Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Apakah ‘locus standi’
kenyataan ini disisi undang-undang? Adakah ia bermakna bahawa ‘agama’ lain
tidak diiktiraf dinegara ini? Ungkapan ‘agama rasmi’ perlu diberi pentafsiran
yang lebih jelas supaya kedudukan Islam dan umatnya dinegara ini terjamin baik
dari segi undang-undang mahupun dari segi kedaulatannya.
Kedudukan Raja Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam
dinegara ini juga perlu diperjelaskan lagi dan Raja-Raja Melayu diberi kuasa
yang lebih luas untuk memelihara kedaulatan agama Islam dalam konteks yang
lebih luas supaya kedaulatan Islam serta umatnya tetap terpelihara sesuai
dengan firman Allah yang bermaksud “Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi
Allah ialah Islam”.
Negara ini pernah dikejutkan dengan usaha penubuhan sebuah
badan antar agama yang dilihat sebagai usaha golongan kuffar (terutamanya
Kristian dan Yahudi) yang bertujuan untuk melemahkan kedudukan Islam sebagai
agama persekutuan, sekaligus menafikan hak umat Islam terutama dalam hal penukaran
agama. Usaha ini disokong oleh kerajaan Amerika Syarikat melalui badan tertentu
yang sentiasa berusaha agar Malaysia menerima keputusan untuk membenarkan Umat
Islam keluar dari agama suci ini.
Kerajaan harus tegas dalam hal ini. Sekiranya kerajaan tidak
mengambil sikap bertegas dalam menjaga kedaulatan Islam di negara ini maka
ianya akan mengundang bala dari Allah sepertimana yang ditimpakan keatas negara
lain didunia.
Apabila amaran Allah tidak diendahkan maka nantikanlah
kedatangan bala. Antara bala yang akan menimpa umat ini ialah bahawa Allah akan
menggantikan umat ini dengan umat lain dan negara ini akan sekali lagi jatuh
ketangan penjajah yang akan menghapuskan kedaulatan dalam negara ini. Umat
Islam di Malaysia akan dijadikan rakyat kelas kedua sepertimana yang berlaku
kepada Umat Islam di Palestin. Keamanan yang kita nikmati selama ini akan
hilang selama-lamanya dan umat Islam akan hidup menderita selama-lamanya
seperti yang berlaku di Palestin sejak penubuhan kerajaan haram Israel.
Persilek sekali lagi ingin menegaskan bahawa Islam bukanlah
agama ciptaan Nabi Muhammad SAW tetapi ianya merupakan kesinambungan daripada
ajaran yang dibawa oleh Nabi Daud, Nabi Musa dan Nabi Isa alaihissolatu
wassalam dan merupakan ‘the final word of God’ kepada umat manusia seluruhnya. Islam
adalah agama Tauhid yang mentauhidkan Allah. Sesungguhnya Allah tidak mempunyai
anak dan tidak diperanakkan.
Persilek juga memberi amaran kepada mana-mana pihak yang
cuba untuk menggugat kedaulatan Islam dinegara ini supaya berhati-hati. Jika
ada pihak yang tidak senang dengan Islam, silakan keluar dari negara ini.
Persilek menggesa kerajaan supaya melucutkan kewarganegaraan mereka sebagai
amaran kepada orang lain supaya tidak lagi mempertikaikan kedudukan Islam
sebagai agama Persekutuan.
Tutup mulut atau hadapi tentangan para pendekar!
Allahu Akbar!
No comments:
Post a Comment