Majoriti Remaja Perempuan Melayu Tiada Dara Menjelang Umur 18 Tahun
KUALA
LUMPUR: Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis
mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman
lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing
baru berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan, Azy, kini
berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang
dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.
Menurut gadis berasal dari Pantai
Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia
dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.
“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.
“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh
kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman
lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu
bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.
Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.
“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.
“Cukup dengan menawarkan diri
untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang
melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.
Walaupun sering bertukar pasangan
dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah
hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil
hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.
“Sejak pertama kali tahu mengenai
seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga
tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok
melakukannya,” katanya.
Menurut Azy, sebelum disahkan
mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan
antara pelajar bermasalah di sekolah.
Katanya, oleh kerana melakukannya
bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan
daripada pengetahuan keluarga.
“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.
“Saya dan rakan berpakat untuk
mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah.
Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami
bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.
Menurut Azy, dia disahkan hamil
ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan
bentuk tubuhnya kepada ibunya.
“Sebenarnya, keluarga tak tahu
saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih
banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan
kerja rumah.
“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.
Mengakui terkenal sebagai antara
pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa
kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton
cerita lucah dengan rakan lain.
“Asalnya, saya bersama teman
lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun,
lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.
“Ada antara kami mengaku pernah
melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada
situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,”
katanya.
Laili Qalid (bukan nama sebenar),
20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan
hubungan terlarang dengan teman lelaki.
Dia yang juga berasal dari Pantai
Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa
diketahui ahli keluarga lain.
Bagaimanapun, bayi pasangan itu
berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi
menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi
menyelamatkan bayi terbabit.
“Saya hampir tidak sedarkan diri
ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami,
malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.
“Hanya Tuhan tahu perasaan saya
ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di
situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.
“Saya tidak sangka keseronokan
sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun
hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin
tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya yang
melahirkan anak, 24 April lalu.
No comments:
Post a Comment