Selamat Datang

Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.

PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator

Sunday, 29 May 2011

Facebook Chat

Salam
Eko sekarang di mana nak?
bapak di kelantan, pantai timur malaysia

alaikumsalam pak
ooo...
Saya di pekanbaru riau pak

wah
di riau
jauh itu
bapak berencana ke Lintau sekitar bulan Mei

bapak dari lintau?


Eko saudaranya Uwa Djelly Chaniago yo


indak pak.
mgkin kebetulan 1 suku

bukan, bapak bukan usali lintau atau minangkabau, bapak keturunan Sunan Geseng, Jawa... tapi amat sayang pada Silek Lintau Nan Tuo dan amat gemar budaya Minang
lahia dan bathin bapak adalah Minang

oo..
bpk bisa bhsa minang?

ini kerana bapak darah campur... ada sedikit Minangnya... perkawinan campur urang dulu-dulu
belum biso babaso minang
baru pandai seketek
:)

;-)


bapak minat Talempong
dan ingin membeli satu set lengkap nanti

wah.. Saya jd salut sama bapak.
bisa begitu antusia dg budaya minang

bapak udah me'minang'kan diri dan keluarga bapak
alon2 kata rang Jawa bapak akan melestarikan dan membudayakan anak2 sasaran mengikuti budaya Minang

Padahal saat ini byk hal telah berubah dari anak muda minang itu sendiri pak


iyo... bana la iko (itu)
mangkanya nanti bapak akan menyiarkan Pituah Adat Minangkabau secara bersiri di LINTAU FM bapak nanti

saya sendiri sebgai ank muda minang juga merasa malu dg halitu
saya sudah kunjungi pak. Bagus... saya suka pak

jangan nak.. jangan malu... kita harus BERSATU dalam hal membudayakan bangsa kita


insyaallah saya akan sering2 mangkal disana


bangsa Minang adalah keluarga kita


saya tidak malu dg minang nya, tp dg sikap anak muda minang masa kini yg cendrung meninggalkan budaya minang yg kita banggakan

sebagai ahli keluarga Minang dan oleh kerana Eko adalah dari suku Chaniago yang merupakan keturunan dari Datuak Ketemenggungan (kalau bapak tidak silap) maka adalah menjadi kewajiban untuk membudayakan kembali masyarakat kepada nya
Adat basandi syarak, syarak basandi kitabullah
itu yang WAJIB di angkat

contoh ringan nya, saat ini byk anak muda minang yg tidak bisa lg baca alqur an


ayo bersama bapak
yo.. bapak tau itu... di sini pun malah sama juga
pengaruh barat

hehehe... Dt parpatih nan sabatang Pak


menghapuskan alquran dari dada anak mudo
oh maaf
Dt Parpatih Nan Sabatang
urang tuo mudah lupo

itulah kenyataan saat ini pak.
heehe

bapak punya impian
bapak punya harapan

klu boleh tw pak?


sebelum kembali ke nagari asal bertemu Allah...
mau melihat projek ini berjaya
berjaya mengembalikan anak muda kepada Islam
silahkan bertanya

sungguh sebuah projekyg mulia pak
kurang lebih saya juga punya impian yg sama dg bapak.
tentang minang itu sendiri, saya berkeinginan anak muda masa kini lebih menghargai budaya minang itu sendiri

begitu jugak bapak
bukan saja anak muda di minang, malah anak muda di malaysia juga

saya sangat paham dan selalu mengikuti dengan perkembangan di tanh minang. Walaupun saya juga seorang perantau


setau bapak, suku Bodi dan Chaniago amat dihormati orang... maka itu bapak ingin sekali bergabuang dgn kedua suku ini dan mendapatkan ijin serta restu dan sokongan baik dari segi sokongan moral, tenaga maupun apa saja bagi melestarikan budaya ini kembali
kembali seperti dulu...
kembali kepada asalnya
MEMBUDAYAKAN MANUSIA...

Kami sangat menghormati bapak, dari dulu saya sudah perhatikan bapak, begitu antusias dengan budaya minang.
Mungkin hal ini sudah sesuatu hal yg jarang terjadi di Minang itu sendiri pak.

bapak bukan orang yang pandai... bukan seorang yang punya keistimewaan apa2.. malah basilek pun bapak kurang pandai... cuma satu sahaja yang bapak punya... keinginan untuk melihat masyarakat hidup dengan budaya dan agama yang berjaya membentuk URANG NAN SABANA URANG
itu saja

;-)
Tapi hal yg sangat mengejutkan saat ini, bahwa anak muda minang sudah enggan dan bahkan merasa malu belajar silek.

iya... sama juga disini... inilah hasil dari pendidikan yang dilaksanakan oleh kerajaan kita berdua... kerana dalam silabus dan kurikulum di sekolah2 ndak ado pelajaran budaya... dan amat sedikit sekali mengajarkan agama...

