nik Amar selaku Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baru pada bulan
Mei.
4.
Persembahan
Seni Silat Lintau menyambut ketibaan Menteri Besar Kelantan yang baru di Kg
Nering, Saring, Pasir Puteh Kelantan pada bulan Jun
5.
Persembahan
Silat di Kolej Komuniti sempena konvo Kolej.
6.
Perkhemahan
Perdana Silat Lintau di kem JPA3, Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan.
Semoga
2014 membawa peluang yang lebih banyak dan lebih baik kepada PERSILEK.
No comments:
Post a Comment