Bagaimana agaknya nanti...
Kalau langkah yang ditunjukkan BUKAN Silat Lintau tapi Silat Teralak?
Selamat Datang
Selamat Datang Ke Laman Perguruan Silat Lintau Yang Asli... Silat Lintau Yang Berasal Dari Tepi Selo, Lintau Buo Utara.
PERTUBUHAN SILAT LINTAU KELANTAN: PERSILEK Headline Animator
Friday, 24 June 2011
Thursday, 23 June 2011
SILEK TUO
Bercerita tentang Silat Lintau, kita tidak boleh lari daripada Silat Tua. Ini adalah kerana Silat Lintau merupakan Silat Tertua yang lahir di Ranah Minangkabau. Di daerah Lintau inilah lahirnya Raja2 Minangkabau dan Kerajaan Minangkabau yang pertama.
Wednesday, 22 June 2011
Raso Pareso
RASO dengan PARESO
Adalah sumber ilmu pengetahuan
Bahasa verbal yang diucapkan&dimaksudkan seseorang, sering ditafsirkan berbeda oleh pendengarnya, termasuk pula dalam hal memahami penafsiran kitabullah yang tertulis (kitab suci agama-agama).
Surat Untuk Pembaca....
Dari: Dr. Kamal Shah
Presiden
PERSILEK
21 Jun, 2011 01:34am
Assalamu 'alaikum wm wb.,
PEMBACA YANG BUDIMAN
Pada tanggal 27hb Jun, 2011, saya dan dua orang pengiring akan melawat ke Nagari Lintau, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia. Acara ini disebut oleh 'urang awak' sebagai Menapak Tilas Silek Lintau.
Tujuan saya kesana adalah untuk mengesahkan yang mana satukah langkah Silat Lintau yang sebenarnya daripada Tuo Silek Lintau yang masih hidup di Nagari Lintau.
Saya mengadakan acara Menapak Tilas ini kerana di Malaysia kini terdapat kekeliruan tentang Silat Lintau ini. Di Malaysia sekarang ini terdapat berbagai versi Silat Lintau yang dikemukakan ke khalayak ramai (publik). Soalnya adakah kesemuanya itu boleh dikatakan Silat Lintau atau sebaliknya.
Saya mula menjalankan kajian sejarah mengenai Silat Lintau ini pada tahun 1986 lagi akan tetapi sehingga kini tiada satupun sejarah mengenai Silat Lintau ini ditulis oleh orang Lintau yang boleh didapati diinternet. Tiada satupun...
Kenapa jadi begitu? Tidak lain dan tidak bukan ialah Silat Lintau kini menjadi 'panaruahan' bagi Tuo Silek dan tidak dibenarkan sesiapa pun membuat rakaman mengenainya. Ianya bertujuan mengekalkan keaslian Silat Lintau yang dipandang mulia dan tinggi oleh mereka yang ahli.
HASIL KAJIAN
Hasil dari berinteraksi dengan mereka yang mempelajari Silat Lintau di Ranah Lintau maka saya dapat simpulkan beberapa perkara dan hal ini akan saya dedahkan setelah pulang dari Lintau nanti. Untuk posting kali ini, cukuplah jika saya katakan bahawa Silat Lintau ini terdiri dari sembilan disiplin ilmu beladiri yang lahir di Ranah (Tanah) Lintau, Minangkabau.
Seperti yang pernah dikatakan:
Silat Lintau umpama sebatang pokok yang daunnya terlalu lebat dan berwarna hijau, dan buahnya juga berwarna hijau, justeru, amat sukar untuk melihat buah kerana persamaan warna buah dan daun. Tetapi, apabila diselak daunnya, alangkah terkejutnya kita kerana terdapat ribuan buah disebaliknya.
Kalau hanya tahu satu dari sembilan pola langkah dan disiplin Silat Lintau, usahlah membangga diri, mendabik dada mengatakan AKU ADALAH BENAR dsb... Yang penting kini ialah kita mengetahui dari mana asal usul Silat Lintau yang kita pelajari itu dahulu adakah Lintau Tanjung Bonai atau Lintau Tigo Selo, adakah berasal dari Pangian atau dari Balai Tangah dsb...
Semua ini akan saya dedahkan setelah pulang dari Lintau, Tanah Datar nanti.
Tuah Sepakat, Alur dan Patut
Dr. Kamal Shah
Presiden
PERSILEK.

Siapa Pandeka Talib dan dari manakah asal usulnya?
PENCARIAN HAMPIR BERAKHIR.... TUNGGU....................................
Monday, 20 June 2011
Panglima Ismail - Panglima Kedah
PADA JAM 3:15 PTG TADI, SAYA MENERIMA PANGGILAN TELEFON DARIPADA CUCU CICIT PANGLIMA ISMAIL INI. MENURUT BELIAU ADA SEBAHAGIAN KISAH INI YANG PERLU DIPERBETULKAN... SAYA AKAN MEMBETULKAN SEMUA FAKTA SETELAH MENERIMA KISAH YANG SEBENAR... IKUTI PERKEMBANGAN KISAH PANGLIMA ISMAIL SELANJUTNYA NANTI... Dr. Kamal Shah...
Panglima Ismail - Panglima Kedah
Panglima Ismail merupakan seorang panglima kanan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1804 - 1845), sultan Kedah Darul Aman yang ke 22. Semasa pemerintahan baginda terdapat beberapa peperangan antara negeri Kedah dan Thai sehingga baginda terpaksa melarikan diri ke Perak, Melaka dan sehingga ke Temasik kerana Inggeris tidak mahu memberi pelindungan.
Sunday, 19 June 2011
Menapak Tilas
MENAPAK TILAS SILEK TUO LINTAU
Assalamu 'alaikum Bapak2, Ibu2 dan sekalian yang berada dunsanak serta pengikut Blog Lintau Art Studio ini.
Acara MENAPAK TILAS SILEK TUO LINTAU akan dimulakan pada tanggal 27hb Jun, 2011 bertempat di Lintau Lima Koto iaitu di Lintau Buo Utara. Turut memeriahkan acara MENAPAK TILAS SILEK TUO LINTAU termasuk antara lainnya:
Subscribe to:
Posts (Atom)