Saya sendiri asli dari Lintau, besar di Lintau. Alhamdulillah saya masih bisa sempat belajar silek, terutama silek Lintau
Tapi dalam kurun waktu 10 tahun terakhir, ketika saya pulang kelintau saya tidak lagi bisa melihat perguruan2 silek yg dulu semarak di Lintau

masha allah
sedih bapak menengarnya

inilah sebuah contoh kemunduran kebudayaan


bulan Mei bisa nggak pulang ke Lintau?
bapak mau kesana
bertemu sang Bupati

Bahkan perguruan silek tempat saya belajar dulu sudah tidak ada lagi. Saya jg meras sedih dg hal itu pak


apa gurunya masih ada?


Alhamdulillah gurunya msaih ada dan sehat wal afita pak.
masalahnya disini karna minat anak muda tuk belajar basilek itu tlah pudar

dia mengajar silek lintau?


Betulpak


bapak ingin bertemu dia
dimana tinggalnya
apa namanya

Karna di Lintau itu sendiri sejak dulu kala hanya silek lintau yg dikembangkan
Insyaallah saya bisa menbantu pak.

uwa djelly chaniago juga bersama bapak dalam hal ini


Beliau dimana pak?


beliau di Jakarta sekarang tapi akan pulang menemui bapak di lintau


beliau asli orang lintau?


iyo anakku
beliau sediakan rumah dan mobil utk bapak gunakan nanti

Jadi bulan mei sekitar tanggal berapa bapak ke Lintau


sekitar 28/29 Mei kami disana selama satu minggu


Saya sangat ingin sejalan bersama bapak. Saya sangat senang ada orang yg peduli seperti bapak


kalau baitu kato anakku... ayo bajalan sairiang basamo bapak.. ajarkan bapak apa yg bapak tidak tau dan bapak akan ajarkan apo yang anak tidak tau... samo2 kito sairiang sajalan

Mungkin niat saya secara pribadi untuk memajukan minang itu belum bisa maksimal, Tapi saya tetap berusaha memberi konstribusi, walau sekecil apapun itu.

bulatkan hati, tatapkan iman


Insyaallah pak.


samo2 kita mencari dana utk projek ini


Hmm, alhamdullillah semangat saya untuk itu tidak akn pernah padam.
Makasih pak.
Memang jujur saat ini saya masih terlalu sibuk dg pekerjaan

sama2 anakku, sampaikan salam bapak pada suku chaniago dunsanak... bapak senang sekali...


Iya pak saya akan sampaikan.
Kalu bapak berkenan nanti bapak bisa mampir di pekanbaru, Bapak bisa bertemu dg dunsanak2 disini. BAik itu dari IKMR(ikatan keluarga Minang Riau) IKTD(Ikatan Keluarga Tanah Datar), IKLB(Ikatan Keluarga Lintau Buo)

wah
ado ikatan ruponyo

Alhamdullillah Iaktan Silaturrahmi kita diRiau ini selalu terjalin


alhamdulillah


Yg jelas apa yg kita perbuat disini adalah untuk
kemajuan kampung halaman

bagus itu


Saya mohon ijin dulu pak,
kebetulan saya mesti ke lapangan saat ini. Saya berharap selanjutnya komunikasi kita bisa terus terjalin. Saya ucapkan terima kasih banyak pak.
Sekali lagi salam untuk dunsanak di sana pak.

bapak juga mengucapkan makasih kerana sudi basamo bapak yang serba kekurangan ini... jangan lupo menyampaikan salam pada suku chaniago dan ikatan lintau buo...
dan salam utk dunsanak juga

Assalamualaikum WW


wa alaikum salaam


Insyaallah pak.


insha allah juo disini
:)
Eko is offline.

Tuesday, 24 May 2011

Abg Din Masuk Hospital

Sabtu: 21 Mei, 2011

Shabudin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Abg Din / Pak Din kini berada di Wad 4A, Hospital Sg. Buloh, Selangor selepas mengalami strok pada hari Khamis 19 Mei, 2011. Saya sebenarnya mempunyai temujanji dengan Abg Din ini pada 22 Mei, 2011 dan apabila saya dalam perjalanan pada hari Jumaat 20 Mei saya telah menghantar satu sms kepada beliau menyatakan saya berada di Raub sedang solat asar dan akan sampai di KL sekitar jam 8:00 malam. 

Walaubagaimanapun, SMS saya tidak dijawab oleh beliau. Pada hari Sabtu, 21 Mei, 2011 saya sekali lagi menghantar mesej kepada beliau menyatakan saya berada di Kuala Lumpur dan dah selesai urusan mendaftar anak saya di Universiti. 

Alangkah terkejutnya saya apabila mesej diterima menyatakan : "ini anak abg din, ayah tak bleh bercakap dan berjalan dah"... dan dari perbualan melalui SMS hari itu saya difahamkan bahawa Abg Din sudahpun strok sejak hari Khamis lagi.

Saya lalu bergegas ke rumah Abg Din untuk melihat keadaan beliau dan alangkah terkejutnya saya sekali lagi apabila melihat keadaan beliau yg terlantar, tidak boleh bercakap dan tidak boleh bangun... Kenapa la anak isteri beliau tidak menghantar Abg Din ke Hospital? 

