Masih ada lagi mereka yang mempertikaikan kebenaran mengenai Silat Lintau yang ASLI. Masih ramai lagi yang mengata dan mengutuk saya. Lantak hangpa lah. Yang penting bagi saya ialah saya tau kebenarannya.
Saya juga malah tau kebenaran itu, dan menyaksikan sendiri di Tanjung Bonai, di Tepi Selo dan di Balai Tangah, Lintau. Silat Lintau yang asli hanya dikembangkan oleh PERSILEK dan seorang dua lagi di luar Kelantan.
SAYA ADA BUKTI
Mereka yang mengenali saya sedari kecil mengetahui bahawa saya bukanlah jenis yang suka bercakap tanpa bukti. Saya memang begitu. Saya tidak akan menerima bulat-bulat apa yang orang kata kepada saya kecuali dengan Nas, Dalil atau bukti yang nyata. Kebenaran tidak boleh diselubungi, tidak boleh ditutupi... Kebenaran pasti akan tiba dan menghapuskan kebatilan.
Saya ada bukti mengenai Silat Lintau ini, dan bukti yang saya ada menunjukkan bahawa ianya BUKAN seperti yang diceritakan oleh sesetengah pihak. Saya tidak mencabar tapi kalau mereka merasa tercabar, silakan ke Lintau dan membuat persembahan dihadapan Tuo Silek Lintau disana. Jangan buat dihadapan seorang dua, tapi buatlah persembahan dihadapan semua Tuo Silek Lintau seperti yang saya lakukan dan dapatkan keputusan dari mereka.
Saya ke Lintau bersama seseorang dari sebuah 'persatuan' lain. Beliau juga diberi penghormatan, malah diberi gelar Sutan Pamenan Sati... TETAPI beliau tidak bersilat seperti saya, beliau tidak pernah membuka langkah sedikitpun...
Saya juga mempunyai beberapa bukti dari pelbagai sumber, dari Johor, Melaka, Perak, Kedah dan Indonesia bahawa apa yang diajarkan oleh pertubuhan yang satu lagi itu adalah sebenarnya Silat Terlak.
Saya juga mempunyai BUKTI mengenai AJARAN SESAT yang menggunakan nama SILAT LINTAU yang masih dikembangkan oleh pihak tertentu di Malaysia ini.
Segala BUKTI yang ada pada saya telah saya dokumenkan dan diberikan kepada pemegang amanah saya.
No comments:
Post a Comment