Tanpa kita sedari, tangan2 ghaib yang memainkan isu agama dinegara ini telah mula melaksanakan usaha menggempur pihak berkuasa agama dan memulakan serangan keatas Islam.
Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui perkembangan yang berlaku didalam dan diluar parlimen dalam sidang dewan yang sedang berlangsung sekarang.
Perkembangan yang berlaku didalam dewan rakyat mutakhir ini mengundang padah kepada Islam dan umat Muhammad di negara ini apabila jemaah menteri bersetuju untuk menarik balik Rang Undang2 Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Wilayah Persekutuan) 2013 pada 5 Julai lalu.
Selain itu, usaha ahli ahli parlimen DAP menggesa kerajaan mengeluarkan subjek Tamadun Islam dari universiti swasta serta desakan kepada lima negeri untuk meminda undang-undang penukaran agama dilihat sebagai usaha untuk melemahkan dan memperlecehkan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan sekaligus menidakkan peranan Islam dalam negara ini.
Disamping itu, kehadiran Archbishop Joseph Marino sebagai duta Vatican ke Malaysia dilihat sebagai satu lagi usaha 'penjajahan' sama seperti yang berlaku beratus tahun dahulu.
Persilek memandang berat perkara yang sedang berlaku dinegara ini dan menggesa semua pihak yang cintakan Islam untuk BANGUN dan menyuarakan BANTAHAN kepada semua pihak yang berusaha untuk 'melemahkan' Islam dinegara ini.
Guru Utama Persilek, Dr. Kamal Shah Sutan Rajo Sati dalam kenyataannya berkata "Islam adalah agama yang yang diredhai Allah SWT dan sesiapa yang berani mencabul kedaulatan Islam maka mereka adalah golongan yang wajib diperangi". Selain itu, Dr. Kamal juga menegaskan bahawa Kerajaan dan semua pihak yang mendakwa sebagai pejuang Islam supaya kembali kepada ajaran Tauhid yang dibawa Rasulullah SAW dengan menerapkan pelajaran Tauhid kepada semua peringkat umur, mulai dari sekolah rendah hingga kepada Universiti. Hal ini perlu, memandangkan usaha keras yang sedang giat dijalankan oleh golongan 'missionary' Kristian untuk memurtadkan umat Islam dinegara ini. Mereka tidak akan senang dan tidak akan diam selagi cita-cita mereka tidak tercapai"
No comments:
Post a Comment