Pages

Monday, 29 October 2012

Salah Siapa?

Apakah maksud yang tersirat disebalik kenyataan mantan PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau menyatakan Melayu pengemis di tanah air sendiri?
 
Mantan Perdana Menteri berkata demikian didalam Kongres Ekonomi Melayu hari ini. Jelas beliau lagi, kedudukan Melayu telah terpecah ekoran perbezaan politik dan mereka perlu bersatu di bawah Umno bagi memastikan mereka mendapat tempat dalam kepimpinan negara.
Perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut berkata ekonomi Melayu turut bergantung kepada politik. "Menguatkan politik kita adalah cara untuk kita mencapai kejayaan ekonomi," tambahnya lagi.

55 Tahun. Itulah masa yang diambil untuk Pemimpin Melayu dan Kerajaan Perikatan/Barisan Nasional untuk memerintah negara ini.

55 Tahun itu juga, pemimpin dan juga Kerajaan yang dipimpin oleh UMNO telah BERJAYA menjadikan bangsa Melayu PENGEMIS dinegeri sendiri?

55 Tahun orang Melayu mengharapkan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO sejak MERDEKA untuk memajukan orang Melayu tetapi akhirnya orang Melayu menjadi PENGEMIS dinegeri sendiri?

55 Tahun masa yang telah diberikan kepada UMNO untuk membantu orang Melayu, memajukan bangsa Melayu.

Kalau betul apa yang Tun Dr. Mahathir cakap maka saya rasa kali ini terpaksalah kita tukar kerajaan. 

No comments:

Post a Comment