Pages

Thursday, 25 October 2012

AIDIL ADHA

Hari Raya datang lagi. Ambillah peringatan daripada peristiwa yang berlaku di Makkatul Mukarramah lebih 2000 tahun yang lalu. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Wa LiLlahil Hamd.


Ikhlas dan Redhalah Berkorban Untuk Agama Allah
(Khutbah Pertama)
اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ 
اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ 
 اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ  وَِللهِ الْحَمْدُ
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى جَعَلَ هذاَ الْيَوْمَ عِيْدًا كَبِيْرًا وَسُرُوْرًا
أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ ِالاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.  اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ.
اَمَّا بَعْدُ،  فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتـُمْ مُسْلِمُوْنَ.
قَالَ الله تَعاَلَىْ فِيْ مُحْكَمِ ايآتِهِ :
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَأَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنَ الصَّابِرِيْنَ - سُوْرَةٌ الصَّآفَاتِ : ١٠٢

“Maka ketika Ismail sampai ke peringkat umur yang mampu berusaha bersamanya, Ibrahim berkata: Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelih kamu, maka apa pandanganmu mengenainya? Kata Ismail: Wahai bapaku, laksanakanlah apa yang diperintahkan. Kamu akan mendapatiku dengan izin Allah, merupakan orang yang sabar.”

Wahai hamba-hamba Allah !

Hari ini seluruh umat Islam menyambut Aidil Adha atau Hari Raya Korban, dalam keadaan banyak mengorbankan Islam berbanding berkorban untuknya. Kita masih lagi menjadi korban kekejaman, penghinaan dan kebiadaban musuh Islam, lantaran jiwa kita yang sudah semakin jauh daripada konsep pengorbanan yang dituntut oleh Allah.

Aidil Adha ini tidak hanya memaparkan kisah penyembelihan Nabi Allah Ismail yang digantikan dengan seekor kibash tetapi Aidil Adha ini mengajar kita erti keikhlasan dan redha dengan ketetapan Allah dan Rasul-Nya. Aidil Adha telah mencatatkan kegembiraan Nabi Allah Ibrahim Alaihis Salam dan keluarganya selepas mereka berjaya melalui ujian Allah yang sangat getir dan mencengkam jiwa nurani manusia biasa. Hari ini kita berkongsi kegembiraan itu dengan meraikan Hari Raya Aidil Adha di seluruh negara dalam suasana yang ceria. Kita hari ini mengorbankan binatang dalam gelak dan tawa sedangkan hakikatnya Nabi Allah Ibrahim pernah melakukannya dengan titisan air mata. Namun perintah Allah yang Maha Esa tetap dilaksana dengan ikhlas dan redha terhadap ketentuannya. Pastilah amat besar maknanya kegembiraan Nabi Allah Ibrahim sekeluarga kerana mereka berjaya melepasi ujian yang amat besar dalam berkorban kerana Allah.
  اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ  وَِللهِ الْحَمْدُ
Muslimin Muslimat Sekalian !

Kisah Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail Alaihumas Salam bukanlah mengajar kita erti pengorbanan biasa. Pengorbanan mereka bukan kerana sesuatu matlamat yang tersirat tetapi hanya semata-mata kerana patuh kepada perintah Allah.
   اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ  وَِللهِ الْحَمْدُ
Muslimin Muslimat Sekalian !

Kita biasa berkorban dan mengorbankan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Kita mengorbankan kegembiraan, berpoya-poya di luar rumah untuk bersama menikmati kegembiraan bersama keluarga. Anak-anak mengorbankan waktu bermain, menonton televisyen dan untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran bagi mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Pemimpin mengorbankan masa bersama rakyat untuk memenangi hati rakyat agar terus terpilih sebagai calon dalam pilihanraya. Para pekerja mengorbankan masa rehat dan bersantai bagi menyiapkan kerja untuk mendapatkan anugerah kecemerlangan. Maka kita hanya akan mendapat apa yang kita idamkan jika matlamat pengorbanan kita tidak disandarkan kepada Allah dan Rasul-Nya.
 اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ  وَِللهِ الْحَمْدُ
Muslimin Muslimat Sekalian !

Nabi Ibrahim telah sanggup untuk menyembelih anaknya tanpa dijanjikan kibash yang akan menggantikan anaknya, tetapi baginda melakukannnya semata-mata kerana mematuhi perintah Allah. Nabi Ibrahim sebelumnya sanggup meninggalkan Siti Hajar, isteri yang disayanginya bersama Nabi Ismail yang di ketika itu masih kecil. Ini semua dilakukan tanpa jaminan oleh Allah untuk membina sebuah kota atau perkampungan. Nabi Ismail begitu pasrah berkorban sehingga sanggup mengakhiri kehidupan muda belianya malah memberi sokongan dan galakan kepada Nabi Ibrahim untuk segera menyembelihnya. 

Ini semua dilakukan tanpa jaminan oleh Allah untuk mendatangkan kibash sebagai ganti tetapi dia melakukannya semata-mata mematuhi perintah Allah. Mereka seluruh ahli keluarga telah berkorban untuk mentaati perintah Allah. 
 اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ  وَِللهِ الْحَمْدُ
Saudara-Saudaraku Sekalian !

Dalam satu hadis riwayat Imam Termizi, Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Dari Aisyah bahawa Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda: Tidak ada amalan manusia di Hari Raya Korban yang lebih disukai oleh Allah berbanding dengan menumpahkan darah binatang korban. Sesungguhnya ia akan didatangkan di hari kiamat dengan tanduk, bulu dan kukunya. Maka darahnya akan mendatangkan keredhaan Allah sebelumnya jatuhnya ia ke tanah. Maka ikhlas dan redhakanlah hatimu terhadapnya.

