Pages

Monday 30 April 2012

BERSIH3.0 DARI KACAMATA KAMI

28/04/2012 atau lebih dikenali sebagai 428 merupakan tarikh yang menyaksikan peristiwa yang tidak ingin dilihat oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Betapa tidak, rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian sebuah negara berbilang bangsa dan agama ini telah menyaksikan KEGANASAN yang lebih dahsyat daripada BERSIH2.0. Beratus orang masih dirawat di HKL hingga hari ini dan kabarnya jumlah mereka yang menerima rawatan adalah lebih daripada 300 orang.

Apakah yang akan terjadi selepas ini. Saya menjangka, selepas ini akan berlaku siri tangkapan samada secara berperingkat atau sekaligus keatas pemimpin parti politik dan aktivis BERSIH3.0 yang hadir pada hari itu. Hal ini sekiranya berlaku, sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dipihak rakyat yang berpihak kepada PR dan mereka yang cintakan keamanan dan kemakmuran dinegara yang dicintai ini.

Saya bukan orang politik dalam ertikata politik kepartaian tapi saya mengikuti perkembangan politik semasa sejak dahulu hingga kini.Sebagai pesilat, saya diamanahkan untuk menjadi parik pagar dalam nagari iaitu benteng pertahanan barisan pertama yang mengawal keselamatan negara. Pendekar dituntut untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan nyawanya.

Sebagai pendekar juga, kami hanya dapat menasihat kedua belah pihak yang bertelagah supaya mencari jalan penyelesaian melalui meja perundingan sesuai dengan pepatah bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Alangkah baiknya kalau kedua2 pihak dapat duduk dimeja perundingan (bukan parlimen) dan berbincang sebagai saudara demi kebaikan anak bangsa yang cintakan keamanan.

Walau apapun yang saya katakan disini, saya yakin ianya tidak akan sampai ketahap itu kerana kedua2 pihak dilihat sebagai tidak memberi jalan kepada pihak yang lain. Kerajaan tidak mahu mengalah kepada tuntutan BERSIH2.0 yang mahukan SPR lebih telus dan supaya kesemua 8 tuntutannya dipersetujui kerajaan.

Kerajaan juga berbelit2 lidahnya pabila pada BERSIH2.0 memberikan Stadium digunakan kemudian menarik balik keputusan tersebut manakala pada BERSIH3.0 ini, melalui Datuk Bandar KL, telah tidak membenarkan rakyat negara ini berdiri di Dataran Merdeka bagi menuntut PRU yang lebih bersih dan adil bagi semua rakyat.

Malunya saya membaca dan menonton video bekas Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia yang telah bersama para demonstran di Amerika yang menyatakan sokongan kepada tuntutan BERSIH dan betapa Malaysia perlukan suatu reformasi dalam PRU. Kini, seluruh dunia mempunyai pandangan yang berbeza berbanding dahulu mengenai kerajaan kita.

Sebagai penjaga keamanan dan kedamaian negara ini, saya menyeru semua pihak untuk duduk diam sebentar dan muhasabah diri... fikirkan apakah yang terbaik yang dapat dilakukan untuk rakyat, bukan apakah habuan yang hendak diberi kepada rakyat selepas ini. You can buy merchandise, but you cannot buy our souls...

Sutan Rajo Sati


No comments:

Post a Comment