"Ayah tak bagi bawak dia gi Hospital" jawab anak sulong beliau. Saya beritahu mereka bahawa keadaan Abg Din tidak boleh dibiarkan tanpa rawatan yang sempurna dan betul. Setelah puas memujuk keluarganya dan bercakap dengan dua orang adik beradik Abg Din iaitu Shahrin dan Rashid, akhirnya anak sulong beliau menelefon hospital selepas saya mendesak beliau meminta ambulans datang mengambil Abg Din. 





Abg Din diusung ke Ambulans

Trailer video

Tuesday, 3 May 2011

Melestarikan Silat DiBumi Sendiri Lebih Sukar?

"Sesungguhnya, SILAT belum MATI dinegeri sendiri... akan tetapi SILAT kini dijadikan anak tiri oleh banyak pihak... betapa sukarnya usaha untuk melestarikan Silek Lintau yang di alami oleh Dr. Kamal Shah dapat diikuti disini..."


Silat sudah lama menjadi sebahagian daripada aktiviti ko-kurikulum di sekolah2 di Malaysia. Silat kini DI IKTIRAF oleh KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA sebagai salah satu badan berunifom yang dibenarkan mengajar silibus silat di kesemua sekolah rendah dan menengah.

Saya sendiri berpengalaman mengajar silat selama 16 tahun di sebuah sekolah di daerah ini dan dalam tempoh itu telah mengharumkan nama sekolah sebanyak lebih dari 30 kali dengan membawa pulang kemenangan demi kemenangan dalam pertandingan silat.

Selama 16 tahun menabur budi dan bakti serta berjasa dalam mengharumkan nama sekolah di peringkat Daerah, Negeri, Zon Timur dan Kebangsaan namun TIDAK PERNAH SEKALIPUN saya atau pesilat saya dipanggil ke 'rostrum' dan diberi pengiktirafan di hadapan seluruh warga sekolah. Walaupun bukan 'glamour' yang dicari namun pengiktirafan sedemikian sekurang2 dapat menarik minat mereka yang belum menyertai silat untuk menyertai kami.

Pelik bukan? Sedangkan mereka yang menang dalam pertandingan sukan lain diberi pengiktirafan (jarang2 sekali - kerana jarang menang pun) tapi kami yang membawa pulang pingat SETIAP TAHUN tak pulak dipedulikan.

Sudah tentu saya merasa sedih kerana 98% daripada Guru yang mengajar di sekolah adalah ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM dimana SILAT merupakan BUDAYA MELAYU/ISLAM yang dipusakai berkurun lamanya.

Kes terbaru ialah kes yang melibatkan penggambaran untuk produksi RTM dimana kami telah dipilih untuk menyertai rancangan PENCAK yang akan disiarkan melalui TV 1.

Saya telah meminta pihak sekolah untuk mengizinkan saya menggunakan padang sekolah dan menerangkan pada mereka bahawa mereka hanya akan merakam aksi ahli2 PERSILEK dipadang. Saya telah diminta untuk meminta izin PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) dan pihak PPD pula telah mengarahkan saya menghubungi pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Saya cuba untuk mendapatkan kelulusan bukan sahaja melalui guru, PK KO dan pengetua malah usaha saya sehingga melibatkan Pengarah di JPN sendiri akhirnya GAGAL MENDAPATKAN KELULUSAN bagi satu event yang TERAMAT PENTING bagi PERTUBUHAN INI.

Segala khidmat bakti yang dicurahkan mengajar silat dan mendidik anak bangsa supaya menjadi ORANG YANG SEBENAR ORANG seolah-olah dikuis begitu sahaja tanpa alasan yang kukuh.

Antara alasan yang saya terima ialah:

1. Padang sekolah merupakan milik kerajaan.
2. Sebarang penggambaran dari luar tidak dibenarkan melainkan mendapat kelulusan Unit Perhubungan.
3. Sekolah tidak boleh dilibatkan dalam penggambaran/penghasilan video WALAUPUN untuk rancangan RTM.

Akhirnya, walaupun mereka menafikan izin kepada saya, saya telah bertindak untuk mengumpulkan anak murid saya disekolah pada malam tersebut. Penggambaran yang sepatutnya bermula jam 8.00 malam tidak dapat dilakukan. Murid-murid kelihatan gelisah, ibubapa mulai resah, guru2 yang datang tidak dapat duduk senang... Akhirnya... Takdir Allah mengatasi segalanya... Penggambaran dapat dijalankan bermula jam 11.00 malam dan berakhir pada jam 1:00 pagi.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan Jutaan Terima Kasih kepada tuan yang empunya badan yang telah memungkinkan penggambaran berjalan lancar pada malam tersebut.

Adat Di Junjung,
Agama Di Kilek,

Adat Bersendikan Syarak,
Syarak Bersendikan Kitabullah

Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat

Zahir Pesilat Mencari Kawan, Bathin Pesilat Mencari Tuhan

"Musuah Ndak Ku Cari, 
Musuah Datang Aku Tak Lari"