Siang tidak berjalan jauh. Di rumah Uwa Djelly menanti masa untuk berjumpa Tuo Silek, Dato Mustapha (Dato Topah).
Dato Topah meninggalkan pesan supaya adat dijaga dan dimana juga ketemu urang Lintau itu adalah saudara.
(Maaf, tiada gambar)
Tengaharinya isteri ke pasar Balai Tangah...
Petang ke rumah Tuo Silek Tepi Selo, Bpk Azwar. Disini saya sempat berjumpa dengan Bpk Adril Sh. Ketua IPSI Lintau dan isterinya Ibu Winda Mardaris.
Setelah muzakarah kami solat maghrib dan makan. Setelah itu kami muzakarah sedikit lagi.
Tuo Silek Bpk Guru Azwar memberitahu bahawa gaya permainan yang saya bawa adalah gaya bertampin2 (style lama). Kini gerak itu diolah mengikut kesesuaian semasa bertujuan mengatasi promosi yang dijalankan oleh seni beladiri dari luar. Saya terima nasihat beliau. Bpk Azwar juga mengakui bahawa PANDEKA TALIB BERASAL DARI BALAI MASJID, NAGARI TIGO JANGKO dan silat yang ada di Tigo Jangko itu dikembangkan oleh mereka dari Tepi Selo...
Saya telah menemui silsilah Silat Lintau yang saya bawa ini. Terimakasih kepada Bpk Guru Azwar yang telah mengesahkan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah.
Pada sebelah malam, acara yang kedua berlansung jam 8:00 malam.
Gambar belum siap... akan menyusul nanti.
No comments:
Post a Comment