SEBELUM KE LINTAU
Saya Mula Mengajar Silat Lintau Ini Di Sekolah Kebangsaan Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan Pada Tahun 1995. Pada Mulanya Saya Mengajar Silat Ini Kerana Melihat Betapa Anak Muda Hanyut Dengan Gaya Hidup Yang Tidak Menampilkan Peribadi Yang Mulia. Ramai Anak Muda Yang Kurang Ajar Samada Di Jalanraya Atau Dimana Sahaja. Seolah-Olah Sudah Hilang Nilai Budaya Dan Agama Dalam Masyarakat Kita.
Setelah Saya Mengajar Silat, Alangkah Terperanjatnya Saya, Saya Mendapat Kejutan Budaya Yang Dahsyat Saya Kira. Rata-Rata Mereka Yang Datang Untuk Belajar Silat Tidak Dapat Membaca Surah Al Fatihah Dengan Baik Dan Tidak Menguasai Lebih Dari 7 Surah Lazim (Surah Dalam Juz Amma) Dengan Baik Dan Betul. Masya Allah, Apakah Yang Sedang Berlaku Dalam Masyarakat Pada Hari Ini?
Kejutan Kedua Ialah Apabila Ditanya Soalan-Soalan Berkaitan Agama, Kebanyakan Mereka Samada Tidak Dapat Menjawab Atau Menjawab Dengan Salah, Contohnya Bila Ditanya Rukun Islam Berapa Perkara Ada Yang Menjawab Enam Dan Sebagainya. Haru... Cukup Haru... Situasi Yang Begini Tidak Boleh Dibiarkan Begitu Sahaja. Sesuatu Dan Seseorang Mesti Melakukan Sesuatu Agar Remaja Ini Bukan Sahaja Pandai Bersilat Malah Boleh Membaca Alquran Dengan Baik Dan Kenal Agamanya Dengan Betul.
Dari Situ, Bermulalah Satu Revolusi Dalam Pendidikan Silat Lintau Yang Saya Ajar Di Kelantan. Revolusi Ini Bukan Sesuatu Yang Asing Pada Urang Lintau Kerana Di Lintau Itu Sendiri Hubungan Silat Dan Surau Itu Berkait Rapat.
Dalam Usaha Saya Mendidik Dan Membentuk Remaja Menjadi Sebaik-Baik Umat Muhammad, Saya Terpaksa Melalui Berbagai Ancaman, Ugutan, Dugaan Dari Berbagai Pihak Sehinggakan Ada Pihak Yang Tidak Senang Dengan Cara Saya Mengajar Silat Dan Berusaha Untuk Menyingkir Saya Dari Mengajar Silat Di Sekolah-Sekolah. Sementara Guru Penasihat Silat Yang Dilantik Pihak Sekolah Pula Sukar Untuk Memberi Bantuan Yang Diperlukan.
Sesuatu Mesti Dilakukan...
Saya Keseorangan Di Sini. Ini Adalah Kerana Saya Bukan Orang Sini. Saya Adalah Perantau, Pedagang Di Negeri Orang... Saya Juga Bukan Orang Politik.... Sebab Itu Sukar Bagi Saya Mendapat Bantuan Dari Mana-Mana Pihak. Untuk Berpihak Kepada Satu Puak Politik Akan Menyebabkan Satu Puak Lagi Menyisihkan Saya Maka Itu Saya Mengambil Jalan Tengah Untuk Tidak Memperlihatkan Kecenderungan Saya.
Tujuan Saya Mengajar Silat Lintau Ini Tidak Lain Dan Tidak Bukan Ialah Untuk Mengumpul Anak2 Muda Dan Dapat Mengajar Mereka Sedikit Sebanyak Ilmu Yang Ada Ini Kepada Mereka Agar Mereka Menjadi Manusia Yang Berguna Kepada Masyarakat.
MASALAH DALAM NEGERI
Yang Mana Satu Silat Lintau?
