Pages

Tuesday, 18 September 2012

Tanda Kiamat



Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui bila akan berlaku kiamat. Namun begitu Allah telah memberi kepada kita petunjuk di dalam Qur’an dan Hadis tentang kedatangan kiamat. Tanda kiamat dapat di bahagikan kepada dua: Tanda kecil dan Besar. Artikel ini tidak menyenaraikan kesemuanya tetapi yang paling penting terdapat di dalam nya. Kesemua tanda tanda yang dinyatakan adalah berdasarkan hadis dan Qur’an.


Tanda-tanda Kecil (tidak mengikut susunan)

  1. Kedatangan nabi akhirul zaman Muhammad bin Abdullah SAW
  2. Hamba abdi akan menjadi tuan
  3. Gembala kambing akan berlumba lumba membina bangunan tinggi (dulu orang arab adalah gembala kambing sekarang lihatlah bangunan yang mereka dirikan)
  4. Ilmu tentang Islam akan hilang dan kejahilan akan meningkat. Ini kerana alim ulama yang sudah lanjut usia akan mati dan tidak ada golongan muda yang mengganti mereka atau makin kurang orang yang mengganti tempat mereka (dalam ilmu). Pemimpin umat islam akan dilantik dari kalangan mereka yang tidak ada ilmu agama dan mereka akan memerintah mengikut suka hati mereka. Pemimpin dunia Islam dikenali bukan kerana takwa atau ilmu mereka dalam Islam tetapi kerana politik dan penindasan dsb.
  5. Meminum minuman keras dan zina akan meningkat
  6. Bilangan lelaki berkurangan dan wanita meningkat sehingga 50 wanita untuk tiap seorang lelaki
  7. Tiga puluh orang akan mengaku menjadi nabi di ikuti Dajjal
  8. Kemewahan berleluasa sehingga manusia tidak dpat mencari orang miskin untuk diberi zakat
  9. Pembunuhan akan meningkat
  10. Masa di pendekkan (berlalu begitu cepat) sehinga setahun rasa sebulan sebulan rasa sehari sehari macam se jam
  11. Dua negara besar akan berperang dan berbunuhan masing masing menuntut perkara yang sama
  12. Gempa bumi akan meningkat
  13. Seseorang akan melalui tanah perkuburan dan ingin bertukar tempat dengan orang mati (kerana susahnya hidup)
Tanda-tanda besar (tidak mengikut susunan)
  1. Dajjal akan muncul dan mengaku sebagai tuhan, dia akan memegang di tangan nya surga dan neraka. Tujuan nya menipu manusia, dan golongan kafir menjadi pengikutnya. Dajjal bertubuh pendek, muka merah, buta mata kirinya, dan rambut tegak berdiri. Dia akan menjelajah dunia tetapi tidak dapat memasuki Mekah dan Madinah. (banyak hadis yang terperinci tentang dajjal)
  2. Imam Mahdi akan muncul pada zaman Dajjal. Imam Mahdi akan menyeru kepada Islam yang sebenarnya dan menjadi pemimpin angkatan perang. Namanya serupa dengan nama nabi saw dan nama bapanya serupa nama bapa nabi saw. Beliau merupakan keturunan nabi saw daripada Fatimah anak Rasulullah.
  3. Nabi Isa as akan turun pada waktu Dajjal dan Mahdi. Baginda akan turun pada waktu fajar di sebuah masjid di Damsyik ibu negeri Syria. Sederhana tingginya muka merah dan rambut kelihatan basah macam baru lepas mandi. Baginda akan mengajak manusia kepada islam dan juga menjadi kepala perang. Ahlul kitab akan kembali kepada Islam dan kemewahan yang teramat sangat, Baginda akan mematahkan salib, membunuh babi dan beliau sendiri yang akan membunuh dajjal selepas itu baginda akan tinggal di dunia selama beberapa tahun , berkahwin dan mati. Umat Islam akan menyembahyangkan jenazah beliau.
  4. Seekor binatang (daabbatul fil ardh) akan muncul dari bukit Safa di mekah dan mengajak menusia kembali kepada Islam. Binatang ini mempunyai bulu yang amat tebal sehinggakan tidak dapat di agak mana depan mana belakang.
  5. Ya’juj dan Ma’juj (dua kumpulan kaum manusia yang tersembunyi di sebalik tembok yang di bina Dhul qarnain) akan keluar daripada tembok (empangan) dan membinasakan dunia. Mereka akan meminum semua air yang ada dan membunuh manusia sehingga Allah menghantar se ekor cacing yang akan menghapuskan mereka. [Tidak dapat di pastikan samada kaum ini muncul sebelum atau selepas turunnya Nabi Isa a.s.]
  6. Tiga tempat akan tenggelam dan ditelan bumi, satu di barat satu di timur dan satu di Semenanjung Arab.
  7. Api akan muncul di Yemen dan bergerak ke utara
  8. Matahari akan terbit dari barat
  9. Asap akan menyelubungi bumi yang akan menyebabkan orang beriman mengidap penyakit seperti selesema dan orang kafir akan diserang oleh penyakit yang lebih dahsyat. Akhir sekali angin sejuk akan bertiup dan mengorbankan semua orang Islam, meninggalkan goolngan kafir yang akan menyaksikan peristiwa kiamat. Malaikat Israfil akan menuip sangkakala and semua manusia akan di bangkitkan langit dan bumi akan hapus.
Senarai ini jauh dari lengkap banyak lagi tanda lain. Seperti Istanbul akan jatuh sebelum Rome ketangan umat Islam ( ini bererti bahawa Rome akan tumbang) dan sistem politik Islam akan bertukar dari :