Inilah sebenarnya asas kepada kejayaan yang wajar kepada kita rayakan. Kejayaan yang diberikan oleh Allah hasil pengorbanan yang tulus ikhlas kepada Allah, bukan kejayaan yang dicapai semata-mata kerana usaha titik peluh dan kebijaksanaan kita sehingga kita lupa dengan nikmat pemberian Allah. Tidak akan ada kejayaan yang hakiki dan diredhai tanpa pengorbanan. Yakinlah kita bahawa segala pengorbanan kita terhadap Allah tidak akan dipersia-siakan. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: 
أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لاَ يُفْتَنُونَ (٢) وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (٣)
“Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan berkata; Kami beriman sedangkan mereka tidak diuji. Dan sesungguhnya telah diuji mereka yang sebelum dari kamu maka akan Allah yang Maha Mengetahui siapakah yang benar, siapakah yang berdusta.” - Al-Ankabut Ayat 2 hingga 3.
 اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ   اَللهُ اَكْبَرُ  وَِللهِ الْحَمْدُ
Wahai Hamba-Hamba Allah !

Sanggupkah dan beranikah kita semua untuk berkorban semata-mata kerana Allah dan Rasul-Nya? Sanggupkah kita mengenepikan kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan keturunan, kepentingan parti dan kumpulan tertentu malah mengenepikan kepentingan dunia dan seisinya semata-mata kerana Allah? Sanggupkan kita mengorbankan segala kepentingan dunia untuk bersatu mendaulatkan agama Allah yang telah menganugerahkan berbagai nikmat yang tidak terhingga? Sanggupkah kita bersama kembali menghayati syari’at Allah sepenuhnya tanpa perlu kepada balasan daripada sesiapa tetapi semata-mata kerana patuh kepada perintah Allah yang Maha Bijaksana dalam menentukan cara hidup terbaik untuk manusia? Kita sebenarnya tidak memerlukan sebarang pujian betapa indahnya syari’at Allah daripada mana-mana pihak apatah lagi dari lidah orang-orang yang tidak beriman. Perlaksanaan syari’at Allah telah terbukti kesesuaian dan keberkesanannya dalam mengatur kehidupan manusia. Yakinlah kita bahawa syari’at Allah adalah yang terbaik dan keindahannya akan terserlah apabila dilaksanakan sepenuhnya. Hanya manusia yang bodoh dan buta sejarah sahaja yang merasa bimbang dan sangsi terhadap keadilan syari’at Allah.

Akhirnya, yakinlah bahawa segala pengorbanan kita untuk memartabatkan agama Allah adalah untuk manfaat kita bersama. Segalanya akan dibeli dan dibayar oleh Allah dengan nilai yang terlalu berharga iaitu kemuliaan dan keredhaan-Nya di dunia dan di akhirat:
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (التوبة :١١١)
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan balasan bahawa mereka akan beroleh syurga, disebabkan mereka berjuang pada jalan Allah, maka di antara mereka ada yang membunuh dan ada yang terbunuh. Balasan syurga yang demikian ialah sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan itu dan ketahuilah bahawa jual-beli yang seperti itu ialah kemenangan yang besar.”



(Khutbah Kedua)
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، وَِللهِ الْحَمْدُ.
اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ:
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا اللهََ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.

Saudara-Saudari Sekalian !

Pada hari ini marilah kita bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan kepada kita Iman dan Islam. Marilah kita mengorbankan masa lapang kita untuk menghisab diri kita, keluarga, masyarakat dan negara kita sama ada memnuhi tuntutan Islam atau tidak?

Marilah kita bersama kembali menghayati segala ajaran Allah dan Rasul. Ini semua perlukan pengorbanan yang amat besar dan pengorbanan ini mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah. Kita mestilah redha dengan pengorbanan yang kita lakukan kerana kita hanyalah makhluk yang dijadikan oleh Allah dan kepada Allah jualah kita akan dikembalikan.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ اْلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَاْلأَمْوَاتِ.
 اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِينَ. اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسلاَمَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِينَ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِينَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّلِمِينَ. وَانْصُرْنَا عَلَى هَؤُلآءِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَنَا وَيَصُدُّونَنَا عَنْ سَبِيلِ اللهِ. اَللَّهُمَّ قَوِّ عَزَائِمَهُمْ، وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ. اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكََفَرَةَ وَالْمُنَافِقِينَ وَأهْلِكْ أَعْدَاۤءَكَ أَعْدَاۤءَ الدِّيْنِ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُجْرِىَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ اْلأَحْزَابِ، اِهزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سُلْطَانَ اَزْلَنْ مُحِبُّ الدِّيْنِ شَاهِ ابْنُ اَلْمَرْحُوْمِ سُلْطَانِ يُوْسُفِ عِزُّ الدِّيْنِ شَاهِ غَفَرَاللهُ لَهُ
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَِللهِ الْحَمْدُ.

Saya, Dr. Kamal Shah, keluarga dan seluruh warga Pertubuhan Seni Silat Lintau, Pasir Puteh, Kelantan (PERSILEK) mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua pembaca blog ini. Terimakasih atas sokongan anda selama ini. Teruskan bersama LintauArtStudio untuk perkembangan terkini dan pandangan kritis mengenai isu semasa.

No comments:

Post a Comment