Di Malaysia Sekarang Ini Terdapat Sekurang-Kurang Empat Pihak Yang Masing-Masing Mengaku Bahawa Merekalah Silat Lintau Yang Sebenarnya. Salah Satu Daripadanya Pernah Di Fatwakan Sebagai Ajaran Sesat Di Brunei Darus Salam Dan Kini Dikenalpasti Bergiat Cergas Di Gua Musang, Kelantan, Kuala Lumpur Dan Banyak Lagi. Mereka Ini Difatwakan Sebagai Ajaran Sesat Di Johor, Kelantan Dan Selangor.
Selain Itu, Ada Sepihak Lagi Yang Mendakwa Bahawa Merekalah Yang Mengajar Silat Lintau Yang Sebenar Dengan Dakwaan Yang Berbagai Macam Tentang Silsilah Silat Lintau Dan Sebagainya. Kesemua Dakwaan Mereka Telah Saya Patahkan Dalam Blog Saya http://lintauartstudio.blogspot.com/2011/01/sejarah-silat-lintau-1-fakta-atau.html
Sebelum Saya Ke Lintau Pada 27hb Julai 2011 Saya Telah Berjaya Menghubungi Semula Almarhum Abg Din (Shabudin Ahmad) Yang Sedang Sakit Dan Tinggal Di Sg Buloh, Selangor http://lintauartstudio.blogspot.com/2011/05/abg-din-masuk-hospital.html Dan http://lintauartstudio.blogspot.com/2011/05/lagi-abg-din-ke-hospital.html
Saya Juga Sempat Menemui Abdul Rashid Bin Ahmad, Adik Kepada Almarhum Abg Din Yang Datang Ke Hotel Bersama Dua Orang Rakan.
Melalui Muzakarah Di Bilik Hotel Tersebut Saya Menyatakan Dengan Jelas Bahawa Tujuan Dan Hasrat Saya Ke Lintau Ialah Untuk Mencari Kebenaran Tentang Silat Ini.
SETELAH KE LINTAU
Sambutan Yang Diberikan Oleh Semua Pihak Di Lintau Cukup Menakjubkan Dan Membanggakan Saya. Urang Lintau Membuktikan Bahawa Mereka Masih Lagi Berpegang Penuh Dengan Adat Minangkabau Yang Tersohor Itu. Salut Untuk Warga Lintau.
Muzakarah Yang Dijalankan Dengan Beberapa Orang Tuo Silek Secara Peribadi Dan Forum Di Sasaran Tuanku Lintau Tepi Selo Membuktikan Kebenaran Langkah Silat Yang Saya Bawa. Saya Telah Mempamerkan 4 Pola Langkah Silat Dan Satu Daripada Empat Pola Langkah Tersebut Telah Ditolak Secara Sebulat Suara Oleh Tuo Silek Lintau. Langkah Yang Ditolak Oleh Tuo-Tuo Silek Lintau Di Acara Menapak Tilas Silek Lintau Tersebut Ialah Langkah Yang Dibawa Oleh Persatuan Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia.
Tuo Silek Mengakui Bahawa Langkah Yang Saya Pelajari Di Kuala Kangsar Adalah Langkah Silat Lintau Yang Sebenar.
KEMBALI KE MALAYSIA
Setelah Kembali Ke Malaysia, Saya Telah Dinasihati Supaya Tidak Menimbulkan Kontroversi Tentang Hal Ini Oleh Sesetengah Pihak. Tetapi, Setelah 4 Bulan Berlalu, Tuo-Tuo Silek Mula Menyuarakan Perasaan Hati Mereka Kepada Saya Setelah Melihat Saya Mendiamkan Diri. Untuk Itu, Saya Menulis Nota Ini Bertujuan Untuk Menjernihkan Hubungan Dengan Tuo-Tuo Silek Di Lintau Dan Menegaskan Bahawa Saya Akan Teruskan Perjuangan Melestarikan Silek Lintau Nan Sabana Di Bumi Malaysia Ini Walaupun Selepas Ini Saya Mungkin Dihantam Didalam Facebook, Blog Dan Sebagainya. Kepada Tuo Silek Lintau Yang Saya Hormati Sekalian Saya Ingin Nyatakan Saya Sudah Bersedia.
No comments:
Post a Comment