Pages

Tuesday, 2 October 2012

Perlukah Hudud Dilaksanakan?

Dengan peningkatan kes jenayah yang berlaku dinegara ini maka adalah wajar pihak berwajib mengenakan Had kepada kesalahan jenayah seperti ragut, rompakan bersenjata, samun, rogol, zina dan lain-lain jenayah yang memerlukan Hudud dijalankan. Empat kes yang dipaparkan ini cukup untuk membuktikan betapa Hudud diperlukan. Anda bagaimana?
Kes Pertama:

Samun menggunakan parang: 

KUALA LUMPUR – Dua penjenayah ganas pasti tidak senang duduk apabila aksi mereka menyamun kedai serbaneka 99 Speedmart dan menetak tangan kiri seorang pengawal keselamatan warga Nepal berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.....



Kejadian pukul 9 malam kelmarin di Zest Point, Jalan Bukit Jalil di sini itu berlaku apabila suspek yang memakai topi mendekati premis sebelum salah seorang daripada mereka masuk untuk mencari pengawal tersebut manakala rakannya berdiri di luar. BERITA SELANJUTNYA DI SINI
**************************************************************************************************************************
Kes Kedua:
Peragut Gilis Perut Mangsa
KOTA BHARU: “Tubuh saya digilis kereta peragut dan saya dapat melihat kesan tayar di perut ketika menerima rawatan di hospital,” kata guru, Zura Ashikin Mustafa, 48, yang menjadi mangsa ragut di hadapan sebuah bank di Pasir Tumboh,......
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, Zura berdepan pengalaman mengerikan apabila diseret sejauh tiga meter dari tempat kejadian oleh seorang lelaki yang meragut beg sandangnya sebelum terlentang dan digilis dengan kereta dinaiki lelaki terbabit dan dua rakannya dalam usaha untuk melarikan diri.
BERITA SELANJUTNYA DI SINI 
**************************************************************************************************************************
Kes Ketiga:
Gadis Tiduri Tujuh Lelaki
JOHOR BAHRU – Keseronokan melakukan seks kali pertama selepas terpengaruh dengan video lucah di Internet menyebabkan seorang gadis berusia 13 tahun sanggup meniduri tujuh lelaki, termasuk beberapa penjawat awam, sejak awal tahun ini…..

Tanpa memikirkan risiko ke atas dirinya, gadis kecil ini rela bersama lelaki berkenaan di hotel bajet dan rumah sewa , meskipun baru berkenalan beberapa hari menerusi Internet tanpa mengenakan bayaran.
BERITA SELANJUTNYA DI SINI





*************************************************************************************
 
Kes Keempat:

Ibu Seronok Anak Dirogol?

Seorang janda bukan sahaja bertindak keji membiarkan anaknya diratah teman lelakinya, malah...
 
tambah jijik dia tergamak merakam aksi rogol itu menggunakan telefon bimbit untuk kepuasan nafsu. 

Nasib kanak-kanak berusia 11 tahun itu mendapat pembelaan apabila Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 21 tahun terhadap wanita itu kerana bersubahat dengan teman lelakinya merogol mangsa, tiga tahun lalu.  mangsa dirogol di sebuah pangsapuri di Rawang

LAGI BERITA DI SINI


Kami merasakan amat wajar sekali HUKUMAN HUDUD DILAKSANAKAN di Malaysia bagi mencegah kegiatan yang LEBIH TERUK lagi. 

Contohilah Negara Yang Berani 

Menegakkan Hukum Allah 


No comments:

Post a Comment