Pages

Monday, 12 August 2013

KEMERIAHAN AIDIL FITRI

Saban tahun Aidil Fitri disambut oleh umat Islam di seluruh dunia sebagai tanda kesyukuran kepada Allah azza wa jalla diatas kejayaan menjalani ibadah Puasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Tahun ini, sambutan hari raya PERSILEK tidak lah semeriah tahun lepas namun pelajar tetap berkunjung ke rumah Dr. Kamal.
Hari Raya Pertama

Sempat bergambar dengan Hannan, W. Abdul Rahman dan Hafiz Kamal Shah selepas solat Aidil Fitri di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh, Kelantan.

Hafiz, Saya dan W. Abd Rahman

Hannan, Saya dan Wan Abdul Rahman.
 Setelah solat raya kami pulang ke kampung untuk beraya dengan mertua dan adik beradik ipar saya serta anak-anak saudara yang ramai.

Pada Hari Raya Ketiga menerima kunjungan daripada pelajar Silat dan beberapa orang bekas pelajar...selepas zohor maka sampailah rombongan...











 Diikuti pula oleh ketibaan Roslan yang kini menetap di Kuala Lipis, Pahang. Roslan adalah dari kumpulan pertama pelatih Silat Lintau yang belajar di belakang rumah sewa saya di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1994.
Dr. Kamal dan Roslan
Bergambar dengan Roslan dan familinya.

 Kemudian selepas waktu Asar, mendapat kejutan dengan ketibaan Md Azmin yang pernah belajar di SMK Tok Janggut sekitar tahun 1990an dahulu. Terubat jugak lah rindu pada Azmin yang lama tak jumpa. Azmin datang bersama dengan Md. Zainuddin yang bekerja di Ipoh, Perak.

Md. Zainuddin, Dr. Kamal dan Azmin

Zainuddin dan Azmin

Pada hari raya ke empat, menerima kunjungan dari seorang lagi bekas pelajar yang datang bersama kawannya. 'Ustaz' gelaran yang diberi kepada Mohd Anuar, bekas pelajar SMK Dato Ismail, Pasir Puteh. Ustaz merupakan batch pertama dari SMK Dato Ismail.



Dr Kamal dan 'Ustaz' Anuar.


Afiq (kawan 'Ustaz') dan Dr Kamal

 Terima kasih diucapkan kepada mereka yang berkunjung ke rumah pada Aidil Fitri kali ini. InsyaAllah panjang umur, murah rezeki dapatlah kita berjumpa lagi..

No comments:

Post a Comment