    1. kenabian kepada
    2. khalifah, kepada
    3. pemerintahan yang ‘menggigit’, kepada
    4. pemerintahan yang menindas dan akhirnya kepada
    5. khalifah yang adil. 
Nampaknya kita sekarang berada di tempat keempat dari rantaian ini. Inilah masanya untuk bekerja keras supaya suatu pemerintahan berbentuk khalifah dapat di wujudkan di masa hayat kita

Ayuh......tegakkan negara Islam dan institusi Khalifah !!!

Akhir kata, Nabi saw telah bersabda bahawa apabila tanda kiamat datang ia akan berlaku dengan cepat seberti butir tasbih yang terlucut dari talinya.

Dan sesungguhnya Allah sahajalah yang MAHA MENGETAHUI. WALLAH HU A’LAM.

Tambahan
Sewaktu Umar menjadi Khalifah, beliau telah memilih sekumpulan lelaki and memerintahkan supaya tembok yang di bina oleh Dhul Qarnayn di cari. Masyarakat Arab tidak pernah mendengar atau mengetahui apa apa tentang kisah Zulkarnain dan oleh kerana ianya di sebut dalam Al-Quran, mereka berjaya mengesan kedudukannya. Tembok tersebut terletak di sebuah bandar di Durbend, Soviet Union (Rusia)

*Nota: Bandar Derbend (Derband, Derbent, Durbend) terletak di Wilayah Daghestan, di sebelah pantai barat laut Caspia, lebih kurang 150 batu (100 km) disebelah timur laut Grozny, Chechnia and lebih kurang 140 batu daripada Baku, Azerbaijan. Derband juga dikenali sebagai Bab al-Abwab di awal sejarah Islam. Al Tabari menyebutnya dalam kitab ‘Tarikh al-rusul wa’l Muluk’ dalam membicarakan peristiwa yang berlaku pada tahun 14 hijriyah (646 Masehi), sewaktu pemerintahan Khalifah Umar ibn al-Khattab r.a. Bandar ini juga telah disebut oleh Yaqut dalam Mu’jam al-Buldan. Bandar ini mempunyai kota yang kukuh, didirikan untuk menyekat kemaraan balatentera daripada utara Caucasus, di mana Kerajaan Khazar yang cukup kuat pernah memerintah.Sejarah kaum Khazar telah di catitkan dalam lipatan sejarah sejak millenium pertama Masehi dan kerajaan tersebut ‘hilang’ pada tahun 966 Masehi. Derbend merupakan pintu masuk utama daripada utara Caucasus ke selatan hinggalah ke Parsi.

Abdullah Yusuf Ali, penterjemah Al-Quran yang masyhur, membincangkan beberapa pendapat tentang Dhul Qarnayn (Zulkarnain) didalam Appendix VII pada penghujung surah Al-Kahf (Gua). Ahli sejarah terkemuka, Ibn Kathir menyatakan bahawa Dhul Qarnayn merupakan seorang raja yang alim, hidup di zaman Nabi Ibrahim alaihissalam dan melakukan Tawaf di Baitullah bersama Nabi Ibrahim, setelah siap pembikinan Kaabah.

Sabda Nabi S.A.W.
“Apabila kamu melihat panji-panji hitam bergerak dari *Khurasan hendaklah kamu segera menyertai mereka kerana sesungguhnya mereka itu tentera Imam Mahdi”
* Khurasan terletak di Afghanistan dan Iran.

No comments:

Post a Comment