Assalamualaikum dan selamat sejahtera, bila sebut nama Bruce Lee mungkin
ramai di antara kita yang mengenalinya, seorang yang cukup handal dalam
seni bela diri dan banyak membintangi filem-filem berkaitan kungfu
suatu masa dahulu. Banyak juga di antara kita yang dibesarkan dengan
filem-filem lakonan beliau. Tetapi ramai juga yang tidak mengetahui
fakta sebenar tentang Bruce Lee ni. Berikut merupakan 15 fakta tentang Bruce Lee yang tidak diketahui umum..
1. Bruce Lee mempunyai kecacatan semulajadi : kaki yang panjang sebelah dan testis yang besar sebelah.
2.
Bruce Lee sebenarnya rabun teruk dan memakai cermin mata tebal, dan dia
menggunakan soft lens. Terbukti di Amerika, soft lens sudah wujud pada
zaman itu
3.
Bruce Lee bukan 100% Chinese, ibunya Grace Lee adalah campuran Chinese
& Jerman, dan ini menjadikan Bruce Lee memiliki 1/4 darah Jerman.
4.
Bruce Lee pertama kali muncul dalam filem ialah pada umur 3 bulan. Dia
dibawa ayahnya, seorang yang cukup terkenal dalam Chinese Opera untuk
tampil pada filem pertamanya.
5.
Dalam suatu majlis lelong, sebuah surat tulisan tangan Bruce Lee untuk
memotivasi dirinya sendiri dgn tajuk “My Definite Chief Aim” dijual
dengan harga US$29,500.
6. Kelajuan pukulan Bruce Lee adalah 1/500 saat dari jarak sekitar 1 meter ke sasarannya.
7.
Bruce Lee seorang yang sangat kuat untuk saiznya, dia dapat melakukan
push ups 50 kali dgn satu tangan. Bolo Yeung (aka Chong Li) yang begitu
besar tidak pernah menang melawan Bruce Lee.
8.
Bruce Lee dapat melakukan push up dgn satu tangan hanya dgn 2 jari
(telunjuk dan ibu jari) dan push ups dengan dua tangan, namun hanya
menggunakan ibu jari sahaja.
9.
Bruce Lee mempopularkan teknik ‘one inch punch’ iaitu tumbukan dari
jarak 1 inci. Pada satu pertandingan karate, dia mempraktikannya pada
seorang juara judo berasal Jepun yang memiliki berat sekitar 100 kg.
Juara judo itu jatuh terduduk dan kakinya terangkat apabila terkena one
inch punch dari Bruce Lee.
10.
Ketika umur 13 tahun Bruce Lee berguru dengan Yip Man untuk belajar
Wing Chun kerana pada ketika itu, Bruce Lee dan geng nya sering bergaduh
dengan geng lain. Bruce Lee terfikir jika beliau diserang ketika
berseorangan. Jadi beliau pun belajar Wing Chun untuk belajar berlawan
dengan ramai orang sekaligus.
11. Ada tiga murid Bruce Lee yang pernah memenangi World Karate Champion: Chuck Norris, Joe Lewis dan Mike Stone.
12.
Di Amerika, Bruce Lee mengajar kung fu kepada semua bangsa dengan tidak
memilih-milih, dan kerana itu, dia dicabar oleh guru kung fu lain
dengan tuduhan membocorkan rahsia Chinese Martial Art kepada bangsa
lain.
13.
Film Dragon The Bruce Lee Story yang diarahkan Jason Scott Lee adalah
filem yang sangat tidak tepat dalam menggambarkan cerita sebenar Bruce
Lee. Dalam filem tersebut, Bruce Lee ditendang punggungnya, menjadi
lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda.
Dalam
kejadian yang sebenar, cedera Bruce Lee disebabkan oleh latihan dengan
beban yang terlalu berat dan menyebabkan kecederaan tulang belakang, dan
sebenarnya sebenarnya tidak pernah duduk di kerusi roda.
14.
Sewaktu berehat dari kecederaan tulang belakangnya selama 6 bulan,
Bruce Lee menulis buku “Tao of Jeet Kune Do” yang menjadi best-seller.
15.
Beberapa saat sebelum kematian Bruce Lee, “Pa Qua” (sejenis azimat yang
dipercayai dapat menepis evil spirits) pada rumah Bruce Lee jatuh di
tiup angin.
No comments:
Post a Comment